Siapa pernah kena bengkak susu? Hanya yang pernah merasai saja tau macam mana sakitnya bila kena bengkak susu yang teruk. Sampai boleh demam la.
Perkongsian Umi Aishah ini boleh dijadikan panduan untuk ibu mengetahui apa PUNCA BENGKAK SUSU dan apa PETUA UNTUK HILANGKAN BENGKAK SUSU.
PUNCA-PUNCA BENGKAK SUSU
Lambat memulakan penyusuan kali pertama.
Lambat memulakan penyusuan selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di payudara, dan menyebabkan bayi sukar menyusu dalam keadaan payudara membengkak.
Ads
Lekapan yang tidak betul.
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap.
Penyusuan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan jarak masa antara sesi memerah yang terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat dan meyebabkan bengkak.
Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara.
Bayi perlu menyusu di sebelah payudara sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu. Kerap menukar payudara semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari setiap payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak susu.
Ads
Tertinggal sesi memerah.
Bagi ibu yang bekerja tertinggal sesi memerah ketika bekerja juga menyumbang kepada masalah bengkak susu.
Ads
Pam susu.
Penggunaan pam yang tidak sesuai terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara, sekaligus menyebabkan masalah bengkak susu kerana susu dikeluarkan sehingga kosong.
Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan.
Isi air panas dlm botol dan golek-golekkan di bahagian ketulan.
Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah areola di seluruh payudara.
Susukan bayi/perah susu sekerap mungkin. Sambil golekkan botol air panas tadi di kawasan bengkak sepanjang sesi penyusuan/memerah.
Elakkan ais, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas setiap 1 jam.
Urutan/tuam membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.
Jika kulit di bahagian payudara yang bengkak kemerahan, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Tuam dengan tuala sejuk/botol berisi air sejuk selama 10-15 minit dulu sebelum tuam menggunakan botol berisi air panas untuk menghilangkan radang.
p/s: Jangan main-main tau dengan bengkak susu ni, bahaya. Kerapkan sesi penyusuan kepada ibu suri rumah dan kerapkan sesi memerah kepada ibu yang bekerja.
Sumber: Kelab Ibu Hamil, Menyusu & Berpantang
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rasa kasihan dan tidak sampai hati, dua perkara yang selalu ibu fikirkan apabila memilih untuk ‘wean off’ atau bercerai susu anak. Hal sebegini seharusnya tidak patut berlaku jika ibu benar-benar mahukannya.
Menurut Kaunselor Laktasi, Dr Nurhaya Yacob daripada Dr Nurhaya Lactation Center, ibu harus menguatkan hati terlebih dahulu sebelum memilih untuk memberhentikan anak daripada menyusu. Terdapat beberapa cara namun tip ini merupakan cara yang aplikasikan olehnya sendiri kepada anak-anaknya. Memang menjadi!
Apabila nak cerai susu, ibu mesti ready. Bila tak ready, inilah punca ibu akan “give in” bila anak menangis tantrum tak dapat apa yang dia nak. Bila anak tahu mommy akan give in dengan mudah, maka mereka hanya akan “press the button” untuk dapatkan apa yang mereka mahu.
Contoh tak ready, “alaa tak sampai hati” atau “kesiannya”. Sekiranya tak ready, ready kan diri terlebih dahulu. Apabila sudah tetapkan diri, “ok ready to wean off” maka kita mulakan proses ini.
1. Saya mulakan pada usia 1 tahun 8 bulan. Saya ada 4 bulan sebelum capai usia 2 tahun. (Ini kalau nak wean off usia 2 tahun, kalau nak lebih, silakan)
Its a process, no rush. Apabila ibu ready, dalam proses cerai susu ini, ibu pula readykan anak tersebut.
2. Apabila bersama dengan anak, contohnya pada hari minggu/ cuti, jangan offer. Jangan tanya “Sofea nak susu?” “Sofea nak nenen?”. Tak perlu ingatkan mereka. Buat sahaja macam biasa. Teruskan kerja.
