Tidak dapat dibayangkan kesedihan hati seorang ibu apabila anak yang ditatang dan dijaga maut didera tanpa perikemanusian. Pemergian bayi bernama Nur Muarzara Ulfa, 11 bulan akibat penderaan fizikal dan seksual akhirnya membongkar perkara yang tidak disangka, rupa-rupanya selama ini anak kecil itu dijaga suami pengasuh!

Beberapa hari lalu, tular berita menyayat hati apabila bayi 11 bulan maut akibat dera fizikal & seksual oleh suami pengasuh. Menurut laporan BH Online, ibu mangsa, Noraihan Ab Aziz, dia terkejut dan tidak sangka anak sebenarnya dijaga suami pengasuh walau pun pada mulanya pengasuh telah berjanji untuk menjaga anaknya seperti anak sendiri.

Dia hanya mengetahui anaknya itu dijaga oleh suami pengasuh yang berusia 36 tahun selepas dimaklumkan oleh pihak polis. Noraihan telah menghantar bayinya itu kepada pengasuh iaitu isteri lelaki berkenaan sejak  21 September lalu.

“Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri.

 “Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.

 MENGENALI PENGASUH MENERUSI FACEBOOK

“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.

 AKAN MENJAGA SEPERTI ANAK SENDIRI

IKLAN

“Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya.”

KESAN LEBAM  PADA ZARA

Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.

“Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.

 “Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.

“Zara Menangis Setiap Kali Lihat Lelaki Itu”. Ibu Tak Sangka Anak Yang Maut Didera Sebenarnya Dijaga Suami Pengasuh
Gambar hiasan.

 MENANGIS SETIAP KALI MELIHAT SUAMI PENGASUH

IKLAN

Ibu mangsa juga telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa Zara tidak menangis apabila di bawah jagaannya tetapi menangis apabila melihat suaminya.

 “Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.

Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pengasuh dan suami pengasuh kerana tercekik epal.  dan dan Noraihan dimaklumkan oleh pihak hospital. Ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan. Bedah siasat pula mendapati tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.

LUARAN NAMPAK SEPERTI INDIVIDU NORMAL

Noraihan memberitahu BH Online yang dia pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.

IKLAN

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain,” katanya.

 MAHU PELAKU DIHUKUM

Noraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.

“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.

“Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan.”

Sumber: BH Online

Foto: Sinar Harian

Artikel berkaitan [Bayi 9 Bulan Maut Didera Suami Pengasuh. Tempurung Kepala Pecah, Koyakan Di Kemaluan]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI