Anak sudah umur 4 tahun masih tiada perkataan yang jelas? Masih sukar nyatakan apa kemahuan mereka melalui Verbal Skills atau Kebolehan untuk bercakap?

SPEECH DELAY & KAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ASAS

Ramai ingat isu anak ada ‘Speech Delay’ hanya fokus kepada kebolehan anak bertutur sahaja. Speech Therapist dan Occupational Therapist bersama-sama bantu anak-anak yang ada isu ‘Speech Delay’

Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas? Jangan Sedapkan Hati Kata OK, Ada Tak Kena!

Namun ramai lagi tak faham yang anak perlukan PERKEMBANGAN ASAS yang kuat sebelum mereka boleh bercakap seperti:

1️⃣Kesediaan Sensori

Jika anak adalah seorang Sensory Seeking maka memang sukar anak fokus untuk melakukan komunikasi dua hala dengan kita.

Sebab mereka sibuk mencari stimulasi sensori yang lain.
Melompat lah
Berlari lah
Menggigit lah

Jadi nak pandang mata kita dan dapatkan eye contact akan mencabar.

IKLAN

2️⃣ Kawalan Tingkah Laku

Bila anak tidak faham gunakan perkataan untuk nyatakan emosi mereka ataupun bahasa tubuh pasti sukar mereka nak cakap atau luah apa mereka rasa kan.

Anak pula merasa sukar dan buang masa nak luahkan melalui verbal sebab lebih cepat dia dapat respon kalau dia mengamuk kan?

Jadi bila masa dia nak beri peluang pada diri untuk pause nyatakan emosi melalui perkataan kan. Lebih baik dia mengamuk terus dapat apa dia nak tanpa perlu sebut apa- apa.

Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas? Jangan Sedapkan Hati Kata OK, Ada Tak Kena!

3️⃣ Kemahiran Motor Kasar
Ramai tidak tahu jika nak keluarkan satu bunyi perlu ada kekuatan otot abdomen juga.
Pergerakan dan kemampuan duduk tegak juga mempengaruhi cara anak keluarkan bunyi jelas atau tidak.

IKLAN

OT banyak membantu dari segi menguatkan kekuatan abdomen anak supaya mudah anak bercakap lebih jelas.

4️⃣ Kemahiran Motor Halus
Kemahiran ini bukan sahaja di tangan malah di mulut untuk melancarkan pergerakan otot-otot membuat pergerakan hasilkan bunyi.

Oral motor adalah salah satu latihan yang akan diberi untuk memudahkan anak berkomunikasi.

Jadi motor halus bukan sahaja di tangan malah di pergerakan mulut juga banyak kaitan untuk bantu anak.

5️⃣Konsep Asas & Komunikasi
Jika sudah dapat hasilkan bunyi sekalipun anak-anak perlu ada kefahaman konsep asas yang menjadi sebahagian dari kemahiran kognitif.

Anak akan faham duduk maksudnya apa. Kerusi itu apa. Kerusi untuk kena duduk.
Bila sudah faham bila kita sebutkan ‘Duduk atas Kerusi’ anak juga boleh faham dan lakukan perbuatan itu.

IKLAN

Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas? Jangan Sedapkan Hati Kata OK, Ada Tak Kena!

Guru guru juga banyak membantu perkembangan anak-anak ‘Speech Delay’ ini. Jadi Speech Delay ini adalah hanya masalah yang nampak di luaran seperti Teori Ice Berg.

Ada banyak isu lain yang perlu dibantu bila anak kita mungkin ada risiko speech delay.

Kredit: Nurul Sheriena Musa

ARTIKEL MENARIK [Ruginya Tak Ajar Anak Main Puzzle, Bantu Rangsang Anak Jadi Bijak]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Umur Anak 1-2 Tahun Dia Akan Mula Cari Persamaan Untuk Tiru Ibu Ayah! ‘Connection’ Ini Penting]

Anak 4 Tahun Belum Cakap Jelas? Jangan Sedapkan Hati Kata OK, Ada Tak Kena!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI