Tiada yang lebih menyeronokkan daripada menghabiskan masa bersama anak-anak, sama ada dengan membacakan buku cerita sambil ditemani mainan lembut comel, atau bermain imaginatif yang membuka dunia mereka.
IKEA Malaysia kini membawa pengalaman ini ke tahap seterusnya dengan pelancaran koleksi terbaru, SANDLÖPARE, yang diinspirasikan daripada hidupan liar savana.
IKEA Bawa Savana ke Rumah Anda
Koleksi SANDLÖPARE direka khas untuk menggalakkan sifat ingin tahu dan kasih sayang terhadap haiwan terancam melalui permainan imaginatif dan penceritaan. Bermula 27 November hingga 7 Disember 2025, IKEA Malaysia menganjurkan siri aktiviti mesra keluarga di semua gedung, menjadikan setiap lawatan sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan penuh inspirasi.
Kolaborasi Bersama Nordens Ark
Dibangunkan bersama Nordens Ark, sebuah pusat pemuliharaan hidupan liar Sweden, koleksi ini menampilkan 29 produk termasuk mainan lembut, tekstil dan perabot permainan yang unik dan mampu milik.
Ads
Kanak-kanak kini boleh membayangkan bangku sebagai kuda belang, memakai jubah mandi sebagai citah, atau mengubah bilik tidur menjadi tapak perkhemahan savana!
Takeshi Murai, Pengurus Stor IKEA Klang Valley berkata,
“Bermain ialah cara kanak-kanak mengenali dunia ini, dan realiti hidupan liar terancam perlu disedari sejak awal. SANDLÖPARE membolehkan dunia itu dibawa ke rumah mereka, memberi peluang untuk merasai rasa kagum dan imaginasi tanpa batas.”
Setiap Mainan Lembut Membawa Makna
Seiring dengan kepercayaan bahawa pembelajaran dan imaginasi harus boleh diakses semua kanak-kanak, IKEA Malaysia bekerjasama dengan Teach For Malaysia (TFM).
Sepanjang kempen dari 27 November hingga 27 Disember 2025, setiap pembelian mainan lembut menyumbang RM1 kepada Program Fellowship TFM, yang membangunkan pemimpin muda berprestasi tinggi untuk sekolah memerlukan kritikal di seluruh negara.
Ads
Fam Li Ying, Pengarah Pertumbuhan TFM berkata, “Dengan sokongan IKEA Malaysia, kami dapat memperkukuh usaha kami dalam komuniti yang memerlukan, sambil memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar, meneroka dan mencapai potensi sebenar mereka.”
Mainan Lembut Mesra Alam dan Berkualiti
Kesemua mainan lembut SANDLÖPARE diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, termasuk isi, kain luar, benang dan komponen pengukuhan. Produk diuji ketat termasuk ujian tarikan, kimia, ketahanan dan basuhan mesin untuk memastikan kualiti terjamin walaupun digunakan berulang kali.
Ads
Pengalaman Savana di Gedung IKEA
Koleksi SANDLÖPARE kini boleh didapati di semua gedung IKEA Malaysia serta secara dalam talian di IKEA.my. Bagi memeriahkan suasana savana, IKEA Malaysia menganjurkan SANDLÖPARE Safari dengan pelbagai aktiviti seperti Safari Train Rides di IKEA Damansara dan Cheras, aktiviti dalam gedung di semua lokasi, sudut mewarna, bengkel penyimpanan mainan lembut, bengkel rantai kunci dan Spot & Roar.
Untuk bengkel rantai kunci, ahli IKEA Family yang membeli sekurang-kurangnya satu mainan lembut layak menyertai, dengan slot terhad berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Untuk pengalaman bermain yang lebih menyeronokkan dan maklumat lanjut, lawati ikea.my dan bawa keluarga anda menjelajah savana di rumah sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak yang sedang membesar sememangnya menduga kesabaran kita. Pelakon berbakat, Farah Nabilah turut berdepan hal yang sama melihat gelagat anak kecilnya yang lasak.
Aksi comel Andre Omar, yang kini berusia dua tahun menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Farah menerusi Instagramnya jelas membuktikan kelasakkan anak kecilnya itu yang berjaya mencuit hati ramai.
“Baru few days teringat my mom pernah cakap dia pernah masuk dapur tengok habis satu dapur penuh tepung i main,” tulis Farah memulakan cerita.
Jelas Farah lagi, dia yakin anak kecil kesayangannya itu tidak melakukan hal yang sama dilakukannya ketika waktu kecil dahulu kerana dia meletakkan segala bekas tepung di tempat yang lebih selamat.
