Melahirkan anak bukan perkara kecil. Ia satu perjuangan yang luar biasa, ibarat bertarung nyawa. Tapi selepas habis tempoh berpantang, ramai ibu mula rasa letih, lesu dan kadang-kadang hilang semangat untuk jaga diri. Eh, tak boleh macam tu ya!
Ingat, bila ibu jaga diri sendiri, baru boleh jaga keluarga dengan lebih baik. Jom kita tengok lima cara paling berkesan untuk jaga badan dan diri sendiri selepas bersalin. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat, cergas dan yakin balik!
๐ฅ 1. Makan Untuk Pulih, Bukan Untuk Kenyang Saja
Lepas bersalin, badan perlukan makanan yang bantu pulihkan luka, beri tenaga dan hasilkan susu. Ini masanya untuk betul-betul jaga pemakanan.
Amalkan makanan berpantang yang berkhasiat seperti:
Ikan bakar atau kukus
Sayur sawi, lobak putih, daun pegaga
Sup herba atau sup ayam kampung
Minuman panas seperti air halia atau air kunyit hidup
Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan bergula tinggi. Badan akan rasa lebih ringan dan segar. Bonus: kulit pun lebih berseri!
๐ฆ 2. Minum Air Banyak-Banyak, Bukan Sikit-Sikit
Ads
Ramai orang takut minum air kononnya takut perut buncit. Salah tu! Bila cukup air:
Badan tak cepat penat
Susu badan lebih lancar
Luka cepat sembuh
Sembelit boleh dielakkan
Tip mudah sediakan botol air di setiap sudut rumah. Bila ada masa, teguk sikit-sikit. Jangan tunggu haus baru nak minum!
๐ฟ 3. Bertungku & Urutan โ Rawatan Tradisi Yang Sangat Berkesan
Jangan pandang ringan pada amalan bertungku dan urut lepas bersalin. Ia bantu:
Ads
Kecutkan rahim
Buang angin dalam badan
Legakan lenguh dan sakit badan
Kembalikan bentuk badan
Kalau tak dapat bantuan bidan, gunakan tungku moden atau tuam botol air panas di perut dan pinggang. Urutan boleh minta tolong suami sambil tu boleh eratkan kasih sayang juga ๐
๐ถโโ๏ธ 4. Bergerak Perlahan, Tapi Konsisten
Tak perlu terus buat senaman berat. Mulakan dengan pergerakan ringan:
Bila badan dah biasa, barulah boleh mula bersenam lebih aktif. Jangan terburu-buru, ikut kemampuan badan.
Ads
๐ 5. Jaga Emosi & Perasaan โ Ibu Juga Perlu Disayangi
Selepas bersalin, hormon belum stabil. Ramai ibu alami rasa murung, penat melampau, cepat marah atau rasa tidak berguna. Jangan simpan seorang diri.
Luahkan pada:
Suami
Ibu atau adik-beradik
Kawan yang boleh dipercayai
Kaunselor atau jururawat kesihatan
Jangan rasa bersalah kalau nak โme timeโ. Mandi lama sikit, dengar lagu kegemaran, pakai baju cantik semua tu hak ibu. Bila ibu tenang, barulah rumah tangga rasa bahagia.
๐ธ Penutup Penuh Jiwa
Ibu yang baru lepas bersalin bukan lemah. Ibu sedang membina kekuatan baru โ fizikal, emosi dan semangat. Jangan abaikan diri. Bangkit, jaga diri dan raikan diri sendiri setiap hari.
Kita bukan sekadar ibu. Kita wanita luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam adalah reaksi semula jadi tubuh dalam melawan jangkitan, sama ada disebabkan oleh virus atau bakteria. Walaupun ia sering dianggap perkara biasa, ramai ibu bapa masih berasa panik apabila suhu badan anak meningkat, terutama jika demam tinggi berlaku pada waktu malam.
Lebih membimbangkan, ada keadaan di mana demam boleh mencetuskan sawan.ย Walaupun biasanya tidak berbahaya dan bersifat sementara, ia boleh menjadi pengalaman yang mencemaskan bagi ibu bapa.
Oleh itu, memahami bagaimana tubuh bertindak balas terhadap demam, cara mengawal suhu dengan selamat, perkongsianย Abu Hannah boleh jadi panduan buat mak-mak.
Sawan dgn demam ni benda yang ramai sangat risau. Benda tu normal sebab memang kena risau dan ni bukan benda bergurau.
Sawan terjadi banyak sebab. Antara yg common sebab badan denydrated. Kekurangan air. Benda ni plg ramai terlepas pandang. Cara aku monitor air dalam badan hannah ialah bila dia demam aku akan bagi air mineral saiz 500 ml.
