“Zaman Abah Tengok Bola Kat Mamak Dah Berakhir Nak”. Lawak Jep Sepahtu Selepas Bergelar Abah

Share

Pelawak Jep Sepahtu memang kaki lawak. Ada sahaja aksi dan kata-katanya yang boleh buat orang tergelak.

Selepas bergelar abah kepada si comel Dariya Inara yang kini berusia dua bulan, penyampai radio Sinar FM ini banyak berkongsi gambar-gambar bahagianya menguruskan anak.

Nampak sangat kebahagiaan seorang abah di wajah Jep bila memangku dan menidurkan Dariya bahkan kapsyen-kapsyen yang ditulis Jep di setiap posting di Instagramnya juga menggambarkan kebahagiaannya selepas bergelar bapa.

Suami pelakon jelita Sari Yanti ini yang juga terkenal meminati sukan bola sepak bahkan turut bermain bola dengan pasukan Superlawakfc.

Tetapi sejak bergelar bapa, Jep telah mengurangkan aktiviti bermain bola sepak dan menonton perlawanan bola di kedai mamak bersama kawan-kawan.

Baru-baru ini Jep ada memuat naik sekeping gambar sedang memangku Dariya dengan kapsyen lawak tentang dirnya dan bola sepak.

Zaman abah tengok bola kt mamak dah berakhir nakkk ?? @dariyainaraofficial @sariyanti #anakabah

Penangan anak tersayang sampai abah pun terpaksa lupakan hobi waktu bujang dulu. Nampaknya si kecil Dariya telah berjaya menawan hati abah tersayangnya sehinggakan tak sanggup untuk berada lama di luar rumah kerana teringatkan buah hati di rumah.

Sebenarnya ini memang perkara biasa dialami oleh lelaki selepas bergelar bapa. Selepas mempunyai anak, banyak perkara akan berubah dalam hidup kita. Yang pasti semuanya akan menjadi memori menarik untuk dikenang.

Semoga bahagia milik Jep dan Sari Yanti akan berkekalan hingga ke jannah dalam membesarkan anak menjadi insan solehah.

Sumber: Instagram jepsepahtu

 

IKLAN