Kuman Pneumococcal (baca ‘neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae. Kuman ni merupakan ‘kuman peliharaan’ di dalam hidung kanak-kanak di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun).
Menurut Dr Salehuddin Sulaiman dalam perkongsiannya di Facebook, satu dalam lima kanak-kanak di Malaysia (dan juga di negara lain) ‘pembawa’ kuman ni.
Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di
1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak
2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru-paru bernanah (empyema) atau masuk ICU
3. Dalam darah (bacteremia).
4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.
Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru-paru. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.
Semua penyakit-penyakit bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak-kanak bawah dua tahun. Kenapa? Sebab yang saya sebut di atas (kuman ni ada dalam hidung kanak-kanak) dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tak sematang orang dewasa/ kanak-kanak besar.
Disyorkan suntik awal
Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan dah boleh start cucuk).
Ads
Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru (dan selaput otak) ni banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.
Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia. Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2 je.
Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yang 5 atau 6 serangkai tu lah), kes yang disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yang naik jadi juara siapa?
Pneumococcal lah!
Saya pernah ditanya
‘Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.’
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yang menyebabkan pneumonia. Banyyyaaakkk lagi kuman lain menjadi punca pneumonia.
Kalau nak mudah faham, macam ni lah. Saya bagi satu analogi mudah.
Di KL, disebabkan jem sangat teruk, walaupun dah ada MRT, highway baru bla bla bla, maka kerajaan memperkenalkan satu rule baru.
Ads
Semua kereta Myvi tidak dibenarkan masuk area KL. Sebabnya, jumlah kereta paling banyak di area KL ni ialah Myvi.
(Contoh je ni. Kau jangan dok bagi statistik kereta apa paling banyak di KL pulak!)
Adakah ini bermakna, kita boleh tidur atas jalan raya di KL? Sebab kereta myvi dah takde di atas jalan di KL? Of course takleh.
Sebab kereta orang di KL ni, bukan myvi je. Ada kereta jenama lain lagi. Toyota, Honda, BMW, jaguar, audi dan apa2 je lah.
Tapi kalau nak tengok myvi, susahlah. Sebab kena block awal2 lagi. Maybe ada la seekor dua myvi yg terlepas (maybe yang dah diubahsuai nampak macam Iris kot).
So macam tu la juga konsep vaksin Pneumococcal ni. Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tak tau bila..), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor dan juga pegawai kesihatan yang terlibat merawat pesakit akan nampak trend ni.
Ads
Inisiatif Sendiri
Buat masa ni, memang kena keluarkan duit sendiri, cari di klinik atau hospital swasta. Sekitar RM250 untuk satu suntikan.
Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.
Mahal? Kalau anak anda cacat, pekak, masuk ICU sebab tak dapat bernafas, atau meninggal, duit banyak manapun tak boleh kembalikan anak anda kepada keadaan asal sebelum dia sakit.
Ada pesakit saya mendapat paru-paru bernanah kerana Pneumococcal (siap kena tebuk paru-paru, dan kena makan antibiotik selama sebulan, pastu tiap bulan dapat serangan paru-paru sempit macam asthma).
Satu je soalan dia.
Kenapa dia tak tahu pun pasal vaksin tambahan ini. Biar berapa harga pun, dia pasti sanggup bayar. (Nasib baik dia first time jumpa saya waktu tu)
So, ini hanyalah usaha kecil saya untuk memberi kesedaran kepada anda semua. Kalau anda decide tak nak ambil, jangan kata abang tak payung.
Macam-macam tips dan petua orang kongsi supaya bayi senang tidur malam. Ada bayi yang jenis senang tidur, ada pula yang kerap terbangun dan menangis. Semua bayi mempunyai karektor berbeza.
Jadi janganlah ada ibu yang bangga memberitahu bayinya jenis yang senang tidur malam kepada ibu lain yang mempunyai bayi susah tidur malam dan kerap terjaga.
Memastikan bayi tidur lena memang salah satu tugas sukar sebagai ibu bapa. Sebenarnya tak ada satu pun cara yang betul dan sesuai untuk semua bayi. Anda kena cuba sendiri beberapa teknik sebelum menemui cara paling berkesan pada bayi anda.
1. Hangatkan tempat tidur dengan tuala
Panaskan tuala (guna dryer) dan letakkan di bawah cadar tilam bayi anda.
2. Pastikan bilik bebas habuk
Bayi tidak boleh tidur lena jika lubang hidungnya tersumbat.
