6 Jun 2025 Sejak dua hari lalu, nadi Malaysia mula bergetar dengan rasa rindu dan cinta tanpa syarat. Aidiladha semakin dekat, dan seperti biasa, jutaan anak perantauan mula bergerak pulang ke kampung halaman. Bukan sekadar untuk menyambut perayaan, tetapi untuk memeluk ibu, mencium tangan ayah, dan menjejak kenangan yang selalu hidup dalam ingatan.
Lebuh raya utama seperti PLUS, LPT, dan Pantai Timur Expressway mula mencatat kesesakan luar biasa sejak malam 5 Jun, menurut laporan media tempatan. Ramai yang sanggup memulakan perjalanan seawal jam 3 pagi, hanya untuk mengelak kesesakan. Tetapi tahun ini, nampaknya jalan tetap sesak walau pukul berapa pun keluar. Ada yang tersangkut lebih 7 jam, tapi wajah tetap tenang kerana setiap kilometer yang dilalui, membawa mereka lebih dekat kepada pelukan keluarga.
๐ฃ๏ธ Jalan Sesak, Tapi Rasa Berbaloi
Di stesen minyak, perhentian R&R, dan gerai pinggir jalan, suasana penuh dengan senyum letih, tapi puas.
โDari Johor ke Taiping ambil masa 9 jam, tapi bila sampai rumah, mak tunggu kat depan dengan air tangan diaโฆ terus hilang semua letih.โ
Ads
Gerai lemang dan rendang juga tak menang tangan. Di Hulu Langat, Gombak, dan Kuala Pilah, penjual lemang melaporkan peningkatan jualan hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu. Rakyat Malaysia mungkin sibuk, tapi bila tiba bab lemang, ketupat dan daging korban, semuanya tak kedekut masa atau duit.
๐ Aidiladha: Tentang Korban, Tentang Kembali
Aidiladha bukan sekadar perayaan sembelihan. Ia tentang korban yang kita buat setiap hari masa, jarak, kerjaya untuk orang yang kita sayang. Bagi sesetengah anak, inilah satu-satunya masa setahun mereka boleh pulang, duduk di tikar ruang tamu yang sama sejak kecil, makan dari pinggan yang pernah dipegang masa zaman sekolah dulu.
Ads
Ada yang pulang tanpa ayah yang dulu menunggu di pagar, atau ibu yang biasa sambut di dapur. Tapi semangat Aidiladha tetap menyatukan, dalam bentuk tahlil, doa, dan kenangan yang hidup selamanya.
Anak-anak kecil turut teruja. Mereka mungkin tak faham makna korban sebenar, tapi mereka lihat bagaimana ayah dan ibu bersusah payah, mengheret beg besar, memasang Waze, tahan lapar dalam trafik dan dari situ mereka belajar satu perkara: erti keluarga.
Aidiladha 2025 ini, walau jalan sesak, ramai yang setuju: perjalanan balik kampung adalah antara โkorbanโ paling manis yang kita sanggup lakukan. Kerana akhirnya, bukan destinasi yang buat kita bahagia tetapi siapa yang menyambut kita di hujung jalan itu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini pergi bercuti ke pantai, pusat peranginan atau taman tema, apa kata bercuti sambil meneroka flora dan fauna. Sambil itu, jangan lupa berikan satu tugasan kepadaย anak. Suruh anak mengira beberapa jenis haiwan, bunga atau burung yang dijumpainya. Tentu anak bermandi peluh selain mendapat khasiat vitamin secara percuma. Anda juga turut terlibat dalam dengan aktiviti ini. Sudah pasti anak akan teruja dengan aktivit ini.
Selain itu ia merangan anak untuk minat belajar. Semasa mereka meneroka fauna dan flora, melalui penglihatan, otak sanak-anak akanย memproses, mengenal dan memahami persekitaran. Anak yang didedahkan dengan aktiviti riadah ini dikatakan berpotensi memiliki kepintaran natural (nature smart) yang merupakan salah satu jenis kepintaran yang dikemukakan oleh Howard Gardner, tokoh pendidikan dari Harvard University. Ciri-ciri anak yang pintar antaraย lain suka berada di alam, bersikap baik terhadap haiwan, tidak takut kotor ketikaย menyentuh atau berinteraksi langsung dengan fauna dan flora. Apa lagi ayah ibu, jom kita rangsang kepintaran natural anak dengan pergi bercuti ke lokasi yang berkaitan dengan fauna dan flora.
Farm In The City (FITC) adalah sebuah taman tema unik yang menggabungkan keseronokan untuk menerokai hidupan liar dan menikmati keindahan alam semula jadi. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada semua golongan terutama khasnya kanak-kanak untuk melihat secara dekat haiwan dan tumbuhan dalam persekitaran yang selamat bersama ibu bapa. Pusat pelancongan ini yang terletak di Seri Kembangan merupakan taman tema secara tertutup yang membolehkan pengunjung melihat secara dekat lebih daripada 100 spesies haiwan. Ia merangkumi daripada haiwan ternakan biasa yang jarang ditemui dan eksotik termasuk baka terkecil di dunia kuda, Marmoset lebih kurang sekecil tapak tangan anda, Alpaca the cutest Came dan โDinosaurโ Turtle purba.
