Tak sangka, 10 hadiah hari jadi anak pasangan pelakon aktres Rozita Che Wan dan Zain Saidin dibeli di Up Town sahaja!
Muat naik video durasi 7 minit menunjukkan Zain Saidi membawa anak anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana untuk membeli belah di Uptown Kota Damansara bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-10.
“Kita dah dekat Kota Dame, Uptown. Ini kali pertama Aaisyah datang sini, dia tak pernah datang Uptown.
“Saya nak tunjuk uptown ada apa dan dia boleh beli 10 barang bersempena dengan hari jadinya yang ke-10,” kata Zain.
Kelihatan Zain membawa Aaisyah berjalan berdua membeli 10 barang pilihan sempena hari jadi anak kesayangannya.
Ads
Antara barang pilihan Aaisyah adalah barang solek, casing telefon, topi dan baju jersey.
“Alhamdulillah siap dah 10 barang untuk Aaisyah, hari jadi yang ke-10. Bila dekat Uptown tau, kita support lokal,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, warganet rata-rata memuji Zain yang memilih untuk membawa anaknya merasai pengalaman membeli belah di lokasi berkenaan yang secara tidak langsung dapat membantu peniaga tempatan.
Ads
Sumber: Tiktok Zain Saidin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru beberapa hari pulang dari Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah diuji apabila kesemua mereka dimasukkan ke hospital berikutan dijangkiti rotavirus.
Menerusi Instagram, Almy memaklumkan anak bongsunya, Nur Afrina Aisyah terlebih dahulu mengalami muntah dan ciri-birit selama empat hari, sebelum tiga lagi anaknya yang lain turut berdepan masalah sama.
“Tolong doakan kami (anak-anak) cepat sihat. Mula-mula Aisyah muntah dan cirit-birit selama empat hari, kemudian Ayra (Nur Afrina Ayra). Terus mama bawa ke hospital.
“Aunty uncle, semalam mama minta tolong doakan untyk Dak Ayra, Dak aisyah, Dak Aurora kan, petang ni mama minta tolong sangat, tolong doakan anak mama yang sulung pulak baru add on untuk admit join the club adik-adik dalam wad.
“Dan tolong doakan mama dan papa sihat kuat untuk jaga anak-anak dalam wad please @fizzfairuzofficial. Terima kasih semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu menurut perkongsian Fizz, keadaan keempat-empat anaknya semakin bertambah baik dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital.
“Ahamdulillah… sekarang anak-anak saya beransur pulih,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Almy turut berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram kerana tidak putus doa untuk mendoakan kesemua anak-anaknya agar kembali sihat.
“Subahanallah syukur padaMu Ya Allah, ramai sayang anak-anak mama. Terima kasih semua kawan-kawan, sahabat mama aunty uncle. Terima kasih doakan anak-anak Almy, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua,” tulisnya lagi.
Semoga kesemuanya semakin bertambah baik dan kembali sihat dan ceria seperti selalu.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Benarlah, kasih seorang ayah itu sepanjang masa. Walaupun rumah tangga musnah dilanda badai, hubungan antara ayah dan anak tetap utuh, tidak pernah terputus oleh jarak mahupun waktu.
Paparan posting video di istagram milik anaknya telah meraih perhatian ramai apabil apaabila anak tunggalnya, dengan Nur Fatima Aisya meluahkan hasrat bercuti bersama Fattah Amin.
Dengan kapsyen ‘dear daddy’ serta mantion IG Fattah Amin serta video percakapan Fatima kepada ayahnya. Seakan sedang memegang telefon Fatima membuat rakaman video memujuk ayahnya.
“Daddy nak bawak Yama pergi Tokyo Disneyland? Yama nak pergi dengan Daddy. Daddy, Yama nak pergi… please. I lovi you Daddy…”
Keletah Fatima itu pastinya membuatkan sesiapa pun tersentuh. Apatah lagi bila membayangkan ia datang dari seorang anak kecil yang penuh kejujuran, tiada filter, tiada paksaan. Hanya seorang anak yang nak pergi Disneyland dengan Daddynya.
Hati ayah mana yang tidak sentuh dengan paparan itu, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil. Lebih manis, Fattah Amin membalas respon anak tersayangnya.
Reaksi spontan Fattah Amin dalam nada gurauan, bila dia sendiri tak percaya apa yang dilihat di akaun Instagram milik anak tunggalnya.
Fattah yang berkongsi video itu semula menerusi Instagram Story miliknya, sempat bergurau sambil bertanya, adakah betul anaknya sendiri yang post? Tapi jauh dalam nada bergurau itu, jelas terpancar rasa sayang dan keterharuan seorang bapa terhadap permintaan kecil yang begitu besar maknanya.
Malah Fattah juga meluahkan kecewa apabila panggilan telefon secara video tidak diangkat. Dengan emogi sedih penuh makna.