3. Bila anak minta, LENGAHKAN!
“Mommy, nak susu please”. Setelah beberapa ketika. “Ok boleh, boleh susu, lepas kita makan ni dulu ya, mommy make some yummy amazing cupcake”. Cuba lengahkan. Ia adalah sebuah proces, boleh jadi hari ini tak berjaya, tapi esok berjaya. Maka perlulah ibu konsistant.
Ibu sahaja ke? Tidak. Ayah pun main peranan. Ketika anak meminta, ayah boleh alihkan perhatian dengan ajak bermain di luar atau sebagainya. Proses cerai susu sangat meruntun emosi dan fizikal. Kerjasama sangat penting.
4. Alihkan perhatian anak. Apabila ibu sedang cuba lengahkan, sebenarnya ibu juga sedang mengalihkan perhatiannya daripada penyusuan. Its a process. Ibu perlu terus persistance and consistance. Lagi sekali diingatkan, proses ibu bukan buat sekali berjaya. Dari mungkin 6 kali menyusu kalau hari cuti, dah mulai drop ke 4 kali dalam tempoh 2 minggu. Dengan Cik Bunga agak cepat process cerai susu.
5. Bercakap ketika anak sedang separa tidur, kata-kata ini akan masuk dan tersemat rapi di minda separa sedar.
Masa tidur anak menyusu sebentar dan tidur. Cik bunga memang tidak mengempeng sebab saya ajar dari bayi tidur di katilnya sendiri. Selesai menyusu, saya letakkan di baby cot sebelah katil saya. Ni memang semua anak saya train dari lahir.
6. Time out / count down.
Apabila anak ibu menyusu dimalam hari, kerapnya ia hanyalah untuk tujuan keselesaan. Bukan sebab lapar pun. Bila dah agak lama seperti 10 minit menyusu, ibu boleh nyatakan “ok lagi 5 minit sahaja ya susu, lepas ni kita stop dan tidur”.
Anak tidak tahu 5 minit tu berapa lama, tapi kita boleh follow dengan count down. 10 9 8 7 6 5 4 sampai 0. Mula-mula memang liat. Lepas beberapa kali, anak akan lepas sendiri dan tepuk-tepuk sikit lalu tidur.
Sekiranya anak tantrum bagaimana?
Boleh minta bantuan pasangan. Tapi sekiranya sudah buat semua dan masih juga anak mahu menyusu, tak apa, nama pun proses. Susuilah, anaknya belum bersedia. Cubalah lagi secara terus menerus. Ada yang cepat ada yang lama. Yang penting faham bahawa ia adalah sebuah proses.
Proses untuk ibu dan anak. Fokus pada progress, teruskan dengan konsistan dan persistant. Jangan lupa doa dan tawakal pada yang Esa. Dia yang menjaga hati kita dan anak kita.
Mungkin dengar macam mudah sahaja saya wean off, tapi ia memerlukan kesabaran kerana perlu ulang berkali-kali. Dari 8 kali penyusuan turun ke 6 kali, kemudian 4 kali lalu 2 kali dan akhirnya cerai susu.
Penyusuan susu ibu itu perjalanannya indah. Memorinya sangat manis. Membina keyakinan diri anak melalui ikatan yang luar biasa, nutrisi yang hebat dan lengkap. Namun kenapa perlu di rentap perjalanan yang indah itu dengan pengakhiran yang traumatik.
Satu kesyukuran bila mana dianugerahkan susu yang meriah selepas sahaja melahirkan anak. Bagi pelakon, Mia Ahmad, dia teramat bersyukur bila mana direzekikan dengan susu yang meriah setiap kali melahirkan anak.
Sama seperti dua kelahiran cahaya matanya, Mia yang kini sedang berpantang kelahiran ketiga ini juga turut dilimpahkan rezeki untuk menyusu anak ketiganya.
Melalui Insta Story, Mia turut memuat naik gambar perahan stok susunya sepanjang berpantang ini. Cukup meriah.
Pun begitu kata Mia, dia pernah berdepan dengan stok susu yang banyak hingga tidak cukup tempat untuk disimpan sehinggakan dia mendapat nasihat untuk mengurangkan pump kali ini.