Kenapa air mineral? Sbb badan org demam dia kurang makan. Sbb organ badan dia terutama organ pencernaan nak rehat supaya boleh bg sistem badan lain terutama sistem pertahanan buat kerja.
Kenapa air mineral 500 ml? Sbb botol kecil so hannah senang nak minum dan aku boleh monitor setiap berapa jam hannah kena habiskan air mineral dia. Aritu dia demam sehari 4-5 botol sehingga malam sblm tidur. Minum sikit2 tp kerapkan.
Ya air mineral sahaja. Boleh juga dicampur sedikit madu atau vit C powder kalau nak. Ni cara plg asas aku make sure badan dia cukup cecair. Sbb bila demam, suhu akan spike terutama jika demam disebabkan beerus. Suhu akan spike dikala langit gelap atau malam. Sistem dia mcm kereta. Kalau kekurangan air boleh overheat. So badan pun sama. So bila dah konsisten monitor air ko jgn risau suhu dia nak spike berapa tinggi sekali pun. Sbb suhu yg panas itu adalah proses rawatan.
Nabi saw ada bersabda di dalam sebuah hadis yg berstatus sahih. Mafhumnya, baginda menegah kita mencela panasnya demam. Kenapa? Sbb demam itu badan sedang aktifkan sistem pertahanan utk heat melawan jangkitan. Badan beri signal ada pencerobohan sistem dalam badan. Setel bab monitor air. Panjangkan? Ya memang panjang sbb tu aku malas nak taip berulang ulang. Aku taip jugak sbb ramai sangat tanya dan call soalan yg aku dh explain lama dah.
Tolong simpan dan amal baru ko faham dan hadam. Punca sawan antaranya sbb yg jenis suka bg pcm atau ramai panggil ubat bontot. Aku x tahu pengasas yg cipta nama tu, cuma aku rasa sbb diorg nak refer pd pcm yg dimasukkan dlm dubur sewaktu baby demam.
Ramai org bg pcm tidak ikut dos. Sbb pcm mudah didapati di mana2 kedai. Contohnya setiap dos perlu diambil tempoh 6-9 jam. 6 jam utk pcm yg oral dan 9 jam utk yg masukkan dlm dubur. Suhu turun mendadak tetapi naik pulak tidak sampai 6-9 jam. So mak ayah ni up lg dos pd anak.
Apa jadi? Suhu badan nak heat jangkitan, tetapi gagal. Sbb ada org switch off supaya badan tidak panas. Kemudian, mcm mana badan nak heat utk lawan jangkitan? Akibatnya, demam berpanjangan melebihi 3-5 hari.
Sbb apa? Sbb jangkitan tidak dpt dilawan. Badan tidak diberi peluang utk melawan jangkitan. Baru nak heat, dah kena off dgn pcm. Kesan lain, budak akan sawan sbb suhu turun mendadak. Badan terkejut. Sbb tu dlm rawatan alami, suhu badan menurun tidak secara mendadak. Mendadak ni maksud akau kalau suhu spike smpai 41, terus drop smpai 39 sbb bg pcm. Kalau rawatan alami memg dia slowly. Suhu 41 akan turun 40.8 kemudian selang sejam 40.7 dan seterusnya.
Analoginya ibarat gelas yg dimasukkan air kopi mendidih, tetiba ko buang kopi tu dan masukkan gelas tu ais batu. Gelas tu akan crack. Ini antara sbb kenapa hannah sejak lahir tak pernah aku guna pcm.
Sebab? 1) Aku tak nak demam dia berpanjangan. Sbb bila guna PCM demam akan drag lebih panjang sbb badan tak dpt peluang utk bentuk sistem pertahanan yg natural lawan jangkitan. Kalau pergi perang tu ibarat hantar dron ke medan perang. Bukan hantar orang. So dron yg berperang dan org tak dpt pengalaman sebenar peperangan dan tak dpt maksimumkan keupayaan dan pengalaman peperangan. So aku nak bentuk sistem pertahanan yg ada โcombatโ experience. Memory jangkitan tu akan disimpan dlm badan utk lawan next jangkitan. Sbb tu rawatan alami kalau dibuat secara konsisten, badan tu tak alami demam utk 3-4 tahun adalah biasa. Sbb kalau kuman cikai ni dia takde hal lah. Sbb badan manusia ni Allah kata ciptaan terbaik dan ianya menggunakan teknologi kejuruteraan biologi tahap tertinggi oleh Allah sendiri. Tak payah sembang banyak, susu ibu tu jer xde kejuruteraan biologi manusia mampu utk tiru hasilkan.
2) Sebab aku tak nak dia alami sawan. Setinggi mana pun suhu dia, aku cuma fokus pd monitor cecair dlm badan sahaja. Suhu paling tinggi dicatatkan masa usia dia 4 tahun iaitu 41.5. Masa ni aku masih guna alat jangka suhu utk monitor suhu lagi.
Aku tak tahu demam sebab apa. Tp hannah pernah buat food allergy test dan aku buat sekali antibodi test. Dia dh ada antibodi pd influenza, denggi dan beberapa penyakit lain. Saja ngada nak check masa buat food allery test dlu. Tak cocok, tp Allah bg banyak antibodi. Sbb aku bukan jenis sikit2 nak buat ujian darah. Sbb xde faedah pun utk diri aku tahu jangkitan tu. Aku x suka bg anak aku yg tgh sakit makin stress masa demam, nti ganggu proses rawatan alami.
So aku fokus pd rawatan. Sbb demam kalau spike tgh malam biasanya disebabkan beeruss. Kalau siang biasanya sbb bact. So remedi jerlah berdasarkan simptom2 yg ada. Skrg aku dh x monitor guna jangka suhu. Sbb aku perasan manusia mudah triggered dgn angka.
Bila tgk suku naik panik. Bila kena demam cโฆ. check spo2 oksigen rendah panik. So panik ni akan buat otak aku susah nak menaakul data dan maklumat utk tindakan yg tepat. Aku monitor suhu dgn rasa jer. Nak accurate aku cium jer hannah. Kalau intan pun sama. Sbb bibir lebih banyak reseptor rasa yg sensitif utk rasa suhu. Kalau nak monitor air tengok pd bibir, bawah mata dan kuku jer. Belajar kurangkan kebergantungan pd alat.
So akhir sekali sawan disebabkan yg suka guna vicks, balm cap harimau apa ntah nama dia. Semua tu ada bahan yg akibatkan komplikasi sawan. Yg anak batuk berkahak suka sapu vicks tu better hati2lah ea? Asyik tenyeh,tenyeh tu jaga2. Buar garlic oil sendiri lg bagus. Caranya amek garlic dlm 3 biji, cucuk pd garpu, salai atas api dapur. Kemudian ketuk dlm mangkuk garlic tu. Dan curahkan minyak zaitun atau vco. Maka siaplah garlic oil utk sapuan pd anak. Sihat dan selamat.
Akhir sekali aku repeat lagi sekali selepas ko monitor air dan suhu badan. Ko potong bawang mcm dlm gambar, dan letakkan berhampiran tempat tidur org yg sakit. Jgn potong banyak sgt, kang mata pedih. Sbb ada yg mengadu dgn aku, anak dia nangis pedih mata. Bila aku tanya dia kata 6 biji dia letak.
Mentang2 bawang murah. Dia potong mcm nak merewang. Sebiji cukup laaaโฆ. Kemudian jerlum. Buar air jerlum. Ada banyak cara. Air jerlum guna cuka asli spt epal, kurma dan sbgnya. Air jerlum mix dgn epsom salt dan lemon. Air jerlum guna daun bunga raya. Air jerlum asam jawa. Jerlum di bahagian sensitif. Ubun2, bawah pelipat ketiak, dan leher.
Kaki pakaikan stokin yg direndam dalam air cuka atau epsom. Rendam stokin dan pakai kan basah2 slps perah. Sbb suhu manusia sensitif di bahagian kaki. Biar anak tu kencing banyak dan pampers berat. Bagus suhu dan kuman keluar dari perkumuhan. Buar air lemon madu atau air kelapa. Set dos sehari kena banyak mana nak minum. Tp kalau guna homeopathi x boleh bg air kelapa.
Akhir sekali, utk ibu menyusu badan. Pastikan anak tu minum juga air lain kalau ko tanderm nursing. Sbb ditakuti anak perlukan lebih cecair drpd susu ibu, tp sbb share dgn abang maka kurang cecair yg didapati drpd susu ibu. So sila topup guna air lain utk tambahkan cecair. Dan ibu kena minum banyak air kalau menyusukan susu badan. Protokol ni guna bahan alami. Guna supplement nti lenkali. Lenguh menaipโฆ. Aku letak hashtag la senang nak cari. Yg dok tanya tu aku harap ni membantu.
Suami saat isteri bersalin akan mengalami perasaan cuak dan berdebar. Sekuat mana pun lelaki, pasti akan terkesan, lebih-lebih lagi bagi anak pertama.
Penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dalam proses melahirkan permata hati sulungnya. Melalui posting Instagram, detik cemas ini dikongsikan. Apa pun, Tasha mengharapkan proses kelahiran ini lancar dan dirinya diberikan kesihatan yang baik.
Manakala suami Tasha, Raqib Majid turut memaklumkan berita mendebarkan dalam kemas kini Instagram yang terbaru. Dalam video yang memaparkan dirinya sedang membaca Al-Quran sambil memegang kandungan.
Kata Raqib, sekuat mana pun lelaki, apabila tiba saat bersalin isteri perasaan cuak dan berdebar tidak dapat dinafikan lagi.ย Perasaan bercampur baur gembira takut, cuak. semua ada, apatah lagi ia pengalaman pertama.
Raqib turut memohon doa daripada follower bagi kelancaran proses kelahiran permata hati sulungnya.
โDoakan diberi kelancaran, kemudahan dan keselamatan untuk isteri dan anak saya. Perasaan saya bercampur baur. Happy, takut, gembira, cuak.
ย
โSaya post ini bukan suka2 tapi saya yakin dengan berkat doa awak semua akan membantu urusan isteri dan anak saya dipermudahkan??
Para peminat mendoakan kesejahteraan Tasha dan mendoakan agar proses kelahiran berjalan lancar. Malah ada yang memuji kemerduan Raqib mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran buat Tasha.
@azizahzainon1605 โInsyaAllah semuga Allah permudahkan kelahiran anak yg soleh atau solehah. Sihat tubuh badan nya,cerdik dan pintar. Amiiin. 3.30 pagi barakAllah.โ
@ainisophieeee โSedapnya bacaan ?.โ
@syahmiazli โSemoga di permudahkan segala urusan abg raqib dan kak tasha , moga dapat anak yg soleh dan solehah serta diberkati kehidupan Allah humma amin.โ
@basirahnasir โSemoga dipermudahkan..Semoga ibu dan baby selamat dan sihat hendakNya..Amiin..โ
Rangkaian menu herba dan ginseng ini seakan sudah sebati di kalangan masyarakat Cina. Tak hairanlah amalan minum herba ini turut sama digunakan sebagai makanan utama bagi wanita berpantang.
Dalam masyarakat Cina, ginseng, kurma merah dan goji memang tak asing lagi, dan mereka sangat arif tentang khasiat herba-herba ni. Antara khasiatnya termasuklah menguatkan daya tubuh badan serta menguatkan ingatan.
Selain itu herba ini juga dipercayai membantu melancarkan peredaran darah dan sistem saraf serta mengatasi masalah imsomnia.
Untuk ibu yang berpantang sambil menyusukan anak sepenuh masa memang sangat-sangat digalakkan untuk Milkbooster semula jadi dan kurma merah dapat memutihkan kulit bayi.
Dua resipi ini antara yang dapat membantu sebagai milkbooster terbaik waktu pantang.
Resepi Pertama
Sup Ayam Herba Ginseng ( Tidak sesuai untuk ibu hamil kerana akar ginseng panas)
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, kalau ada ayam kampung lagi bagus
7 helai akar ginseng
7 batang tong sam (herba cina)
7 biji kurma merah
Buah goji
1 cm halia โ hiris
5 ulas bawang putih โ pecahkan
ยฝ sudu kecil lada putih (tumbuk/serbuk)
2 liter air
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1.Jerang air di dalam periuk.
2.Masukkan hirisan ayam, akar ginseng, tong sam, kurma merah, goji, halia dan bawang putih.
3. Setelah masakan mendidih, pelahankan api dapur dan tutup periuk.
4. Renih sekurang-kurangnya 2 jam setengah. (2 ยฝ jam)
5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan lada sulah.
6. Sup Ayam Akar Ginseng sedia dinikmati ketika masih panas.
Resepi Kedua
Sup Ayam kurma merah (untuk ibu hamil dan memutihkan kulit bayi dalam kandungan)
Bahan-bahan:
Satu inci halia
3 biji bwg putih
Sup bunjut
2 Sudu mkn sos tiram
Garam secukup rasa
1/2 ekor ayam
7 biji atau lebih buah kurma merah (red date).Boleh dibeli dekat supermaket or kedai ubat-ubat cina.
5 biji cendawan butang atau cendawan lain ikut citarasa.
2 biji kentang
Cara-cara:
1.Ayam rebus ngan halia n bwg putih
2.Masukkan sup bunjut
3.Msukkan sos tiram 2 sudu mkn
4.Masukkan kentang
5.Masukkan bahan-bahan yang lain. Biarkan mendidih sampai kentang lembut..
Siap!