Menjadi lumrah bila ibu hamil mengidam untuk memakan sesuatu yang kadang kala di luar kebiasaan. Namun bukan semua yang diidamkan dapat dimakan mungkin kerana beberapa faktor untuk kesihatan dan kebaikan ibu dan bayi dalam kandungan.
Pelakon, Farah Nabilah dalam satu temubual oleh Bharian menyatakan bahawa dirinya mengidam nak makan ikan Salmon, namun hasratnya itu tidak kesampaian berikutan ikan berkenaan jarang dimasak dengan betul.
Isteri kepada Mohammed Amirul Yunus itu berkata, selera makan semakin bertambah apabila memasuki memasuki trimester kedua.
Pelakon yang meledak menerusi drama Titian Cinta itu kini hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan anak sulung pada awal November depan.
“Semuanya saya nak makan terutamanya pada trimester kedua. Sekarang, selera makin berkurang pula apabila usia kandungan mencecah lapan bulan.
“Saya tidaklah mengidam makanan pelik. Boleh dikatakan, hanya ikan Salmon sahaja yang diinginkan, tetapi tak dapat makan. Lagipun, kebanyakan menu makanan ikan Salmon selalunya tidak dimasak dengan betul. Jadi, saya memang tak digalakkan memakannya,” katanya.
Pemegang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, dirinya tidak betah duduk diam dalam tempoh kehamilan.
“Kalau diam saya akan rasa penat. Jadi, saya selalu bergerak dan membiasakan diri sibuk.
“Saya akan melancarkan makanan nutrisi dan detoks jika tiada aral melintang dalam masa terdekat ini,” katanya.
Setakat ini, Farah berkata, semuanya dalam keadaan terkawal.
Ads
“Cuma, saya gementar setiap kali memikirkan saat melahirkan cahaya mata, maklumlah tiada pengalaman. Saya tahu perasaan itu biasa bagi mereka kali pertama melahirkan anak,” katanya.
Farah berkata, dia juga selesa membiarkan jantina anaknya menjadi kejutan. Apa yang lebih utama, bayi yang bakal dilahirkan sihat dan selamat.
EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK
Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?
Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Kelas antenatal diadakan bertujuan memberi ilmu keibubapaan terutama bagi pasangan yang pertama kali akan menimang cahaya mata. Ilmu keibubapaan akan dikongsi oleh pegawai-pegawai perubatan bermula dari peringkat awal sejak dari dalam kandungan, persiapan untuk kelahiran dan semasa berpantang termasuklah cara menguruskan bayi yang betul.
KENAPA BAPA-BAPA PATUT ATTEND KELAS ANTENATAL. IBU PATUT TAG ENCIK SUAMI MASING-MASING
AMARAN: Post ini mungkin agak panjang. Tapi sangat berguna. Jemput baca.
Kali Pertama Ke Kelas Antenatal
InsyaAllah, ini kali keempat wife saya mengandung. Tapi ini jugaklah kali pertama saya attend kelas Antenatal. Saya nak seru sangat kepada bapak2 kat luar sana. Kalau wife ajak gi kelas antenatal, tolonglah pergi ataupun tempah kelas tu & ajak wife pergi.
Alhamdulillah, untuk saya lepas attend antenatal class di Andorra banyak ilmu yang saya dapat dan best sangat. Sebelum ni, saya baca pengalaman orang, @Ashraf Amalina. Kali ini, alhamdulillah ada rezeki dapat rasa sendiri.
Terus terang cakap, Alhamdulillah kami puas hati. Tak rugi. Extra berbaloi.
Mula perasan tentang Andorra ni bila terjumpa satu post di instagram. Saya terus screenshot dan share dengan wife pasal launching Andorra. Hantar whatsapp pada wife.
“Sayang, cuba tgk yang ni…” sambil buat muka smile acah acah sweet..
Sejak tu, terus research tentang Andorra & follow fb Andorra.
Dalam masa yang sama, ramai yang start share tentang Andorra. Wah, terus rasa TERUJA!
Hati ni selalu berangan, bestnya kalau dapat bawa Isteri bersalin di sini nanti. Hehe!
Bila dah follow fb Andorra tu, wife siap set see first lagi, kan. Almaklumlahkan, orang teruja. So, semua update dari Andorra kami akan notice.
Satu hari, wife whatsapp saya.
“Abg nak tak join kelas Antenatal kat Andora ”
Saya pun apa lagi ..tak fikir panjang reply..” Jom”
Terus wife booking kelas untuk 11 Februari 2018 sebab kelas untuk Januari dah penuh.
