Dalam mendidik anak-anak pelbagai cara ibu bapa gunakan. Itu semua adalah untuk kebaikan anak-anak dan juga bekalan apabila mereka dewasa kelak. Ada yang memilih untuk menjadi garang supaya anak-anak boleh berdikari dan ada juga yang sebaliknya.
Apapun kaedah atau cara yang digunakan, setiap daripadanya pasti ada kebaikan dan kelemahannya. Dalam satu persoalan yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada Ibu Rose, menyatakan apakah salah dirinya mendidik anak sulung dengan pendekatan garang.
Niatnya cuma satu untuk mendidik anak sulungnya menjadi cepat matang, berdikari dan boleh dijadikan contoh buat adik-adik yang lain. Ikuti perkongsian beliau:
SALAH KE SAYA DIDIK ANAK SULUNG BEGINI?
“Alia kenapa ni? Mama panggil buat tak tau je. Telinga letak kat mana!”
“Kenapa biar adik nangis macam ni. Alia kan kakak. Mengalahlah kat adik.”
“Jangan buat muka kat mama macam tu. Mama tak ajar jadi anak kurang ajar macam tu!”
Ibu ditanya oleh seorang ibu yang berhajat untuk mendidik anak sulungnya menjadi matang cepat dan independent serta boleh menjadi contoh kepada adik-adik. Katanya, dia sering marah-marah anaknya itu dan menggunakan pendekatan garang senantiasa dengan anak.
Dia juga sering benci kepada anaknya kerana anak itu sering tidak mahu mengikut cakapnya.
Ibu bersyukur kerana ibu muda ini berani bertanya dan meminta pertolongan. Ramai orang bila tahu melakukan kesalahan terus tenggelam di dalamnya. Namun, ibu muda ini berjaya mengatasi rasa malu bertanya.
Untuk pelajaran kita bersama, Ibu kongsikan jawapan Ibu kepadanya:
Sayang, dari mana sayang mendapat kefahaman bahawa dengan garang sayang boleh membina kematangan anak dengan cepat dan anak menjadi independent?
Ketahuilah bila sayang marah-marah dan kasar dengan dia, anak itu akan menjadi degil dan mungkin akan menjadi hilang keyakinan diri, oleh itu menjadi dependent dan bukan independent.
Bila seseorang itu sering dimarah, dari segi otak, tenaganya banyak berpusat di bahagian otak paling bawah dimana BUKAN merupakan bahagian ‘otak berfikir’. Bahagian bawah atau otak reptilian nama gelarannya, (Ibu sudah pernah menulis mengenai perkara ini) menjaga keselamatan.
Bila dimarah selalu, anak merasakan keselamatannya terancam. Respons yang diberi ialah ‘lari’ atau ‘lawan’. Lari di sini bermaksud dalam diri anak itu ialah dia menjadi penakut, tiada keyakinan diri, asyik memencil diri, tidak pandai berkawan, ragu terhadap kebolehannya dsb. Lawan di sini, membawa kepada perangai DEGIL, tantrum, campak itu dan ini, sepak itu dan ini dsbnya.
Anak yang menjadi independent adalah anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi. Untuk mempunyai hormat diri yang tinggi, anak perlu mempunyai kekukuhan kasih-sayang dari ibu dan bapanya.
Kekukuhan kasih-sayang di sini bukan bermaksud anak itu tidak boleh dimarah langsung. Boleh marah dengan cara yang berhemah dan tidak menunjukkan benci atau berasa benci kepadanya. Tunjukkan marah dan benci akan perbuatan yang salah itu. Ada perbezaan di situ.
Ads
Kita mesti ingat, ada perbezaan marah dan marah-marah. Marah sekali sekala untuk mendisiplin dan membentuk perangai anak, itu tidak mengapa. Garang bertempat dan garang kasih, itu maksudnya loving and firm. Itu okay.
Jika ibu itu benci pada anaknya, jangan hairan suatu hari nanti bila ibu itu sudah tua atau anak sudah remaja, dia pula akan benci pada ibunya. If you continue this way of parenting you are moving towards a destruction in your relationship with your child.
Ambillah langkah membetulkan corak parenting anda dan berusahalah. Mungkin akan payah, namun jika dibuat dengan ikhlas, ganjaran baik akan puan raih InsyaAllah.
Semoga perkongsian Ibu kali ini membantu anda dalam parenting.
Bila selalu dimarah, bahagian otak mana yang berfungsi? Jom cuba jawab 😉
Salam Kasih,
Ibu Rose dan Yasmin Sari (Apprentice Ibu Rose)
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!
Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).
Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas Soraya, anak selebriti Ain Edruce disahkan positif Covid-19, pelakon dan pengacara berbakat ini mengakui dia reda jika turut dijangkiti virus berbahaya itu.
Apa yang lebih penting baginya adalah memastikan keadaan anak sulungnya itu yang kini berusia sembilan bulan dalam keadaan baik dan stabil di bawah jagaannya.
Menerusi beberapa perkongsian Ain di Insta Storynya, anak kecilnya itu kini berada dalam keadaan baik malah sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah beberapa hari berada di hospital.
“Di hari kedua dia nampak aktif seperti biasa walaupun tiada selera makan dan bergantung penuh pada susu badan. Soraya menyusu secara direct feed.
“Jadi saya tiada pilihan, saya tak pasti sama ada saya boleh berjangkit atau tidak kerana memang dia melekat pada saya setiap masa.
“Kalau berjangkit pun saya reda demi anak,” kongsi Ain lagi.
Disebabkan Soraya yang tiada selera untuk makan dan hanya mahu menyusu badan, Ain turut meminta pengikutnya di Instagram berkongsi pelbagai petua dan tip untuk memperbanyakkan susunya.
Semuanya demi Soraya tersayang.
Sedih tengok Soraya sakit
Walaupun agak mencabar menjaga anak sendirian tanpa bantuan suami, Amirul Hafiz yang juga disahkan positif, namun kata Ain dia bersyukur kerana rakan-rakan dan keluarga banyak memberinya semangat.
“Saya kuatkan semangat walaupun sedih tengok Soraya sakit, dia masih kecil lagi.
“Saya akui agak mencabar menjaga Soraya sendirian kerana suami tidak ada. Penat dan sampaikan nak ke tandas pun bawa Soraya.
“Lepas tu dengan tak cukup tidur lagi. Tapi saya bersyukur kerana keluarga banyak pesan pada saya agar sentiasa kuat, mental dan fikizal,” kongsinya lagi.
Semoga Soraya cepat-cepat sembuh dan kembali berselera untuk makan serta ceria seperti selalu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan senang menjadi ibu lagi-lagi yang harus bekerja atas tuntutan tertentu. Sebelum anak lahir lagi, ibu sudah berfikir siapa yang harus menjaga anak dan adakah anak akan selamat dan selesa.
Dilema ini kadang-kadang buatkan ibu jadi berbelah bahagi. Namun kerana komitmen, perasaan itu terpaksa dibuang jauh-jauh dan mampu berdoa agar keselamatan anak terjaga.
Perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz tip sebelum hantar anak ke rumah pengasuh yang mungkin boleh membantu ibu yang pertama kali nak serahkan anak pada orang lain untuk menjaganya.
Tip ini adalah dari Puan Zilawati Zahari sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh :
Cuba elakkan dari pengasuh yang,
Pengasuh yang mempunyai anak lelaki, berumur 12 tahun ke atas, keciciran persekolahan, menganggur atau yang mempunyai karakter yang mencurigakan.
Pengasuh yang mempunyai suami yang tidak bekerja dan sentiasa ada di rumah.
Pengasuh yang tinggal bersama bapa, bapa mertua atau adik beradik lelaki.
Sekiranya ingin menghantar ke pusat asuhan, pastikan tempat jagaan seperti bilik dan bilik air antara kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan, terutama untuk budak-budak transit yang berumur 5 tahun ke atas.
Merujuk kepada point 1, 2 dan 3, perkara yg tidak diingini akan berlaku bilamana pengasuh menggunakan khidmat mereka untuk turut sama mengasuh anak-anak tersebut ketika dia sibuk melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.
Sekiranya tiada pilihan…
Anak-anak dah bijak bercakap, seringlah berinteraksi/ bersembang dgn mereka. Tanya soalan-soalan biasa dahulu seperti,
“buat apa/ main apa dirumah mak/ nenek (panggilan tuk pengasuh)?”
Kemudian tanya soalan-soalan seperti ini pula,
“Ada tak abang, atuk, uncle peluk cium, raba, usik-usik tempat yang tak sepatutnya? Dia suruh buat sesuatu ke? Kalau anak-anak dah mula bercerita, anda harus ambil langkah berjaga-jaga. Wallahualam.
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
CUBA LA SESEKALI TU PUJUK DAN AJAR SUAMI KITA SUPAYA CAKNA DAN SENSITIF DENGAN KEPERLUAN DAN EMOSI ANAK-ANAK
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.