Bayangkan⦠baru nak bancuh kopi pagi, tiba-tiba terbaca satu berita bilik guru dan pejabat sekolah terbakar! Hati ibu mana yang tak cuak bila dengar berita macam ni?
Bangunan yang menempatkan bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau di sini terbakar.
Itulah yang berlaku semalam dekat SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka. Awal pagi, sebelum loceng sekolah berbunyi, api dah āmenjilatā hampir 80% bangunan bilik guru. Nasib baik semua pelajar selamat. Kalau tidak⦠tak tergambar kita sebagai mak ayah ni.
š° Tak Boleh Bayang Kalau Anak Ada Masa Tu…
Cuba tanya diri kita: Anak kita ni, tahu tak nak buat apa kalau tiba-tiba ada kebakaran? Tahu ke jalan keluar? Tahu ke mana nak lari? Atau panik, terus diam membatu?
Selama ni kita fikir sekolah tempat paling selamat. Tapi realitinya, kes kebakaran di sekolah makin kerap berlaku. Dan ya, bukan semua sekolah ada latihan kebakaran yang konsisten.
Ads
š Tiga Soalan Ibu Bapa Patut Tanya Hari Ini:
Sekolah anak saya ada tak sistem keselamatan yang lengkap?
ā Penggera asap? Alat pemadam api? CCTV?
Pihak sekolah buat latihan kecemasan tak?
ā Anak tahu ke cara selamatkan diri?
Kalau jadi apa-apa, siapa akan hubungi saya dulu?
ā Ada sistem kecemasan ke, atau ibu bapa dapat tahu dari media?
š” Apa Kita Boleh Buat (Sebagai Mak Ayah yang Prihatin)
š Call sekolah tanya sendiri. Jangan malu. Kita bukan menyibuk, kita peduli.
Ads
š§ Ajar anak tentang keselamatan asas. Macam mana nak keluar bila ada asap. Apa nak buat kalau kawan panik.
š¤ Join PIBG & suarakan isu keselamatan. Kadang-kadang sekolah tak cukup bajet. Suara ibu bapa boleh bantu.
Ads
š¬ Sebab Anak Kita Bukan Mainan. Nyawa Mereka Amanah.
Insiden SMK Dang Anum tu⦠mungkin boleh jadi penggera untuk kita. Bukan nak takutkan, tapi nak sedarkan.
Kita tak boleh tunggu sampai tragedi jadi depan mata. Sekaranglah masa paling tepat untuk kita ambil tahu, ambil berat, dan ambil tindakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman berat terhadap Mohamed Badruldin Mohamed, 40, seorang penganggur yang akhirnya menerima balasan atas kekejaman melampau yang pernah menggemparkan negara.
Lelaki itu dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatanĀ 10 tahun dan satu sebatan bagi kes meliwat, serta 30 tahun dan 12 sebatan bagi kes membunuh seorang bayi berusia 9 bulan. Keputusan ini sekaligus menjadi perkembangan penting dalam kes bayi Afiq yang kembali menarik perhatian rakyat.
Menurut pertuduhan, jenayah ngeri ini berlaku di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang, antara jam 8 pagi hingga 3.30 petang pada 27 April 2021. Di situlah seorang bayi kecil, Muhammad Afiq Rizqin, menjadi mangsa kerakusan manusia yang langsung tidak berhati perut. Lebih menyedihkan, tragedi berlaku di rumah asuhanĀ tempat yang sepatutnya menjadi ruang selamat buat anak kecil ketika ibu bapa keluar mencari rezeki.
Arwah diliwat hingga mengalami kecederaan dalaman sebelum meninggal dunia. Jenayah ini meninggalkan luka yang mustahil sembuh buat keluarga kecil itu.
Selepas hukuman dibacakan di mahkamah, satu catatan lama kembali tular di media sosialĀ coretan si ibu, Robiatulā Adawiah Aziz, yang ditulis kira-kira empat tahun lalu.
Luahan itu merakam kronologi penuh bagaimana tragedi itu terbongkar, dan bagaimana seorang ibu melalui saat paling gelap dalam hidupnya.
Perkongsian ini sekali lagi mengingatkan rakyat bahawa kes bayi Afiq bukan sekadar berita, tetapi tragedi kemanusiaan yang merentap hati sesiapa yang membacanya.
Coretan Robiatulā Adawiah pernah viral suatu ketika dulu kerana setiap ayatnya terasa seperti ditikam perlahan-lahan. Kini, apabila keadilan akhirnya ditegakkan, luahan itu muncul semulaĀ mengingatkan orang ramai tentang betapa dahsyatnya penderitaan yang dilalui keluarga ini.
Pada 27 April 2021, jam 3.44 petang, ibu ini menerima panggilan daripada pengasuh, Ida:
āBiey, datang hospital Sungai Buloh sekarang, Afiq tak sedar.ā
Dunia terus gelap. Tanpa fikir apa-apa, dia menghubungi suami dan bergegas ke Hospital Sungai Buloh menaiki motosikal dalam keadaan hujan lebat dan jalan sesak.
Satu persoalan mula timbulĀ mengapa pengasuh membawa bayi itu sejauh Hospital Sungai Buloh sedangkan ada hospital jauh lebih dekat? Lebih memeranjatkan, pengasuh tidak menghubungi ibu terlebih dahulu, hanya selepas anak diserahkan kepada doktor.
Sampai di hospital, doktor memaklumkan bahawa jantung Afiq sudah berhenti sebelum sampai. CPR dilakukan selama 10 minit dan jantungnya kembali lemah-lemah.
Ketika jururawat memanggil pengasuh untuk membantu beri maklumat, ibu menghubungi Ida. Jawapannya?
Dia berada di bazar Ramadan.
Di saat bayi asuhan bertarung nyawa, dia masih sempat berjalan-jalanĀ sesuatu yang sukar diterima sesiapa pun.
Yang menghantar bayi ke hospital pula suami pengasuh, seorang penagih dadah.
Doktor menunjukkan keadaan Afiq melalui video. Bayi kecil itu terbaring kaku, dipenuhi wayar dan mesin bantuan hidup. Doktor memberitahu bahawa otak Afiq mengalami kerosakan teruk akibat kekurangan oksigen.
Ibu dan ayah bergilir menjaga sepanjang malam, walaupun berada di zon pesakit COVID-19. Tangisan mereka hanya Tuhan yang dengar.
Keesokan paginya, doktor mengesahkan keadaan Afiq semakin merosot. Jantung semakin perlahan, darah semakin kurang.
Untuk mengurangkan penderitaan, doktor mencadangkan agar ubat dikurangkan sedikit demi sedikit.
Dan tepat 12.18 tengah hari, 28 April 2021, adik Afiq pergi menghadap Pencipta.
Ketika itu, mereka masih tidak tahu punca sebenar kematian.
Pada 30 April 2021, hasil bedah siasat keluar. Dan di situlah segala rahsia yang cuba disorok terbongkar.
Arwah lemas kerana mulut dan hidung ditutup. Dan lebih kejam, ada koyakan pada saluran najis akibat diliwat.
Berita yang tidak mampu diterima akal seorang ibuĀ atau mana-mana manusia waras.
Walau patah, mereka tetap berdiri. Walau hancur, mereka tetap melawan.
Dalam tulisannya, si ibu menegaskan bahawa mereka redha, tetapi mereka tidak akan melepaskan perjuangan untuk menuntut keadilan buat anak syurga mereka.
Empat tahun keluarga kecil ini menanggung rindu, marah, kecewa dan luka yang tidak pernah hilang. Namun dengan hukuman yang akhirnya dijatuhkan minggu ini, ramai yang melihatnya sebagai satu bentuk pembelaan buat arwah Muhammad Afiq Rizqin.
Tiada apa pun yang boleh mengembalikan senyuman kecil itu, tiada apa yang boleh memadam trauma yang dilalui ibu dan ayahnya, tetapi sekurang-kurangnyaĀ keadilan itu akhirnya menyebelahi mereka.
Hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan yang dikenakan ke atas pelaku menjadi isyarat jelas bahawa dosa terhadap seorang bayi tidak akan sesekali terlepas daripada undang-undang dan pembalasan.