Cara nak booking, senang.
1. Survey tarikh yang still available.
2. Email ke marketing@andorracare.com. Buat karangan sikit, masukkan detail kita & inform kita nak booking antenatal class di Andorra. Maklumkan jugak dah berapa minggu pregnant. Andorra akan bagi prioriti untuk ibu-ibu yang dah 28 minggu & ke atas.
3. Dapat reply dari Andorra.
4. Buat payment RM100 untuk husband&wife. Means satu kepala, RM50 je. Murah sangat kan?
5. Dapat confirmation dari Andorra & tunggu masa & hari kejadian.
Tips : Incase tak dapat reply dari Andorra, cuba call Andorra untuk follow up. At least, pihak Andorra akan alert dengan email kita.
Call 03-89661133, insyaAllah pihak Andorra sangat membantu.
Ok ni nak cerita part kelas Antenatal pulak.
Biasanya knowledge tentang pregnancy ni, ibu-ibu je yang banyak ambik kisah. Betul? Sebenarnyakan, bapa-bapa pun wajib ambil tahu. Tak boleh lepas pada ibu-ibu saja. At least, wife kita akan rasa adanya sokongan dari kita sebagai suami.
Seharian attend kelas antenatal ni, banyak ilmu yang saya dapat. Terlalu banyak.
Sampai saya rasa punyalah naifnya saya ni. Saya cakap dekat wife,
“Dulu kita takde ilmu kan..”
Wife saya senyum je tengok saya. Senyum semacam pulak tu.. Haishhhh…
Okaylah nak share apa yang best sangat kelas Antenatal di Andorra ni. Ini apa yang saya rasa tau, orang lain saya tak tahu. Tapi saya rasa, mostly akan rasa lebih kurang sama dengan apa yang saya rasa.
1)YURAN TERLAJAK BERBALOI
Untuk suami & isteri, yuran antenatal hanya RM100 SAHAJA. Means, satu kepala RM50 je. Ha, murah kan? Memang murah. Sangat-sangat murah untuk ilmu-ilmu dari pakar, makanan sedap-sedap dari Chef Zubir & team, fasiliti yang superb & pengalaman yang awesome.
2) LAYANAN BAIK PUNYA
Taknak over. Tapi kami rasa memang macam layanan hotel first class.
Sampai-sampai staff Andorra yang bertugas sambut dengan ramah, senyum tak pernah lekang. Register nama & ingat no untuk cabutan bertuah.
Ada krew yang akan attend kita. Siap tolong tekankan butang lif & hantar sampai ke hall untuk kelas antenatal.
Kebetulan waktu naik lif, kami terserempak dengan CEO Andorra, Puan Zaila. Ceria, energetic, peramah & tak lokek senyum. Patutlah team Andorra pun bersemangat & peramah.
3) MAKANAN SUPER SEDAP
Masa kami sampai, mostly tengah breakfast.
Part makanan, Ya Rabbi..sedap sangat2. Team Chef Zubir yang masak. Tentulah sedap. Superb sedap. Haish..masa tulis ni pun terliur tau bila teringat sedapnya lahai..
Ada dua kali makan, sarapan pagi & makan tengahari. Macam-macam ada dalam menu makanan tu. Makan ala-ala di hotel. Adik2 dari team Chef Zubir ni pun senyum je waktu serve. Terima kasihlah adik2, layan baik-baik kami semua time tu. Senang hati kami nak makan. Nak tambah pun tak malu & segan.
4) PENGISIAN HEBAT & MANTAP
Mula dari pagi bersama Prof Muhaya, sampailah ke petang. Semuanya best.
Rezeki sungguh dapat jumpa Prof Muhaya live. Saya dan wife dapat peluang jadi voluntere buat praktikal ilmu Prof.
Dalam slot Holistic Parenting ni, Prof share tentang 5 Love Languages. Prof juga tekankan tentang kenapa kita perlu tahu fasa kehidupan. Bila dah tahu fasa kehidupan baru kita boleh set GPS kehidupan kita.
Second session by Dr Yulianty Ariffuddin. Salah seorang doktor O&G di Andorra jugak. Topik serius, tapi gaya Dr Yuli sampaikan memang seronok. Apa expection kita bila ibu-ibu dah masuk labor room. Persediaan & kefahaman tu penting. So, kita boleh standby & taklah blur saja nanti bila wife dah nak bersalin.
