
Melahirkan anak bukan perkara kecil. Ia satu perjuangan yang luar biasa, ibarat bertarung nyawa. Tapi selepas habis tempoh berpantang, ramai ibu mula rasa letih, lesu dan kadang-kadang hilang semangat untuk jaga diri. Eh, tak boleh macam tu ya!
Ingat, bila ibu jaga diri sendiri, baru boleh jaga keluarga dengan lebih baik. Jom kita tengok lima cara paling berkesan untuk jaga badan dan diri sendiri selepas bersalin. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat, cergas dan yakin balik!
Β
Lepas bersalin, badan perlukan makanan yang bantu pulihkan luka, beri tenaga dan hasilkan susu. Ini masanya untuk betul-betul jaga pemakanan.
Amalkan makanan berpantang yang berkhasiat seperti:
Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan bergula tinggi. Badan akan rasa lebih ringan dan segar. Bonus: kulit pun lebih berseri!
Β
Ramai orang takut minum air kononnya takut perut buncit. Salah tu! Bila cukup air:
Tip mudah sediakan botol air di setiap sudut rumah. Bila ada masa, teguk sikit-sikit. Jangan tunggu haus baru nak minum!
Β
Jangan pandang ringan pada amalan bertungku dan urut lepas bersalin. Ia bantu:
Kalau tak dapat bantuan bidan, gunakan tungku moden atau tuam botol air panas di perut dan pinggang. Urutan boleh minta tolong suami sambil tu boleh eratkan kasih sayang juga π
Β
Tak perlu terus buat senaman berat. Mulakan dengan pergerakan ringan:
Bila badan dah biasa, barulah boleh mula bersenam lebih aktif. Jangan terburu-buru, ikut kemampuan badan.
Β
Selepas bersalin, hormon belum stabil. Ramai ibu alami rasa murung, penat melampau, cepat marah atau rasa tidak berguna. Jangan simpan seorang diri.
Luahkan pada:
Jangan rasa bersalah kalau nak βme timeβ. Mandi lama sikit, dengar lagu kegemaran, pakai baju cantik semua tu hak ibu. Bila ibu tenang, barulah rumah tangga rasa bahagia.
Β
Ibu yang baru lepas bersalin bukan lemah. Ibu sedang membina kekuatan baru β fizikal, emosi dan semangat. Jangan abaikan diri. Bangkit, jaga diri dan raikan diri sendiri setiap hari.
Kita bukan sekadar ibu. Kita wanita luar biasa.