Kisah adik Afiq mengingatkan seluruh negara bahawa anak kecil bukan sekadar amanah, tetapi nyawa yang wajib dijaga tanpa kompromi. Dan hari ini, walaupun jasadnya sudah lama pergi, perjuangannya tetap hidup melalui setiap baris tulisan seorang ibu yang tidak pernah berhenti berharap. Kes bayi Afiq terus kekal sebagai peringatan tentang pentingnya keselamatan anak kecil.
Keadilan itu mungkin datang lambat, tetapi ia hadir juga akhirnyaĀ menjadi penutup luka paling pedih dalam hidup mereka. Arwah Afiq telah pun kembali ke tempat yang paling selamat, dan hari ini, seluruh rakyat Malaysia turut sama menghembuskan nafas lega kerana kematiannya akhirnya terbela.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa pemakaian tali leher sekolah bukan lagi satu keperluan wajib bagi murid sekolah bermula tahun hadapan. Perkara ini dimaklumkan menerusi satu surat siaran rasmi bertarikh 17 Disember, susulan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Profesional Khas KPM 2025 yang diadakan pada 8 Disember lalu.
Menerusi kenyataan tersebut, KPM menjelaskan bahawa semua murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah mulai tahun 2026. Namun begitu, pemakaian tali leher masih dibenarkan sekiranya dipersetujui melalui permuafakatan antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Menurut KPM, keputusan ini dibuat dengan penegasan jelas bahawa tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher sekolah. Ini bermakna, murid tidak boleh dipaksa sama ada oleh pihak sekolah mahupun mana-mana pihak lain untuk memakainya dalam rutin harian persekolahan.
Penegasan ini penting bagi memastikan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan. Dalam konteks ini, pendekatan pendidikan yang lebih berperikemanusiaan dilihat selari dengan usaha membentuk persekitaran pembelajaran yang positif dan menyokong perkembangan emosi murid.
Antara faktor utama yang dipertimbangkan ialah keadaan iklim tempatan di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Pemakaian tali leher sekolah setiap hari dianggap kurang praktikal dan boleh menjejaskan keselesaan murid, terutamanya apabila mereka perlu berada lama di dalam kelas atau menjalani aktiviti luar.
Dari sudut kesihatan dan emosi anak-anak, keselesaan fizikal memainkan peranan penting dalam membantu mereka lebih fokus ketika belajar. Anak yang selesa biasanya lebih tenang, ceria dan bersedia menerima pembelajaran dengan lebih baik tanpa tekanan berlebihan.
Ramai ibu bapa bersetuju bahawa apabila murid berasa selesa dengan pakaian sekolah mereka, tumpuan terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan. Langkah KPM ini dilihat sebagai satu bentuk penyesuaian dasar yang realistik mengikut keperluan semasa murid.
Selain kebajikan murid, KPM turut mengambil kira faktor kewangan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan. Walaupun tali leher kelihatan seperti item kecil, kos ini tetap memberi kesan kepada sesetengah keluarga, terutamanya yang mempunyai ramai anak bersekolah.
Dengan tidak mewajibkan pemakaian tali leher sekolah, ibu bapa boleh mengurangkan perbelanjaan tahunan berkaitan uniform. Dasar ini selari dengan keprihatinan KPM untuk mengurangkan beban kewangan isi rumah, seperti yang dinyatakan dalam surat rasmi yang dimuat naik di laman web kementerian.
Walaupun pemakaian tali leher sekolah tidak lagi diwajibkan, KPM menegaskan bahawa murid masih perlu mematuhi peraturan pemakaian uniform sekolah yang kemas, bersih dan sopan. Nilai disiplin, adab dan sahsiah tetap menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan negara.
Bagi mama papa, keputusan ini pastinya disambut baik kerana ia bukan sahaja memberi kelegaan dari segi kos, malah membantu memastikan anak-anak lebih selesa dan gembira ke sekolah. Perubahan kecil ini diharap dapat memberi impak positif kepada pengalaman persekolahan anak-anak secara keseluruhan.
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga. Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata āLahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.ā Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
āSesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.ā
Seorang lelaki bertanya,
āJuga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?ā
Sabda baginda,
āJuga untuk dua anak perempuan.ā
Seorang lelaki berkata,
āatau untuk seorang wahai Rasulullah?ā
Rasulullah SAW menjawab,
āJuga untuk seorang.ā
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
āTidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.ā (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
āSesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.ā (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.