Antara topik lain yang ada dalam kelas ni, ilmu penyusuan. Wajib jugak untuk bapa-bapa tahu. Setidak-tidaknya, kita boleh faham apa challenges of breastfeeding yang isteri-isteri kita hadapi. So, kita sebagai suami boleh standby untuk bagi moral support pada isteri.
Ada beberapa lagi seisi lain dengan pihak sponsorship. Antaranya yang saya ingat dari Cyrocord, Anmum & Sebamed.
Last session, kami belajar teknik bersalin dengan betul. Walaupun untuk kami kali ini bukan anak sulung, teknik bersalin dgn betul tetap kena tahu. Untuk yang tak tahu, wajib belajar. Ada jugak diajar teknik pernafasan masa sakit contraction & cara meneran dengan betul.
Kenapa suami-suami kena tahu jugak teknik-teknik ni? Sebabnya bila wife sakit sangat masa contraction, ada kemungkinan wife kita akan terlupa teknik bernafas yang betul. Masa tu kita as husband kena tunjuk hero, ingatkan isteri cara yang betul. Teknik yang betul dalam labor room boleh bantu wife kita manage sakit contraction & deliver baby secara natural & selamat, insyaAllah.
So, nampakkan betapa pentingnya untuk husband and wife tahu ilmu-ilmu ni?
Sekali lagi saya seru untuk para husband, ambil berat tentang kelas atenatal. Semampu yang boleh, cuba usaha untuk join sama dengan isteri.
5) CABUTAN BERTUAH
Habis seisi praktikal, ada seisi cabutan bertuah. Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah pulak, best-best. Siapa yang dapat tu memang kira bertuah habislah. Ada pam susu, steamer, set new born, car seat, baby stroller & banyak lagi. Lebih kurang 20 lebih hadiah-hadiah yang sangat2 menarik.
Chance menang pulak sangat tinggi. Bayangkan participant yg hadir lebih kurang 50 orang pasangan. Kiranya dari jumlah participant tu, sebahagian akan dapat rezeki menang cabutan bertuah tu.
6) GOODIES BAG
Untuk yang tak dapat apa-apa hadiah cabutan bertuah, jangan sedih okay. Sebabnya Andorra akan bagi kita bekal goodies bag yg barang-barang dalamnya best-best belaka.
Kalau kira harganya, mungkin boleh cecah RM ratus.
7) ANDORRA TOUR VISIT
Okay ini part last sekali. Puan Zaila CEO offer nak tak jalan-jalan tour tengok Andorra punya facilities? Wah..apa lagi, angkat tangan surelah nak kan? Kalau takde event macamni, tak boleh suka-suka naik ye.
So, semua kami masing-masing take part pusing Andorra. CEO bawa kami round bilik bersalin, jalan-jalan tengok wad 4 bedded, 2 bedded, 1 bedded, VIP suites &bilik nursery. Masa melawat bilik nursery tu kami tengok dari luar bilik kaca ada baby, comellah sangat masyaAllah.
Apa yang saya perasan, antara kelebihan yang ada pada Andorra:
1. BILIK WAD
Sangat comfy & homey. Katil-katil bercadarkan cadar patchwork. Cantik & nampak selesa. Tujuannya nak bagi ibu-ibu rasa macam dekat rumah, bukan dekat hospital.
Paling best tentulah bilik satu katil(one bedded). Specialnya selain memang tak berkongsi dgn ibu-ibu yg lain. Lebih privasi. Boleh bawak famili & anak2 bermalam dekat situ. Bilik yang agak luas, selesa, ada TV & bilik air khas. Andorra memang galakkan family stay sama-sama ibu untuk bagi support pada ibu-ibu yang dah bersalin ni.
2. SERVIS UNTUK IBU BERSALIN
Di Andorra, servis yang ada sangat mesra ibu. Ibu-ibu yang dah bersalin, staff nurse akan uruskan sebaik mungkin. Sampai ada nurse-nurse yang akan uruskan untuk mandikan & siapkan ibu-ibu. Tapi, kalau kita as a husband nak tunjuk gentleman & prihatin. Nak ambik tugas mandi & siapkan isteri kita, boleh aje. Lagi bagus.
3. MAKANAN PANTANG DENGAN MENU ALA HOTEL
Lepas bersalin, Andorra akan bagi pilihan untuk ibu-ibu pilih pakej menu yang semuanya sedap-sedap. Sekali lagi, team Chef Zubir yang akan prepare semua menu-menu ni.