“Hai Baby, Fatima ker yang post ni? Hehe. Kenapa Daddy video call tak angkat?
Namun satu yang pasti, hubungan antara Fattah dan anaknya jelas sangat rapat. Kasih seorang anak yang rindu momen untuk riang ria bersama. Fattah pula tidak lokek untuk berkongsi momen itu dengan jutaan followers. Satu momen ‘cute’ permintaan seorang anak kecil, tapi besar maknanya buat diri Fattah Amin!
Sumber: IG fattahaminz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak kecil balik dengan badan penuh lebam, ibu mana yang tidak menangis? Tapi lebih menyedihkan apabila laporan dibuat, siasatan diminta… akhirnya kes ditutup tanpa sebarang tindakan.
Inilah yang terjadi kepada ibu muda, Syaza Syamimi, yang masih setia menuntut keadilan buat anaknya, Syakir Ali, yang dipercayai menjadi mangsa dera di pusat jagaan kanak-kanak.
Segalanya bermula pada 17 Januari 2025, apabila Syaza menjemput anaknya dari pusat jagaan. Ketika mahu memandikan anak, dia terkejut melihat kesan lebam panjang dan kemerahan di belakang badan si kecil.
Esoknya, Syaza dan suami ke klinik swasta, tetapi doktor hanya memberikan ubat gatal. Tidak berpuas hati, mereka ke Hospital Sultanah Aminah dan doktor di sana mengesahkan lebam tersebut bukan disebabkan alergi, tetapi berkemungkinan besar akibat dipukul atau jatuh atas objek panjang.
Laporan polis dibuat segera di Johor Sentral, dan kes kemudian dipindahkan ke Balai Polis Iskandar Puteri. Pada 25 Februari 2025, laporan perubatan rasmi menyatakan bahawa memang wujud unsur penderaan.
Syaza juga telah:
✅ Menyerahkan bukti bergambar ✅ Menjalani pemeriksaan penuh X-ray ✅ Membuat laporan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ✅ Berulang-alik ke balai polis untuk bantu siasatan ✅ Bertanya perkembangan kes setiap bulan
Namun, tiada perkembangan diterima daripada pihak berwajib — sehingga 8 bulan berlalu.
Lebih menyakitkan, Syaza dimaklumkan bahawa rakaman CCTV tidak dapat diberikan kerana kononnya rosak akibat ribut petir dan sedang diselenggara.
Akhirnya, pada 5 Ogos 2025, Syaza menerima surat melalui PDF. Kandungan surat itu menyatakan:
“Tiada saksi untuk menyokong dakwaan. Tiada bukti kukuh. Tiada unsur jenayah. Oleh itu, kes ditutup dan tiada tindakan lanjut akan diambil ke atas mana-mana pihak.”
Syaza yang kecewa menyatakan bahawa dia sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga sebelum memilih pusat jagaan untuk anaknya.
“Saya bukan main pilih. Saya buat lawatan, semak ulasan, dan tengok latar belakang pusat itu. Tapi sekarang, tiada satu pihak pun yang nak bertanggungjawab. Selama lapan bulan saya menunggu dengan penuh harapan. Tapi akhirnya anak saya tak dapat pembelaan.”
“Mohon doa semua. Semoga ada keadilan untuk Syakir Ali kami. Kalau bukan di dunia, semoga Allah balas dengan setimpalnya buat mereka yang zalim pada anak kecil yang tak mampu bersuara ini.”
Kes Syakir Ali ini membuka mata ramai ibu bapa. Anak kecil tidak mampu bercakap sepenuhnya untuk ceritakan apa yang berlaku. Tetapi tubuh mereka tak pernah menipu. Lebam bukan perkara biasa.
Sebagai ibu bapa, kita perlu:
✅ Sentiasa pantau keadaan fizikal anak selepas balik dari penjagaan ✅ Peka dengan perubahan tingkah laku anak ✅ Buat laporan segera jika ada tanda-tanda penderaan ✅ Simpan bukti (gambar/video) dan ambil laporan doktor ✅ Gunakan saluran rasmi dan sosial jika kes dipandang sepi
Setiap anak adalah amanah dan nyawa yang perlu dilindungi. Hari ini mungkin anak orang lain, esok mungkin anak kita. Jangan biarkan kes seperti ini terus berulang.
Buat semua ibu bapa, jangan takut bersuara. Jangan penat tuntut keadilan. Suara kita, perlindungan untuk anak-anak yang belum mampu bersuara.
Pa&Ma menyeru agar semua pihak bertanggungjawab lebih serius dalam isu penderaan kanak-kanak. Jangan tunggu sehingga nyawa melayang, baru kita ambil tindakan.
📞 Jika anda syak berlaku penderaan terhadap kanak-kanak, segera hubungi: ➡️ Talian Kasih 15999 ➡️ Lapor kepada JKM atau balai polis terdekat