Tip penjagaan luka episiotomi yang diberikan oleh doktor ini wajar untuk diikuti agar ia sembuh tanpa jangkitan. Ibu-ibu yang bakal bersalin, baca ini untuk menghadapi saat bersalin tidak lama lagi.

Episiotomi ialah guntingan yang dilakukan oleh doktor pada kulit dan otot antara vagina dan anus. Tujuannya untuk melebarkan jalan kelahiran bayi. Biasanya doktor akan memberikan bius lokal sebelum episiotomi.

Menurut Dr Ivan Lee Kick Kit dari KPJ Seremban Specialist Hospital, biasanya suntikan bius lokal akan diberikan sebelum episiotomi dilakukan, Namun dalam keadaan kecemasan episiotomi dilakukan tanpa bius. Episiotomi dilakukan bertujuan untuk melebarkan laluan kelahiran. Doktor akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum memutuskan episiotomi iaitu;

  1. Episiotomi dilakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kelahiran bayi untuk mengelakkan bayi lemas atau fetal distress.
  2. Kes kelahiran yang memerlukan bantuan instrumen (bagi kelahiran normal) iaitu seperti ventousedan
  3. Boleh mengelakkan ibu bersalin mengalami kekoyakan perineum yang teruk, terutamanya apabila saiz bayi yang besar.

Tip Jaga Luka Episiotomi  Ini Wajar Diikuti Kalau Nak Luka Sembuh Tanpa Jangkitan

PENJAGAAN LUKA EPISIOTOMI SELEPAS BERSALIN

Ibu disarankan untuk mengamalkan beberapa langkah untuk menjaga luka dan menggalakkan penyembuhan.

IKLAN
  1. Tukar tuala wanita setiap dua hingga empat jam atau apabila ia sudah basah sepenuhnya oleh darah nifas (lokia).
  2. Cuci hingga bersih kawasan perineum setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
  3. Sentiasa memastikan kawasan tersebut kering dan bersih.
  4. Mennyapu larutan antiseptik yang dibekalkan pada tempat jahitan dua hingga tiga kali sehari.
  5. Mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat menggalakkan proses penyembuhan luka.

TIP ELAK SAKIT DAN KURANG SELESA

Ada kalanya, ibu merasa kurang selesa atau sakit sehingga mengganggu atau membatas pergerakan. Antara tip yang boleh dilakukan untuk melegakan ialah:

  • Memakai pakaian longgar seperti kain batik atau skirt.
  • Meletakkan atau menuam pek ais pada tempat jahitan untuk meredakan bengkak dan kesakitan terutamanya semasa 24 jam pertama.
  • Ubat analgesia seperti Ponstan atau Ibuprofen boleh mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan sembelit dengan mengambil makanan serat tinggi seperti sayur-sayuran dan minum air secukupnya.
  • Boleh mengambil pelembut najis jika perlu.

Tip Jaga Luka Episiotomi  Ini Wajar Diikuti Kalau Nak Luka Sembuh Tanpa Jangkitan

IKLAN

Kebanyakan ibu-ibu mendapati koyakan dan episiotomi akan pulih tanpa masalah. Kesan bengkak dan lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan selalunya akan pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran.

Dapatkan rawatan segera sekiranya luka berbau, menyakitkan dan tidak sembuh kerana ia kemungkinan berlakunya infeksi. Tanda-tanda lain yang tidak patut diambil mudah ialah seperti kegagalan untuk menahan kencing atau air besar dan tidak berupaya menahan kentut.

INFO: Sitz bath ialah rendaman bahagian genital di dalam larutan air suam yang dicampurkan dengan garam. Ia membantu proses penyembuhan luka dengan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan pada tempat jahitan. Ia juga membantu membersihkan kawasan perineum dan menggalakkan proses penyembuhan.

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI