
Kalau kita imbas zaman kecil kita dulu, petang-petang memang sinonim dengan berbasikal keliling taman, main kejar-kejar sampai berpeluh, atau panjat pokok walaupun mak dah panggil masuk rumah.
Hari ini, suasananya jauh berbeza. Anak-anak membesar dalam dunia yang lebih pantas, lebih tersusun, dan lebih “digital”. Hal inilah yang menjadi kebimbangan ibu ayah apabila anak-anak masa kini kurang bergerak aktif, kerana kekurangan aktiviti fizikal boleh menjejaskan kecergasan tubuh, mengganggu perkembangan fizikal, serta memberi kesan kepada proses tumbesaran secara menyeluruh.
Banyak masa dihabiskan di dalam rumah, duduk dan fokus pada buku atau peranti. Persekitaran ini membentuk cara mereka berfikir, bergerak dan berinteraksi dengan dunia dan secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan minda, fizikal serta kesihatan mata mereka.
Gaya Hidup Moden Beri Kesan Pada Tumbesaran
Rutin yang sibuk dan penuh rangsangan boleh membuatkan anak mudah terdedah kepada overstimulasi. Bayangkan seharian mereka dipenuhi bunyi, visual, maklumat dan tugasan maka tidak hairan jika ada yang sukar fokus atau cepat penat secara mental. Deria mereka bekerja tanpa henti.
Pada masa yang sama, kurangnya aktiviti fizikal semula jadi seperti berlari, melompat dan memanjat boleh memberi kesan kepada perkembangan otot, stamina dan koordinasi. Pergerakan adalah bahasa pertama kanak-kanak. Bila ruang untuk bergerak makin terhad, keyakinan fizikal mereka juga boleh terjejas.
Belum lagi cerita tentang pendedahan skrin sejak usia muda. Tablet, telefon dan komputer memerlukan mata fokus pada jarak dekat dalam tempoh yang lama. Lama-kelamaan, mata menjadi cepat letih, postur badan terjejas, dan tumpuan mudah terganggu. Semua ini boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan harian mereka.
Kenapa Perlu Risau Nutrisi Tak Cukup?
Dulu, kita mungkin melihat tumbesaran anak dalam satu dimensi, bila anak cukup makan maknanya cukuplah berat dan tinggi mereka. Namun realitinya hari ini, perkembangan anak bukan sekadar angka di carta tumbesaran.
Perkembangan kognitif, kekuatan fizikal dan kesihatan visual saling berkait. Otak yang cergas membantu anak belajar dan memahami. Tubuh yang kuat memberi mereka keyakinan untuk bergerak dan mencuba. Mata yang sihat menyokong fokus ketika membaca dan belajar termasuk pembelajaran berasaskan skrin.
Bila gaya hidup berubah, pendekatan nutrisi juga perlu berubah. Ibu ayah hari ini berdepan cabaran yang berbeza, dan tentunya memerlukan sokongan pemakanan yang lebih relevan dengan cara anak-anak membesar sekarang.
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-Kanak Fernleaf dengan Nutrisi SmartGro™ : Direka Untuk Realiti Kanak-Kanak Masa Kini

Memahami perubahan dunia kanak-kanak hari ini, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf telah dipertingkatkan dengan Nutrisi SmartGro™, formulasi moden yang dibina khas untuk menyokong perkembangan menyeluruh anak-anak dalam realiti semasa.
Dengan 5x DHA dan Zat Besi, ia membantu menyokong perkembangan otak agar anak lebih fokus ketika belajar dan meneroka. Diperkaya dengan Lutein yang membantu menapis cahaya biru dan melindungi mata. Kandungan Protein dan 100% Kalsium pula menyokong pertumbuhan fizikal secara keseluruhan, membantu mereka mencapai potensi diri.

Gabungan nutrisi untuk otak, tubuh dan mata ini menjadikan Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Fernleaf Dengan Nutrisi SmartGro™ satu pilihan pemakanan moden untuk kanak-kanak zaman sekarang. Ia tersedia untuk kanak-kanak berusia 1–3 tahun dan 4–6 tahun, dengan pilihan perisa Plain, Honey serta Chocolate bagi usia 4–6 tahun.
Dalam dunia yang semakin laju dan mencabar, anak-anak kita memerlukan sokongan yang setara dengan perubahan zaman. Sebagai ibu ayah, kepekaan terhadap keperluan nutrisi mereka adalah satu pelaburan jangka panjang, bukan sekadar untuk tumbesaran, tetapi untuk masa depan yang lebih yakin dan bersedia.
Sokongan Menyeluruh Untuk Otak, Tubuh & Penglihatan
Pemakanan yang betul memainkan peranan penting dalam membantu anak berkembang secara menyeluruh. Ia bukan sahaja tentang hari ini, tetapi juga tentang persediaan mereka untuk masa depan.
Kesihatan otak menyokong pembelajaran, daya ingatan dan fokus. Perkembangan fizikal membantu membina stamina, keseimbangan dan keyakinan diri. Kesihatan mata pula penting untuk tumpuan, pembacaan dan pembelajaran digital yang semakin menjadi norma.
Apabila ketiga-tiga aspek ini diberi perhatian, anak bukan sahaja membesar tetapi mereka berkembang dengan lebih bersedia dan berdaya tahan.
Teringin nak cuba susu ini untuk anak anda?
Apa kata beli di sini:
Shopee: https://shp.ee/0ormjel
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZS916v4exSnWu-xVlRg/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