Waktu Operasi: 10 pagi- 6 petang (Isnin, Rabu โ Jumaat) | 9.30 pagi โ 6 petang (Sabtu โ Ahad ) | Tutup pada hari Selasa
2.Gambang safari park- Gambang, Pahang
Taman Safari Bukit Gambang (TSBG) yang merupakan taman safari terbesar di negara ini.Berkeluasan kira-kira 55 hektar (138 ekar), TSBG terbahagi kepada lapan zon antaranya Land of Predators, Birdย Valley dan Wild Savannah.Tarikan utama di situ adalah โSimba Hillโ iaitu mengandungi satu-satunya singa putih di Malaysia dan merupakan taman pertama di Asia yang mempamerkan singa dari spesiesย tersebut.Lebih istimewa telah menempatan lebih 270 spesies haiwan. Pengunjung berpeluang menikmati pengalaman makan tengah hari di restoran yang berdinding kaca yang membolehkan melihat raja rimbaย secara dekat. Aktiviti malam pula, anak-anak dapat menonton aksi โorang apiโ dalam persembahan mendebarkan sambil menari tarian api dan makan api oleh pelagak aksi ngeri profesional di Laman Desa.
Waktu Operasi: 12 tenghari โ 9 malam (Selasa โ Khamis)| 10 pagi โ 9 malam (Jumaat โ Ahad | Tutup pada hari Isnin
3.Taman buaya, Melaka
Di taman kecil ini, anda boleh melihat lebih 100 ekor buaya dari seluruh dunia. Buaya Malaysia yang boleh anda lihat ialah buaya Jenjulung dan Tembaga. Dan kalau buaya import, ada March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat. Selain melihat pelbagai jenis buaya dan saiz serta melihat sesi pakar memberi makan buaya, jangan lupa menyaksikan persembahan buaya. Seram juga tengok buaya bersaiz besar ini. Ketika pertunjukkan anda dan keluarga menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya. Tarikan terbaru di taman ini ialah Taman Permainan Air yang mempunyai keluasan 6000 kaki per segi dengan kedalaman 1.5โ dan 2.5โ. Jom bawa anak-anak datang ke sini. Tentu anak-anak berasa berdebar melihat aksi buaya-buaya di sini.
Waktu Operasi: 9 pagi โ 7 petang
4.Zoo Negara, Kuala Lumpur
Zoo Negara adalah lokasi wajib untuk bawa anak-anak untuk mengenal alam fauna dan flora. Zoo Negara Malaysia (disingkatkan sebagai Zoo Negara) ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.[5] Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung. Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 ini mempunyai lebih 5446 spesimen termasuk 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Zoo Negara telah menerima sijil MS ISO 9001:2000 pada tahun 2007 ini merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.
Waktu Operasi: 9 pagi โ 5 petang
5.PD Ostrich Farm, Port Dickson Negeri Sembilan
Lokasinya tidak jauh dari Pantai Teluk Kemang. Selain melihat dan memberi makan burung unta, terdapat pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung. Antara yang menarik ialah menunggang burung unta, berlumba dengan burung unta, memanah, memberi makan unta dan dan pelbagai aktiviti outdoor termasuk ATV Rides. Selain burung unta, terdapat haiwan lain seperti keldai, unta, kambing, berbagai jenis arnab, angsa, ayam belanda, itik dan lain-lain. Malah anak-anak juga boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya.
Waktu Operasi: 11pagi -10 petang ( Isnin โ Jumaat ) | Tutup pada hari Sabtu dam Ahad
ย
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Citarasa wanita sememangnya tidak sama. Ada diantara kita yang sukakan barang kemas, ada yang sukakan hiasan dalaman malah tidak kurang juga yang gemarkan periuk dan kelengkapan di dapur. Semua ini bukan satu pembaziran tetapi masing-masing punya alasan tersendiri malah ia umpama terapi bagi kebanyakkan wanita.
Jika ada sesetengah wanita yang kurang gemar memakai barang kemas, janganlah dipandang sinis kerana di rumahnya pasti ada sesuatu yang pastinya kita tidak pernah terfikir ada. Minat yang berbeza.
Namun minat mengumpul emas sememangnya dilihat sebagai pelan jangka masa panjang yang cukup menguntungkan malah jika sebarang kecemasan berlaku, emas antara aset yang pastinya dapat membantu.
Idea yang dikongsikan oleh ibu ini, Chienta Mulโaein II ini memang seharusnya dipuji. Demi minat serta memikirkan kepayahan yang pernah dilaluinya suatu ketika dahalu, dia tekad mengumpul emas. Malah paling menarik dia punya cara sendiri untuk memastikan emas terkini menjadi miliknya saban tahun.
Tak perlunya usaha yang tinggi, duit tabungan bernilai RM5 yang dikumpulnya sejak awal tahun menjadi cara terbaiknya untuk mendapatkan emas. Terbaik!
Sis nak share lagi tips untuk suri rumah.
Dari awal kahwin sis didik diri untuk simpan duit RM5, duit belanja/nafkah suami bagi.