Incase, ada bapa-bapa ataupun famili yang teringin nak rasa menu ala hotel ni, ada delivery food service yang Andorra sediakan. Menarikkan? Kalau teringin, boleh join order untuk delivery. Tak perlu ‘paw’ makanan isteri. Hehe.
4. HARGA PROMOSI YG MENARIK
Andorra ada sediakan pakej terbaik. Tapi, kena grab awal sebelum 28th Feb ni. Yang berhajat nak bersalin di sini, perlu buat booking with full payment. Andai kata tak jadi bersalin di Andorra, Andorra akan pulangkan semula payment kita.
Harga promosi sehingga 28 Februari ni. Bermula dari RM2499 untuk bilik 4 orang. RM2699 untuk bilik 2 katil & RM2999 untuk bilik 1 katil.
Boleh rebut peluang ni cepat-cepat.
Harga akan datang, tak pasti. Sementara dalam tempoh promosi, lebih baik sambar!
5. PAKAR-PAKAR O&G WANITA BERTAULIAH
Yang ini sebenarnya paling penting. Sekarangkan hangat isu kelahiran yg selamat. InsyaAllah di Andorra, pakar-pakar O&G terdiri dari doktor-doktor yang berpengalaman. Dr. Khamsiah, Dr. Lily Fariza & Dr. Yulianty. Doktor-doktor ini yang akan bantu & conduct ibu-ibu time nak bersalin nanti. Tak perlu risau tentang doktor lelaki. Sebabnya di Andorra, semua pakar-pakar terdiri dari doktor wanita.
Kalau nak bersalin di Andorra, syaratnya mesti attend check up at least 2kali.
6. NON-MUSLIMS ARE WELCOME
Tak terhad untuk orang Islam sahaja. Kalau ada non muslims yang nak cuba servis di Andorra, sangat-sangat dialukan. Waktu kami attend kelas antenatal ni pun, ada pasangan India yang hadir sama. Siap menang hadiah cabutan bertuah tempat pertama lagi.
7. LAIN-LAIN
Sentiasa akan ada alunan bacaan AlQuran. Sangat tenang. Memang membantu ibu-ibu untuk urus emosi saat nak bersalin & selepas bersalin.
Perancangan akan datang, khabarnya Andorra bercadang nak buat servis untuk confinement. Yang ni khas untu ibu-ibu berpantang.
Terbaru, Andorra dah ada panel. Antara panel yang berdaftar dengan Andorra:
1) Amanah Raya Berhad
2) World Health Organisation
3) Staff of Selangor Government – via 3rd party SelCare
4) Pusat Pungutan Zakat – MAIWP
Kalau yang belum pernah pergi kelas antenatal, pergilah. Yang dah pernah pergi, tapi nak pergi lagi this Andorra’s Antenatal Class is highly recommended.
Setakat hari ini, tarikh yang available pada 11 Mac 2018. So, cepat-cepatlah booking.
Disebabkan excited nak kongsi pengalaman kelas antenatal di Andorra, saya sempat buat satu video untuk share pengalaman ni.
Untuk ibu-ibu yang berhajat nak bersalin di sini. Bolehlah share dengan suami masing-masing. Untuk suami-suami yang nak bagi hadiah terbaik untuk isteri, pakej bersalin di Andorra boleh masuk dalam list. At least kasi hadiah untuk isteri, kelas antenatal Andorra yang the best.
Jujurnya baru saya tahu betapa pentingnya kelas antenatal ini. Untuk persediaan fizikal dan emosi suami & isteri. Jarang saya tulis macam ni. Tapi sebab saya rasa informasi ni sangat berguna untuk pasangan suami isteri tahu, saya gagahkan tulis..
Last but not least,
Nak bersalin tak perlu cari doula. Cukuplah pergi ke Andorra.
Saksikan musim ke-4 Pa&Ma, Jurnal Kehamilan episod 7: Kelas Antenatal selasa ini di Astro Prima & Prima HD pukul 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam bersama pengacara baru Fad & Sha.
Ketika seseorang wanita itu disahkan hamil, hormon di dalam tubuhnya mulai berubah. Apabila ini berlaku, kadangkala ia memberi efek terhadap kulit si ibu. Begitu juga dengan ibu selepas melahirkan, kulit mungkin akan menjadi kusam dan tidak bermaya. Lebih teruk lagi, sesetengah wanita hamil mungkin akan mengalami masalah jerawat yang serius atau kulit gelap pada bahagian pelipat.
