Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.
Pun begitu di acara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies,12,Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.
Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!
Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.
Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Selain tampil berbusana tradisonal, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.
Ads
Kecil-kecil Cili Padi
Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka-teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.
Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan ICE WATCH, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.
Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
Ads
Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran foto Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH dan hadiah sampingan lain.
Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
AEON meraikan ketibaan Ramadan dengan mengadakan Pratonton Fesyen AEON pada bulan Februari yang lalu. Uniknya acara ini diadakan sempena memperingati ulang tahun ke-40 AEON, AFPFeb24 dan disambut bersama 100 influencer sebagai Duta Kecantikan Sebenar AEON. Uniknya, ia diadakan di Rooftop @ AEON Style Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Ketika acara itu diadakan, AEON telah memperkenalkan beberapa koleksi yang pastinya menjadi kesukaan ramai:
Memperkenalkan stad –
Gaya koleksi ini disesuaikan untuk pengembara bandar di landskap bandar yang sibuk menampilkan utiliti, fungsi dan keselesaan. Istilah ‘stad’ merangkumi minda penduduk kota dibentuk oleh intipati kehidupan luar bandar. Direka untuk mereka yang menghayati kemeriahan kehidupan bandar.
2. Keanggunan Tradisional dengan Lebarkan Lebaran
Menandakan berakhirnya Ramadan, merangkumi renungan rohani dan ikatan kekeluargaan. Koleksi LebaranSedondon Puteri merakamkan intipati ini dengan pakaian tradisional yang elegan, meraikan kegembiraan dan kebersamaan. Koleksi KunjungLebaran tambah meriah dengan permaidani pelbagai negeri di Malaysia serta sulaman pada baju kurung dan kebaya serta keindahan baju melayu.
3. Keselesaan Setiap Hari dengan ARCADIAARCADIA
Mentakrifkan semula keselesaan dengan pakaian linen dan kapas yang direka untukpakaian harian. Menawarkan gabungan keselesaan mewah dan gaya abadi, ARCADIA memastikan koleksinya serba boleh untuk sebarang majlis, daripada material linen dan kapas sesuai untuk mereka yang inginkan gaya selesa dan tampak elegan.
4. AEON memilih Spy X Family: Where Espionage Meets StyleKoleksi Spy X Family Merangkumi intrik dan daya tarikan. Diilhamkan oleh aksara daripada “Keluarga Spy X”, pakaian ini menawarkan pernyataan berani dan keselesaan, mewakili identiti rahsia.
Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran AEON menyatakan, “Di AEON, kami percaya bahawa fesyen adalah lebih daripada sekadar pakaian; komitmen kami melangkaui fabrik, potongan dan fungsi; ia adalah mengenai memperkasakan setiap individu untuk menyatakan secara autentik diri mereka sendiri. Itulah sebabnya kami berbangga untuk mendapatkan 100 pempengaruh dan pelanggan hari ini sebagai Duta Kecantikan Sebenar kami.
Mereka inilah yang akan membuat reviu serta memberi komen terhadap fesyen terbaik, kecantikan serta penjagaan diri yang sempurna. Kami mahu meraikan keunikan dan keaslian mereka serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama. Untuk tahun ke-40 kolaborasi, kali ini ia diketuai oleh Miptah Alfarizhi yang merupakan pereka fesyen dari Indonesia.”
Kesemua Duta Kecantikan Sebenar ini akan menyumbang kepada tiga elemen iaitu:
*Memberi pandangan mereka terhadp sesuatu produk untuk membantu orang lain mengelak daripada membeli sesuatu yang tidak diperlukan – dapat bantu menjimatkan masa dan wang.
*Mewakili pengguna untuk memastikan setiap keinginan atau keperluan mereka diambil kira.
*Membantu untuk meningkatkan sesuatu jenama supaya lebih ramai akan mengenali produk mereka.
Pratonton Fesyen AEON untuk edisi Februari 2024 adalah sejajar dengan komitmen AEONkepada Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, memfokuskan kepada menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakanakses kepada keadilan, dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif.
Tahniah, AEON!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sering memuat naik video anak sulungnya di Instgram membuatkan Rizqaa, cahaya mata pereka fesyen terkenal Rizalman Nordin dan usahawan Nurida Suraya sentiasa menjadi perhatian.
Mana tidaknya, dengan raut wajah yang comel persis ayah dan ibunya, Riqzaa sering disamakan seperti anak patung. Begitu kata para pengikut ayah dan ibunya di Instagram.
Terbaru Ahad lalu, Rizman berkongsi foto-foto sewaktu penganjuran majlis akikah puteri sulungnya itu untuk tatapan umum.
“Majlis tahlil arwah baba dan akikah Rizqaa,” tulisnya ringkas.
Dengan tema warna putih bersih, bukan hanya ibu dan ayahnya yang cantik dan kacak, bahkan si comel Rizqaa sememangnya turut mendapat perhatian.
Dengan persalinan serba putih dan gabungan aksesori warna merah jambu buat Rizqaa semakin comel. Raut wajah yang membuatkan sesiapa pun jatuh hati.
Meninjai di ruangan komen, dihujani dengan pujian buat Rizqaa juga keluarga kecil ini yang kelihatan cukup cantik.
“Pandainya dia senyum”
“Comel betullah Rizqaa ni”
“Macam doll tau Rizqaa ni, cantik betul kejadiaan”
“SubahanAllah Tak puas memandang si comel Rizqa”
Bukan hanya pengikut Rizman bahkan rakan-rakan selebriti juga dilihat meninggalkan komen yang sama.
Terdahulu, Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rizqaa yang lahir pada 2 September 2020.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @rizman.n
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyokong penuh penyusuan susu ibu, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bertujuan menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan serta perkongsian pengalaman kepada masyarakat setempat.
Pa&Ma yang sememangnya memperjuangkan penyusuan susu ibu bertindak sebagai media rasmi memberikan sokongan kepada kempen ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh merasmikan program berharap program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepentingan penyusuan susu ibu.
Program setengah hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran umum khususnya pasangan muda mengenai kepentingan penyusuan ibu, memberikan motivasi dan garis panduan untuk penyusuan ibu, menyebarkan maklumat dan khidmat nasihat kesihatan khasnya berkaitan wanita kepada masyarakat serta mendekatkan masyarakat setempat dengan staf kesihatan terutamanya daripada Hospital Pengajar UPM (HPUPM).
Program Sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2019 yang bertemakan “Caknakan Ibu bapa, Jayakan Penyusuan” itu diisi dengan pelbagai program seperti forum ‘Eh! Mudahnya Breastfeeding’, peragaan fesyen busana penyusuan, kuiz, kaunseling serta demonstrasi penyusuan dan masakan mesra penyusuan.
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi FPSK turut berkolaborasi dengan Klinik As-Salam dan Pusat Laktasi Kebangsaan, 9 bulan 10 hari serta HPUPM dalam menjayakan program ini.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...