Tahniah diucapkan kepada pengacara, Anim Ezati Rizki yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya iaitu seorang bayi perempuan pada 9 September yang lalu.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Anim berkongsi khabar gembira tersebut. Menurut Anim melalui hantaran tersebut, dia amat berterima kasih kepada suaminya kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang proses kelahiran anak pertama mereka.
Anim juga turut mendedahkan nama yang dipilih untuk puteri sulung mereka. Memilih nama Yara Alanna Khalsom, seindah pemilik tubuh genit puteri mereka .
“Assalamualaikum dunia
“Kenalkan anak sulung kami, Yara Alanna Khalsom Bt Mohd Fadli. Selamat melahirkan pada 9.9.2020 (4:45petang) Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan.
“To my husband @fadlisahudin , thank you sayang for taking care of me. Thank you sangat2. Tolong i semua benda. Dan awak lah org paling happy sekali dapat tengok Yara. Love you b. #9bulanmommymengandungmukasemuadaddytapauhabis,” tulisnya di Instagram
Menerusi hantaran tersebut, ramai warga maya dan rakan artis mengucapkan ucapan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung Anim.
Terdahulu, Anim dan pasangan, Mohd Fadli Sahudin mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Disember 2019.
Ads
Tahniah Pa&Ma ucapkan kepada pasangan ini. Selamat melayari kehidupan sebagai ibu dan selamat berpantang untuk Anim.
Sumber: Media Hiburan & IG Anim Ezati Rizki
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Makanan dan minuman cairkan kahak, bagus untuk kuatkan imun. Kahak yang berlebihan dalam tekak dan saluran pernafasan sering menyebabkan rasa tidak selesa, terutamanya semasa selsema, batuk, atau alergi.
Selain rawatan perubatan, beberapa jenis makanan dan minuman semula jadi boleh membantu mencairkan kahak, melegakan saluran pernafasan, dan pada masa yang sama menguatkan sistem imun badan.
Jadi bagi ibu ayah yang mengalami situasi ini, anda perlu tahu pemakanan yang bagus untuk anak batuk berkahak dan elak juga makanan yang boleh menyebabkan kahak semakin banyak.
Berikut adalah beberapa pilihan makanan dan minuman yang disyorkan.
Menerusi Facebook Dr Mazliana Mazlan, beliau ada berkongsikan 6 jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ejen pencair kahak.
“Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.
“Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
“Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.”
“Makanan, bukan ubat.
“Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.”
Kandungan omega 3 dapat mengurangkan radang dalam badan anak.
Allium dalam bebawang berfungsi sebagai antiradang yang boleh mengurangkan penghasilan kahak.
Sayuran hijau kaya dengan fiber. Ia boleh membantu mencairkan kahak.
Air kelapa merupakan minuman wajib diamalkan semasa anak batuk. Ia dapat membantu kahak mencair dengan cepat.
Capsicum mempunyai unsur kimia capsaicin yang membantu mengurangkan kahak.
Makanan bersup merupakan makanan utama ketika anak tidak sihat. Masukkan semua bahan antiradang ke dalam sup seperti halia, bebawang dan kunyit.
Tip penjagaan luka episiotomi yang diberikan oleh doktor ini wajar untuk diikuti agar ia sembuh tanpa jangkitan. Ibu-ibu yang bakal bersalin, baca ini untuk menghadapi saat bersalin tidak lama lagi.
Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi.
Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Specialist Hospital, biasanya suntikan bius lokal akan diberikan sebelum episiotomi dilakukan, Namun dalam keadaan kecemasan episiotomi dilakukan tanpa bius. Episiotomi dilakukan bertujuan untuk melebarkan laluan kelahiran. Doktor akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan episiotomi iaitu;
PENJAGAAN LUKA EPISIOTOMI SELEPAS BERSALIN
Ibu disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah untuk menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan.
TIP ELAK SAKIT DAN KURANG SELESA
Ada kalanya, ibu merasa kurang selesa atau sakit sehingga mengganggu atau membatas pergerakan. Antara tip yang boleh dilakukan untuk melegakan ialah:
Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi akan pulih tanpa masalah. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran.
Dapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh kerana ia kemungkinan berlakunya infeksi. Tanda-tanda lain yang tidak patut diambil mudah ialah seperti kegagalan untuk menahan kencing atau air besar dan tidak berupaya menahan kentut.
INFO: Sitz bath ialah rendaman bahagian genital di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam.Ia membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Kementerian Kesihatan Malaysia mengalakkan agar pemberian susu ibu diberikan secara eksklusif kepada bayi dari lahir sehingga berusia enam bulan. Tetapi tidak semua ibu mempunyai keupayaan untuk menyusukan bayi mereka jadi perlu diberikan susu formula.Dalam kes lain, mungkin ketika sudah ‘berpisah’ susu badan, ibu ayah akan mencarikan susu formula untuk anak.
Jika dilihat di pasaran, ada banyak jenis susu formula yang boleh kita jumpa. Sekiranya anak-anak perlu minum susu formula, pasti ibu ayah menjadi keliru untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Tambahan pula, setiap susu kelihatan sama dan khasiatnya juga tidak jauh berbeza. Pun begitu, terdapat banyak kriteria yang perlu dilihat oleh ibu ayah sebelum membeli susu formula buat si manja.
Susu formula memang ada banyak jenama tetapi ada empat jenis susu formula di pasaran iaitu susu formula berasaskan susu lembu, susu formula protein dihidrolisis, susu formula berasaskan soya dan susu kambing.
Susu formula berasaskan susu lembu
Biasanya jika anak anda tiada sebarang masalah alahan maka susu formula ini boleh menjadi pilihan. Susu lembu tidak disyorkan sebagai minuman bagi bayi di bawah umur setahun kerana kandungan zat besi dan vitamin C yang rendah.
Susu formula dihidrolisis
Ia direka khas untuk bayi yang mempunyai masalah alahan atau intoleransi terhadap susu lembu. Bayi yang alah terhadap susu lembu, protein dalam susu akan menyebabkan reaksi alahan. Dia akan sukar menghadam laktosa atau gula yang terkandung dalam susu lembu. Susu ini berasaskan susu lembu tetapi protein dalam susu telah dihidrolisis menjadikan ia bebas laktosa dan bayi yang ada intoleransi terhadap susu lembu boleh menghadamnya dengan mudah.
Susu formula berasaskan soya
Sementera susu berasaskan soya diperbuat daripada kacang soya. Ia diubah suai dengan penambahan vitamin, mineral dan nutrien untuk menjadikannya sesuai sebagai susu formula. Susu formula jenis ini hanya boleh diberi kepada bayi selepas mendapat nasihat daripada doktor yang memeriksa anak tersebut. Susu formula soya tidak digalakkan diberi kepada bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu kerana biasanya mereka juga akan alah terhadap soya. Susu formula soya juga berisiko merosakkan gigi bayi dalam jangka masa panjang kerana ia mengandungi sirap glukosa.
Susu formula berasaskan susu kambing
Kini lebih banyak pengeluar susu telah mengkomerisialkan susu kambing kerana khasiatnya yang dipercayai lebih baik untuk tumbesaran anak.
Jika anda membaca label pada tin susu formula tentu anda akan terbaca beberapa khasiat tambahan yang ada dalam kandungan susu iaitu DHA, ARA, prebiotik dan probiotik. Tetapi anda sendiri tak tahu apa fungsi khasiat tersebut kepada si kecil.
Asid lemak omega 3 (DHA dan ARA)
Nutrien asid lemak omega 3 (Docosahaexaenoic Acid – DHA dan Arachidonic Acid – ARA) dikatakan penting untuk perkembangan kognitif memberangsangkan pada bayi dan penglihatan yang baik. Bayi menyerap nutrien ini sama ada melalui plasenta atau susu ibu (sebab itu susu ibu makanan terbaik untuk bayi!) mengumpulkan zat-zat ini dalam mata dan otak mereka dalam trimester ketiga (dalam kandungan ibu) dan semasa dua tahun pertama hidup mereka. Tetapi ibu jangan pula terpengaruh dengan label susu formula yang mendakwa kandungan DHA dan ARA mereka lebih tinggi adalah yang terbaik.
Menurut pakar pemakanan, kandungan lebih banyak nutrien tersebut dalam susu formula tidak bererti ia adalah susu yang terbaik. Biasanya susu formula yang mempunyai kandungan DHA dan ARA lebih tinggi akan lebih mahal harganya. Sebaiknya berikan anak anda menu harian yang kaya dengan khasiat DHA dan AA secara semula jadi seperti ikan dan makanan laut lain bagi meningkatkan pengambilan nutrien tersebut. Jadi, jumlah DHA dan AA dalam susu formula tak perlu dirisaukan sangat.
Nutrien ini penting untuk menghasilkan persekitaran usus yang sihat serta membantu mengurangkan jangkitan dan risiko alahan. Probiotik adalah bakteria baik yang membantu penghadaman dalam usus. Prebiotik pula menyediakan keadaan yang sihat untuk pertumbuhan bakteria tersebut.
Anda tidak boleh memberi susu formula bayi usia setahun kepada bayi yang baru berusia enam bulan. Walaupun ia susu tetapi kandungannya tidak sesuai untuk usia mereka. Pastikan anda beli susu formula mengikut peringkat usia anak anda. Susu formula untuk bayi enam bulan berbeza komposisi vitamin dan mineralnya berbanding susu formula untuk bayi usia setahun.
Ini kerana sistem penghadaman bayi masih belum sempurna untuknya menghadam susu formula yang dirumus untuk kanak-kanak usia setahun ke atas. Jangan abaikan label kategori usia bayi ketika membeli susu formula anak. Jangan kerana nak cari susu yang murah anda abaikan hal itu.
Kadangkala kita tidak tahu mungkin anak akan suka atau tidak susu formula tersebut dan paling penting adakah dia berisiko mengalami sebarang alahan atau masalah seperti kembung perut, sembelit, ruam jika minum sesuatu produk susu formula. Oleh itu elakkan daripada terus membeli susu formula bersaiz besar untuk si manja.
Sebaiknya dapatkan sampel susu tersebut untuk dicuba oleh anak atau jika tiada sampel, belilah dalam saiz yang kecil. Dengan cara ini, anda dapat membuat pilihan tanpa perlu membazir.
Ada ibu bapa yang mungkin terikut-ikut atau terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengesyorkan beli susu jenama tertentu untuk anak. Perlu diingatkan yang setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza antara satu sama lain. Tak semestinya jika susu A itu sesuai untuk anak orang lain maka ia juga bagus untuk anak anda. Sebaiknya tanyalah kepada doktor kanak-kanak yang memeriksa kesihatan anak anda.
Jangan mudah terpengaruh dengan harga susu formula yang mahal. Ini kerana harga yang malah bukan penentu ia adalah yang terbaik. Kadangkala jenama yang terkenal dan mahal itu kelihatan hebat kerana faktor pengiklanan dan pemasarannya. Paling penting sekali pilih jenama susu yang sesuai dengan bajet kewangan anda kerana si kecil bukan minum susu sekotak sahaja sebulan.
Kebiasaannya si kecil cenderung untuk kuat minum susu dan ini meningkatkan risiko kemungkinan dia boleh mengalami penambahan berat badan secara mendadak jika minum susu secara berlebihan dalam sehari. Ini kerana dalam susu formula terdapat pelbagai kandungan gula tambahan yang sangat tinggi. Sekiranya berat badan bayi anda naik mendadak selepas minum sesuatu jenama susu formula maka anda perlu menimbang semula sama ada untuk meneruskan atau menukar jenama lain.
Untuk pengetahuan para ibu bapa, sebenarnya jika anak sudah berusia setahun ke atas, mereka tak perlu bergantung kepada susu formula lagi. Sebaiknya mereka perlu mendapatkan nutrien dan zat makanan dari sumber semula jadi melalui menu makanan seimbang setiap hari. Contohnya dapatkan sumber kalsium dari yogurt, keju dan lain-lain. Jika anak nak minum susu berikan sahaja susu segar yang lebih mudah diberi dalam cawan.