Sesetengah masalah kulit akan berhenti selepas si ibu melahirkan bayi. Ada juga yang berlanjutan sehingga beberapa bulan selepas bersalin. Bagi wanita mengandung yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit, terdapat beberapa makanan semula jadi yang boleh diamalkan dari awal kehamilan bagi memastikan kulit mendapat nutrisi yang secukupnya.
ANGGUR
Buah anggur baik untuk kesihatan kulit kerana ia mengandungi vitamin, mineral dan pelbagai nutrisi di dalamnya. Ia dikatakan dapat menyihatkan kulit kerana mengandungi bahan antioksidan yang tinggi. Kebaikan bahan ini adalah untuk melembapkan kulit serta melindunginya daripada radikal bebas. Mengalamkan buah anggur juga baik untuk melambatkan proses penuaan.
AVOKADO
Biarpun buah ini kaya dengan lemak, tetapi ia baik untuk kulit. Kandungan vitamin E dan C di dalam buah ini dapat menjaga kulit agar sentiasa lembap dan sihat. Vitamin C dapat membekalkan kelembapan kepada kulit agar tidak menjadi kering dan bersisik. Selain itu, pengambilan avokado secara konsisten dapat membantu mencerahkan kulit secara sihat.
UBI BIT
Tidak ramai yang mengenali ubi bit. Sebenarnya ia sangat baik kerana mampu menambah sel darah merah serta membantu menyegarkan kulit. Ubi bit mengandungi kalsium magnesium, vitamin A dan E serta kalium.
KELUARGA BUAH BERI
Jika diperhatikan banyak suplemen untuk kulit dihasilkan daripada ekstrak buah beri. Ini kerana kandungan vitamin C serta bahan antioksidan yang tinggi di dalam buah-buahan beri ini. Ia melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan kanser serta membantu untuk melembutkan kulit.
Bagi ibu hamil atau selepas bersalin yang mahukan kulit kembali tegang, bolehlah mengamalkan epal. Semasa hamil pengambilan epal dapat mengurangkan kewujudan kesan regangan. Jumlah antioksidan di dalam buah epal dapat mengetasi masalah kulit kering serta kedutan.
TOMATO
Buah tomato sangat baik untuk mata. Selain itu, kandungan likopen di dalamnya berfungsi untuk mencegah kerosakan kulit. Sekiranya tidak dimakan pun, jika dijadikan pupur wajah, tomato dapat membantu menanggalkan sel kulit mati serta bintik hitam pada wajah.
Bagi ibu hamil yang mahu merehatkan kulit, anda boleh cuba pupur tomato dan timun ini. Pupur ini juga bertindak untuk mengecilkan liang pori pada wajah. Cara untuk menghasilkannya juga tidak sukar:
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tomato ranum
1/4 batang timun
CARA MEMBUAT:
KELAPA
Minyak asli dari kelapa dapat memberi kelembapan kepada kulit. Mengamalkan minyak kelapa dara dapat mengatasi masalah regangan kulit serta melembutkan kulit secara natural. Jika ibu mengalami masalah rambut gugur, boleh oleskan minyak kelapa agar lebih kuat dan tidak rapuh.
BAYAM
Bayam amat baik diamalkan oleh wanita hamil kerana ia kaya dengan beta karoten,vitamin A, zat besi serta bahan antioksidan. Jika diamalkan setiap hari, ia dapat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah darah rendah. Selain itu, nutrisi yang terdapat dalam bayam dapat menghaluskan kulit wajah dan mengurangkan masalah jerawat pada kulit.
Kesimpulannya, tidak perlulah kita terlalu taksub untuk mengambil jalan mudah untuk mencantikkan kulit. Makanlah buah atau sayuran segar untuk membantu mencantikkan kulit secara sihat. Amalkan secara berdisiplin, pasti akan mendatangkan hasil yang menakjubkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk mengandung disarankan untuk mengambil asid folik. Rata-rata mengetahui asid folik sangat baik untuk kesuburan wanita. Namun, ada juga yang bertanya adakah pengambilan asid folik ketika seseorang wanita itu datang haid akan menimbulkan masalah.
ASID FOLIK SUPLEMEN ‘DEKAT’ DENGAN WANITA
“Doktor, adakah asid folik boleh diambil ketika haid?
Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Asid folik adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Asid folik boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.
“Doktor betul ke asid folik ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula.”
Wanita yang mengambil asid folik sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil asid folik akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain. Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan asid folik bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doktor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrien seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan asid folik akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan asid folik pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.