Semuanya bagi mengelakkan Andre tidak mencapainya serta untuk keselamatan. Ternyata telahan Farah Nabilah salah sama sekali.
“I was so confident Dre takkan buat ni sebab I letak all my tepung tinggi.
“Clearly I was wrong,” tulisnya lagi.
Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh pelakon cantik manis ini, Andre kelihatan begitu enjoy dan fokus ketika ‘explore’ aktiviti sensori yang begitu baik untuk anak kecil itu. Memang anak yang bijak.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut Farah di Instagram turut sama meninggalkan pelbagai komen malah turut terhibur dengan gelagat comel Andre dalam pelbagai gaya.
Terdahulu Farah Nabilah dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober 2020.
Selepas sembuh dari dijangkititi virus berbahaya Covid-19, pasangan selebriti Zahirah Macwilson bersama suami dan anaknya kini dilihat bercuti bersama keluarga ke Selatan tanah air.
Bukan hanya perkongsian gambar-gambar menarik pasangan ini yang menjadi perhatian di Instagram keduanya, bahkan gelagat comel, Isaac Raees yang pertama kali memijak pasir dan bermain dengan air ini amat menarik perhatian wargamaya.
Baby PKP ini ternyata begitu teruja malah menunjukkan muka keliru namun ingin tahu di ketika awalnya diperkenalkan oleh ibu dan ayahnya.
“Isaac’s first road trip!
“Aiman ada shooting dekat Desaru so he brought us along for a short getaway,” kongsinya.
Namun kata Zahirah menerusi kapsyennya di Instagramnya, Isaac begitu teruja dan cukup sukakan aktiviti baru itu. Walaupun di awalnya dia seakan pelik dan takut untuk melangkah namun Isaac akhirnya membiasakan diri.
“It was also Isaac’s first time in the sand and on the shore.
“He loved it,” tulisnya lagi.
Ternyata wajah Isaac yang pelbagai reaksi mengundang perhatian ramai. Namun wajah ceria Isaac bertukar sebaik masuk ke dalam air laut. Dia mula ceria malah sudah berani mengocak-ngocak air namun mempamerkan muka yang agak keliru bila merasai air laut yang masin. Comel!
Dalam pada itu, pengikut setia pasangan ini turut sama meninggalkan komen malah amat terhibur melihat gelagat comel Isaac dalam pelbagai gaya dan aksi.
“Chomey muka geli pasir tu, nanti mama bagi juga isaac tu jalan atas rumput tanpa kasut sebagai terapi dan experience.”
“Comell nyaaa. Dia rasa air tu masin😂😂😂😂😂😂 too cute la Isaac.”
“Had a wonderful time enjoy n tkcare! Isaac Raees so adorable. Kening tu tetap jadi pujaan… ❤️❤️❤️❤️.”
Semoga Isaac terus membesar dengan sihat serta menjadi pelengkap bahagia ibu dan ayahnya.
Terdahulu, Isaac Raees yang menjadi kesayangan pasangan ini dilahirkan pada 5 Januari 2021 di bumi kanggaro, Perth, Austalia. Kini Isaac berusia 1 tahun 3 bulan.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemenangan anak kembar pelakon, Eina Azman yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cilik di Anugerah Meletop Era baru baru ini mula membuka mata ramai.
Mana tidaknya, rupanya si kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey yang kini berusia enam tahun bukan hanya pandai memasak di rumah bahkan turut petah berkata-kata.
Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh wargamaya, gaya anak perempuan Eina, iaitu Arianna Aubrey amat menarik perhatian.
Bukan hanya dipuji kerana kecantikannya bahkan kepetahan serta gaya mesra yang ditunjukkan Arianna ketika diminta memberi ucapan amat menarik perhatian. Malah ada yang mula mengandaikan anak kecil ini bakal popular seperti ibunya suatu hari nanti.
Dua anak kembar ini sebelum ini digilai ramai kerana langsung tidak kekok memasak ketika di Instagram. Malah gaya bersahaja yang ditunjukkan Kareef dan Arianna ketika memasak begitu disukai oleh pengikutnya.
Dalam pada itu, gaya comel Ariana ketika ditemubual wartawan amat menarik perhatian. Begitu lancar malah turut disertai dengan kerdipan matanya yang comel. Cute!
Thalasawatimohd : Memang cantik, sopan. Kurniaan ALLAH yang sangat dikagumi.
PersonalshopperFazz: Kenapa kedip-kedip mata tu, be natural pun dah terlalu comelll sgt.
cik_reena:she got the attitude ..she gonna be Malysian sweetheart 1 day
CHRISTINE MAYLON:cantik betul anak dia yg perempuan mcm anak patung.
Terdahulu, Datin Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang anak kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada Februari 2016.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.