3. Tukar antara papa & mama
Jika salah seorang sibuk, seorang lagi boleh ganti untuk tidurkan bayi tanpa perlu mengganggu rutin biasa.
4. Kerap membelai bayi waktu siang
Peluk dan belai bayi sepanjang hari untuk dia mudah tidur dengan tenang pada waktu malam.
5. Cuba sentuhan si ayah pula
Sandarkan bayi di atas dada ayah. Kemudian ayah alunkan zikir atau ‘nursery rhyme’. Jadi bayi boleh mendengar getaran.
6. Lebih fleksibel
Kaedah yang digunakan pada malam ini mungkin tidak berkesan untuk malam esok. Jangan stres!
7. Gunakan pelbagai alat penenang tidur
Antara alat tersebut seperti ‘teddy bear’, selimut, ‘baby rocker’, puting dan sebagainya lagi. Jadi, bayi belajar untuk tidur menggunakan pelbagai jenis alat bantuan penenang.
8. Semak waktu tidur bayi
Selaraskan dalam masa setengah jam dan lihat macam mana hasilnya.
9. Benarkan masa untuk penyesuaian
Bayi tidak akan terus tidur sendiri serta-merta, jadi ambil masa secara beransur untuk bantu dia tidur.
Tak kisahlah cara atau teknik apa pun yang anda gunakan untuk memastikan bayi tidur lena. Yang penting anda mesti tahu bayi perlu cukup tidur berkualti kerana ia bagus untuk perkembangannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Foto dan video yang dimuat naik oleh pelawak Jihan Muse, menunjukkan aksi Ungku Arsalan Haq menghisap ibu jari kaki ternyata menarik perhatian peminatnya.
Menerusi kapsyen yang ditulis Jihan, dia bertanya pengikut IGnya sarapan apa pagi itu dan memberitahu anaknya hanya makan kaki.
“Breakfast apa tu acik? #babyninja tgh mkn kaki. Huhu. Video makan kaki kat ig @ungkuarsalanhaq mak saya cakap sini utk video parodi dia jer,” tulisnya.
Rata-rata pengikutnya memberitahu Arsalan mahu adik atau meminta Jihan untuk melahirkan seorang bayi lagi.
“Selalu orang tua kata baby hisap jari kaki nak adik lagi.”
Malah ada netizen yang mengusik Jihan dengan menyatakan tahun depan dapat adiklah tu.
Sementara itu, menerusi akaun IG anaknya pula, Jihan memuat naik video Arsalan menghisap jari kakinya dan menafikan anaknya mahu adik.
“Saya bukan nak adik saya nak susu apa la acik ni,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada beberapa netizen yang memberikan pendapat mereka dengan menyatakan bayi yang hisap ibu jari kaki bukan nak adik tetapi ia adalah perkembangan yang normal untuk setiap bayi.
“Baby hisap jari untuk refleksi badan. Takde kena mengena dengan nak adik”.
Jadi bila dah ada fakta ni Jihan dah tak perlu nak susah hati lagi. Malah menerusi kajian yang dijalankan bayi hisap ibu jari kaki sebenarnya untuk merangsang pertumbuhan otak mereka yang sedang berkembang. Tak ada kaitan pun nak dapat adik.
Kredit: ig Jihan Muse & ungkuarsalanhaq
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis aqiqah serta kenduri kesyukuran Gia Quinn Mckienzie dan William Daud Mckienzie yang merupakan anak kepada pelakon Lana Nodin diadakan dengan meriah.
Menerusi entri di Instagram, Lana telah berkongsi foto-foto ‘live update’ di sekitar majlis terbabit.
Bukan sahaja Lana, tetapi suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhammad Daud turut mengenakan baju rona sedondon dengan anak mereka.
Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.
Ia turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.
Rata-rata memuji kecantikan Lana dan mereka turut mendoakan agar anak-anaknya dapat membesar dengan sihat.
Billy semakin sihat dan aktif
Sebelum ini, Lana ada berkongsi yang anak keduanya mengalami masalah jantung dan telah berjaya melalui pembedahan.
Lana cukup berterima kasih dan terharu atas doa orang ramai kerana mendoakan kesihatan anaknya. Sekarang Billy pun dah semakin sihat dan ceria.
Lana dan David mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.
Sumber: ig Lana Nodin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana, berkongsi kegembiraan dan rasa bangganya terhadap kejayaan anak sulungnya, Syaikhul Islam, melalui Instagram Story miliknya.