Anak-anak memang suka main dengan telefon bimbit ibu atau ayah. Kadang tak ada apa sangat yang digodeknya, tak lain tak bukan untuk ambil gambar memenuhkan ruang galeri dengan gambar aksi-aksi lucu mereka.
Ada juga yang dah pandai rekod video mereka sendiri, memang macam-macam gelagat boleh dilihat dan ini boleh membuatkan ibu ayah tersenyum sendiri. Bila dah asyik belek galeri dengan gambar gelagat anak sendiri, mulalah lupa nak balas pesanan yang dihantar.
Itu yang berlaku kepada Amyra Rosli apabila dia berkongsi perihal sebenar yang berlaku kepada telefon bimbitnya yang sering hilang di rumah.
Menurutnya kerana geli hati melihat aksi lucu gambar yang dirakam memenuhi galeri telefon bimbitnya, membuatkan dia lupa untuk membalas pesanan. Justeru Amyra berpesan jika ada hal yang perlu respon segera daripadanya, terus sahaja menghubunginya.
Ads
“Phone mommy selalu hilang kat rumah lepas tu dah beberapa jam jumpa phone balik dan tengok penuh gallery.
Lepas tu mommy gelak-gelak pastu lupa nak replyyyyyyyy message korang. So kalau ada anything urgent call je terus ok,” tulis Amyra.
Dalam hantaran tersebut, Amyra berkongsi gambar-gambar Anaqi yang cukup mencuit hati dengan pelbagai aksi kelakar yang diambil sendiri menggunakan telefon bimbit Amyra.
Tak hairanlah telefon mommynya sering hilang, rupanya ini yang dibuat oleh Aqeef Anaqi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas? Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau Kebolehan untuk bercakap?
SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS
Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja. Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama-sama bantu anak-anak yang ada isu ‘Speech Delay’
Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:
1️⃣Kesediaan Sensori
Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita.
Sebab mereka sibuk mencari stimulasi sensori yang lain. Melompat lah Berlari lah Menggigit lah
Jadi nak pandang mata kita dan dapatkan eye contact akan mencabar.
2️⃣ Kawalan Tingkah Laku
Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.
Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?
Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk pause nyatakan emosi melalui perkataan kan. Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa- apa.
3️⃣ Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.
OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.
4️⃣ Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi.
Oral motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.
Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak.
5️⃣Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak-anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari kemahiran kognitif.
Anak akan faham duduk maksudnya apa. Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.
Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘Duduk atas Kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.
Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak-anak ‘Speech Delay’ ini. Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg.
Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko speech delay.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya ibu bapa yang ada anak kecil membeli stroller dengan niat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada si anak apabila di bawa keluar berjalan. Tapi lain pula jadinya apabila anak menangis mahu diangkat.
Nak angkat atau biarkan sahaja anak di dalam stroller? Itu yang jadi dilema untuk ibu bapa.
Perlu diketahui semua anak kecil memang tak suka apabila diletakkan dalam stroller. Mereka tidak merasa pelukan si ibu atau ayah. Lagi satu apabila dipegang anak dapat melihat kawasan sekeliling dengan jelas selain mereka rasa lebih selamat.
Ibu bapa yang mengalami situasi ini tidak perlu risau. Cuba dulu 4 cara ini sekiranya anda dapati anak tidak selesa apabila diletakkan dalam stroller.
1) Bertahan dan jangan menyerah
Apabila mendengar anak mula merengek, anda perlu bertahan. Maksudnya cuba jangan diangkat secepat mungkin. Lekakan anak dengan cuba menolaknya. Mungkin apabila stroller dah mula bergerak anak dah mula berasa tenang dan seronok.
2) Letakkan mainan
Anda boleh meletakkan beberapa mainan yang boleh membuatkan anak leka untuk bermain atau memegangnya. Biasakan dengan mainan yang berbunyi. Mainan berbunyi apabila si kecil menangis dan dia mula mendengar bunyi tersebut, biasanya akan berhenti.
3) Berkomunikasi
Walaupun anak diletakkan di dalam stroller, anda perlu juga berkomunikasi dengan bayi anda. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa anda ada bersamanya. Biarpun anak tidak memahaminya tetap itu sudah cukup buat dia rasa selesa apabila berada di khalayak ramai.
4) Gunakan pengalihan
Apabila anda dah nampak anak mula bosan dalam stroller, bolehkan alihkan sekejap pandangan kepada pemandangan yang boleh menarik perhatiannya. Anda boleh melayannya sambil memberi makan atau menyusukan sekejap.
Kredit gambar: google
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu sebab anak tak dengar cakap kita, bukanlah sebab anak tu memang dilahirkan degil atau tak nak dengar kata.Tak…
Anak tak dengar kata boleh jadi puncanya dari kita sendiri, bilamana kita TAK BANYAK MENDENGAR MEREKA BERCAKAP-CAKAP DAN KITA SENDIRI TAK BANYAK BERCAKAP-CAKAP DENGAN MEREKA.
“Eh apa pula Ustazah, saya selalu bercakap-cakap dengan anak saya, tapi memang dia yang tak nak dengar cakap.. Degil! Berbuih mulut cakap baru nak jalan..!”