“Previous pregnancy pun sampai tak muat nak letak susu dalam peti. Saya dapat advice untuk kurangkan pump.
“Jadi kali ni tak nak kerap pump macam dulu sebab banyak sangat susu,” katanya berkongsi.
Pun begitu Mia turut berkongsi tip untuk ibu-ibu yang sedang berjuang untuk menyusukan anak. Apa yang boleh terus dilakukan adalah sentiasa kerap memerah susu seperti yang dilakukan olehnya dahulu.
Tak lupa, Mia turut menitipkan kata semangat agar susu tidak berkurangan.
“Tapi mommies yang nak meriah susu kena rajin pump even takde susu pun yang keluar.
“Saya bukan BF expert, ni antara tips yang saya dapat and also minum air secukupnya, rehat dan tak mau stress. Nanti susu drop.
“Semoga berjaya mommies,” luahnya yang turut menitipkan kata semangat buat semua ibu menyusu.
Terdahulu, Mia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 17 Januari lalu. Mia dan suami turut mempunyai dua cahaya mata, Sayf Issa dan Iris.
Eh, dah pukul 1 petang, sudah waktu penyusuan tetapi si comel masih tidur. Hmmm… perlu ke bangunkan bayi untuk menyusu atau tunggu sehingga dia bangun sendiri sahaja? Ini ada cara bangunkan bayi untuk menyusu yang boleh ibu cuba – semoga berjaya!
Waktu penyusuan
Bayi yang baru lahir perlu menyusu setiap 2 hingga 3 jam, tetapi kalau dia sedang melelapkan mata, adakah masih perlu untuk bangunkan si manja?
Tidak sampai hati pula untuk mengganggu si comel sedang nyenyak tidur. Itu adalah 1 situasi biasa yang dialami oleh mana-mana ibu dan kami benar-benar memahami keadaan tersebut.
Lagipun, pastinya si kecil nampak comel ketika sedang tidur, bukan?
Tetapi waktu penyusuan adalah penting terutamanya untuk perkembangan kesihatan si manja serta bagi memastikan bekalan susu berada pada tahap terbaik.
Cara bangunkan bayi untuk menyusu – Adakah perlu?
Patut ataupun tidak seorang ibu bangunkan bayi untuk menyusu adalah bergantung kepada:
Adalah sesuatu yang normal untuk bayi yang baru dilahirkan kehilangan berat pada beberapa hari pertama selepas kelahirannya.
Namun, sehingga bayi anda mendapatkan semula beratnya yang hilang – anggaran dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas lahir – adalah mustahak untuk ibu menyusukannya secara kerap.
Ini bermakna anda perlu mengejutkan si manja untuk penyusuan, lebih-lebih lagi jika bayi tidur nyenyak hingga lebih daripada 4 jam.
Sebaik sahaja bayi mendapatkan pola berat badan yang sepatutnya, anda boleh mengubah waktu penyusuan sehingga si kecil terjaga dari tidurnya.
4 alasan bangunkan bayi untuk menyusu
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk mengejutkan bayi jika mereka tidur berterusan sehingga lebih daripada 4 jam pada 2 minggu pertama.
Ini kerana kebanyakan bayi yang baru lahir perlu menyusu antara 8 hingga 12 kali sehari. Lebih kurang, sekali penyusuan bagi setiap 2-3 jam.
Mungkin anda masih rasa bersalah untuk mengejutkan si kecil yang sedang lena, namun berikut adalah sebabnya:
Perut bayi cepat kosong
Fakta mengatakan bayi akan mencerna susu ibu dengan cepat dan mudah, malahan lebih cepat berbanding pencernaan susu formula.
Proses pencernaan yang cepat, ditambah dengan saiz perut bayi yang kecil – saiz perut bayi hanya lebih besar sedikit daripada bola ping-pong pada usia 2 minggu – maka keperluan fisiologinya perlu dipenuhi setiap 2-3 jam.
Manakala bayi yang diberikan susu formula, waktu penyusuan pula adalah lebih kurang antara 3-4 jam pada bulan pertama.