Setiap kali balik kedai ada je note RM5 terus masuk tabung..(kalau mampu RM20 pun boleh buat). Tak kira ada baki 4 keping duit RM5 sis tetap akan simpan.
ย
Sis hanya akan guna bila BETUL2 TERDESAK! Duit hasil meniaga, cod barang pun kalau ada RM5 sis simpan. Cukup setahun hasil dia sangat-sangat la memuaskan, tak banyak tapi ada.
Tiap hujung tahun sis shopping emas dengan duit RM5. Pernah la sis kena perli dengan pasangan suami isteri dekat kedai emas masa bagi duit RM5 ni.
Katanya โnak beli emas pun korek tabung ke?โ Sis senyum je.. bila diorang keluar tanpa beli apa-apa sis cuma cakap korek tabung pun takpe ada juga hasil nya.
Sis tak malu pun p beli emas guna duit RM5 (tambah duit lain kalau terover shopping) Kedai emas tu pun tau dah ha.
Sis ada terbaca ada yang tak minat emas. Sis tak kisah cuma nak share sikit cerita sis. Dulu mula-mula kahwin pun sis tak minat emas. Time tu kemalangan dengan suami, duit tak ada. Pinjam orang tak ada yang nak tolong.
Sedih sangat, last choice sis pergi gadai cincin tunang, dapat la suami baiki kenderaan kami.
See kita rasa kita tak minat tapi fikir panjang, beli je simpan buat kecemasan kalau tak ada duit sebab emas tu beli tukar jadi duit cash. Emas makin lama makin naik.
ย
Cincin sis masa kahwin RM400 je, sekarang harga dah dekat RM800+โฆ Tak rugi pun.. duit ni kalau simpan habis tipu la kalau tak terguna. Sis dah try simpan duit cash.. haishh sekali keluar itu ini nak beli. Tak nak emas goldbar pun boleh.
Tapi kena ingat jangan lupa bayar zakat emas kalau dah cukup syaratnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun bukan darah daging sendiri namun kehadiran seorang anak angkat dalam sesebuah keluarga menjadi pelengkap kasih sayang bagi mana-mana pasangan suami isteri. Bagi Achey Bocey, kehadiran Nur Tiara Zainnirah buat hidupnya rasa bahagia malah panggilan ayah yang didengarinya daripada bintang hati mama abah tu menjadi perkara cukup membahagiakannya kini.
Perkongsian Achey di Instagram mengenai sambutan hari bapa yang disambut Ahad lalu sungguh menyentuh hati kita. Malah kata Achey, sambutan hari bapa tahun ini cukup bermakna kerana dia turut dapat meraikannya sekali lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata kehadiran anak angkatnya itu merupakan satu rahmat kerana disebabkan Tiara dia dapat merasai kehidupan sebagai seorang bapa. Bukan itu sahaja malah Achey juga turut mengatakan dia akan melakukan sebaik mungkin untuk anaknya itu.
โDialah punca!!! Aku merasa hari ini. Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di hari bapa.
โ Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu. Kini dapat di curahkan kepadanya. Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak,โ tulisnya penuh ikhlas.
Malah Achey turut memohon maaf kepada Tiara dan isterinya, Nor Hasanah Yahya, seandainya ada kekurangan ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai bapa sepanjang dua tahun ini.
โMaaf ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab,โ katanya lagi.
Syukur Ambil Anak Angkat
Kini Tiara, bintang hati mama dan ayah ini sudah pun berusia 2 tahun. Kata Achey lagi, kini dia agak kurang berkongsi kisah si comel kesayangannya. Semuanya kerana kesukaran yang dihadapinya apabila di minta untuk bergambar.
Malah melalui perkongsiannya yang lain di instagram, Achey turut berkongsi kisah dan prosesnya mengambil anak angkat melalui JKM. Malah turut berterima kasih kepada JKM Hulu Langat kerana sentiasa mengambil berat akan anaknya, Tiara Zinnirah.
โKepada pasangan yang bertanyakan proses ambil anak angkat. Ada yang mudah ada yang tidak, yang mudah itu rezeki mereka, yang tidak seperti saya anggap semua ujian Allah untuk kita tambah pengorbanan atas rezeki anak yang di kurniakan.
Yang bagusnya kita dapat pengalaman yang tak ternilai atas usaha kita serta berkenalan dengan ramai orang. Kita baru sorang.. mereka di JKM? Beribu orang untuk di proses. Tugas kita berat.. tugas mereka 5,6 kali ganda beratnya.
Saya buat untuk siapa? Untuk diri sendiri dan kasih sayang yang dahulunya tak tau mana nak pegi. Kini Allah sediakan โruangโ untuk di curahkan.
Ayah sayang awak Tiara Zinnirah Nasir Bte Abd Haq,โ kongsinya lagi.
Achey dan isteri, mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat pada tahun 2018.
Nutrisi perkembangan minda anak bermula daripada pemakanan harian. Ketahui 8 makanan terbaik seperti telur, ikan berlemak, susu, avokado dan bayam yang membantu meningkatkan fokus, memori serta perkembangan otak kanak-kanak.