Ya, betul. Kita memang selalu bercakap dengan anak, tapi, pernah tak kita AUDIT apa yang kita CAKAP DENGAN ANAK-ANAK tu?
Maksudnya, adakah kita BERCAKAP BENDA YANG BETUL dengan anak-anak selama ini, iaitu benda yang anak-anak perlu dengar?
Atau kita sekadar cakap dan bercakap tanpa pernah audit apa yang kita cakap itu samada itu yang perlu anak dengar atau tak?
“Contohnya macam mana tu Ustazah?”
Contohnya, kita selalu cakap dengan anak-anak. Tapi asal kita bercakap saja dengan anak, kita fokus pada ARAHAN dan benda-benda yang kita ‘anggap penting’ sahaja.
“Kakak, pergi mandi. Kakak, jangan kacau adik. Kakak, kerja sekolah dah siap belum?”
“Kakak, ibu penat ni. Dah jangan nangis lagi..”
Dan KITA TERUS BERCAKAP DENGAN ANAK-ANAK TENTANG BENDA YANG PENTING!
Kerana kita rasa itu penting, maka kita cakap dengan anak-anak tentang perkara-perkara ‘penting’ itu SEPANJANG MASA!
Kena Tahu Isi Hati Anak
Walhal, sebenarnya BERCAKAP ‘perkara-perkara yang penting’ bagi seorang anak adalah sebenarnya ‘bercakap perkara-perkara yang tidak penting’ bagi diri kita!
“Kakak rasa cantik tak sikat baru kakak yang Hanim bagi semalam?”
“Ehhh… Kakak buat suara macam kataklaaa… Ongggg onggggg…!! Lucu ibu dengar!”
“Kakak… Comotnya makan! Sampai hidung kakak pun makan nasi jugak! Sedap sangat ke atau kakak yang lapar sangat?”
“Teddy bear kakak dah minum susu belum?”
Yes. ITU BENDANYA.Benda-benda remeh yang memang kita rasa tak sepenting memasak di dapur, sidai baju, pantau kerja sekolah anak-anak dan menguruskan rumahtangga, tetapi itulah yang SANGAT PENTING untuk MENGIKAT KETAATAN dan KEPATUHAN dalam diri anak-anak. Sehingga hatinya terikat untuk sentiasa menyenangkan kita, dan MENDENGAR KATA KITA.
“Apa kaitan perbualan dan cakap-cakap ‘tak penting’ tu dengan kepatuhan anak-anak dalam mendengar kata kita..?”
Begini..
Bila kita tanya soalan-soalan dan timbulkan perbualan ‘tak penting’ macam tu, anak-anak akan CENDERUNG, DIDORONG untuk MELUAHKAN RASANYA, PENDAPATNYA, DUNIANYA kepada orang yang dia paling cinta dan puja.
Hati dan perasaan, itu ibarat isi dalam gelasnya. Yang mesti dikosongkan dahulu, sebelum menerima ‘isi’ baru.
Apabila anak-anak dah kosongkan ‘gelas’ dia. Agak-agak boleh tak dia nak terima air dan muatan baru? Tentulah boleh!
Tapi kalau gelas dia sendiri dah penuh, kita nak isi dan tambah muatan baru, hasilnya tentulah melimpah dan tersia-sia!
Tak masuk dalam gelas, sebab itu anak jadi tak dengar cakap.
Sebab, kata-kata itu semuanya ibarat limpahan air ke dalam cawan yang sudah sedia penuh. Tak tersimpan malah terbuang!
Sebab itu, KOSONGKAN GELAS ANAK itu sangat penting sebelum anda sendiri tuangkan isi baru kepada mereka.
Dengar Luahan Anak
Belajar mendengar mereka, sebelum kita mahu didengari. Biar mereka luah, sebelum kita menambah!
Luahan cerita dan emosi anak-anak akan membuatkan anak-anak rasa tenang, lega, difahami, dihargai, dipercayai, DEKAT, RAPAT dengan insan yang paling penting dalam hidup.
Anak-anak yang CUKUP YAKIN DIRINYA DIDENGARI DAN DISAYANGI, takkan mempunyai sebab lain untuk dia bersikap degil, rebel dan tidak mendengar kata. GELAS DIA SUDAH KOSONG! DIA BERSEDIA UNTUK MENERIMA ‘ISI-ISI’ BARU DARI KITA!
Hasilnya nanti bila gelasnya kosong, dia akan SANGAT MUDAH BEKERJASAMA dengan kita dalam apa jua aktiviti yang melibatkan dirinya dan arahan dari kita.
InshaALLAH, bila kita bercakap benda yang betul dengan anak-anak dengan MENCUKUPI, anak-anak pun akan SANGAT MUDAH MENDENGAR KATA kita.
Jadi, cuba dulu. Ubah TOPIK APA yang kita cakap dengan mereka, PILIH TOPIK YANG MEMBANTU MEREKA MENGOSONGKAN ‘GELAS’ MEREKA dan inshaALLAH, lihatlah perubahan dalam diri anak-anak kita nanti.