
Itulah yang berlaku semalam dekat SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka. Awal pagi, sebelum loceng sekolah berbunyi, api dah ‘menjilat’ hampir 80% bangunan bilik guru. Nasib baik semua pelajar selamat.
Kalau tidak… tak tergambar kita sebagai mak ayah ni.Cuba tanya diri kita:
Anak kita ni, tahu tak nak buat apa kalau tiba-tiba ada kebakaran?
Tahu ke jalan keluar? Tahu ke mana nak lari? Atau panik, terus diam membatu?
Selama ni kita fikir sekolah tempat paling selamat. Tapi realitinya, kes kebakaran di sekolah makin kerap berlaku. Dan ya, bukan semua sekolah ada latihan kebakaran yang konsisten.
Sekolah anak saya ada tak sistem keselamatan yang lengkap?
Pihak sekolah buat latihan kecemasan tak?
– Anak tahu ke cara selamatkan diri?
Kalau jadi apa-apa, siapa akan hubungi saya dulu?
📞 Call sekolah tanya sendiri.
Jangan malu. Kita bukan menyibuk, kita peduli.
👧 Ajar anak tentang keselamatan asas.
Macam mana nak keluar bila ada asap. Apa nak buat kalau kawan panik.
🤝 Join PIBG & suarakan isu keselamatan.
Kadang-kadang sekolah tak cukup bajet. Suara ibu bapa boleh bantu.
Insiden SMK Dang Anum tu… mungkin boleh jadi penggera untuk kita.
Bukan nak takutkan, tapi nak sedarkan.
Kita tak boleh tunggu sampai tragedi jadi depan mata.
Sekaranglah masa paling tepat untuk kita ambil tahu, ambil berat, dan ambil tindakan.