Ini kerana susu formula memerlukan waktu lebih lama untuk dicerna.
Perlu tambahkan berat badan
Tidak mendapat makanan yang mencukupi boleh memperlahankan proses pertambahan berat bayi.
Bayi baru lahir biasanya hilang antara 5-10% berat selepas kelahiran, bergantung kepada kaedah bersalin.
Mereka memerlukan tempoh beberapa minggu pertama untuk mendapatkan kembali kehilangan berat tersebut.
Tidak mendapat makanan yang mencukupi juga cenderung menyebabkan masalah komplikasi berkaitan jaundis (demam kuning) dan tekanan darah rendah.
Bekalan susu
Jika anda menyusu badan, penyusuan yang kerap dapat membantu menambah dan mengekalkan tahap bekalan susu badan.
Sekiranya anda kurang menyusukan bayi, ia boleh mengurangkan penghasilan dan pengeluaran susu.
Tanda kelaparan
Bayi biasanya akan mengeluarkan isyarat kelaparan seperti memegang bibir atau menghisap jari.
Namun, apabila mereka benar-benar lapar, tangisanlah isyarat paling nyata. Dan, jika ia berlaku anda mengalami sedikit kesukaran untuk menenangkan bayi yang menangis.
Jadi perhatikan sebarang signal tanda lapar yang mungkin diberikan si manja bagi memudahkan proses penyusuan.
Tetapi bagaimana untuk bangunkan si manja yang sedang tidur tanpa membuatkan mereka terkejut dan menangis?
Cara bangunkan bayi untuk menyusu
Untuk bangunkan si manja yang sedang lena bukanlah 1 perkara mudah.
Berikut dikongsikan 7 cara yang boleh ibu cuba untuk bangunkan si manja:
Sentuh si manja
Bangunkan si kecil dengan sentuhan lembut. Caranya adalah dengan menyentuh tapak kakinya. Anda juga boleh berikan sentuhan lembut pada tangan, kaki dan belakang badannya.
Bercakap dengan bayi
Cuba untuk ‘berbual’ dengan si manja yang sedang tidur. Mendengar suara anda mungkin cukup untuk membuatkan mereka terjaga.
Alihkan selimut
Jika bayi kelihatan selesa dengan selimut yang membaluti tubuhnya, cuba alihkan selimut tersebut.
Tetapi ingat, bayi boleh kehilangan suhu badan dengan cepat, jadi jangan biarkan bayi terdedah kepada cuaca sejuk untuk tempoh yang lama.
Cara bangunkan bayi untuk menyusu: Tukar lampin
Pergerakan yang berlaku di sekitarnya dan perasaan apabila lampin ditukar cukup bagi bangunkan bayi untuk menyusu.
Pastikan anda sudah bersedia untuk proses penyusuan badan selepas itu.
Gunakan kain basah
Aik, masih tidak bangun lagi? Mungkin anda boleh cuba lapkan kain basah (suam) pada muka si kecil.
Sendawakan bayi
Tepuk dan gosokkan perlahan-lahan bahagian belakang bayi untuk membuatkan dia terjaga.
Sendawa juga dapat menyingkirkan udara yang terperangkap dalam perut si kecil dan boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa.
Dekatkan bayi kepada payudara
Seandainya tip di atas masih tidak berjaya, cuba kaedah ini sebagai cara bangunkan bayi untuk menyusu.
Rooting reflex (refleks menghisap) yang ada dalam bayi akan membuatkannya tetap menyusu walaupun sedang tidur.
Anda juga boleh menitiskan beberapa titisan susu pada mulut si manja. Bau dan rasa susu mungkin akan membantu mereka menyusu.
Waktu penyusuan penting
Walaupun anda berasa kasihan perlu bangunkan bayi untuk menyusu, tetapi ia adalah 1 proses penting dalam tumbesaran si manja.
Jadi walau senyenyak mana bayi anda sedang lena, bangunkan dia untuk penyusuan. Sebaiknya ikutilah waktu penyusuan disarankan demi perkembangan bayi yang sihat.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.