Ketika wanita berpantang, misi seterusnya sudah pastilah menurunkan berat badan pada berat asal sebelum mengandung. Bagi Elfira Loy yang kini sedang berpantang, dia terpaksa mengawal pemakanannya selepas turun hanya 10kg sahaja.
Melalui Instagram, Elfira berkongsi kisah kesusahannya dalam menurunkan berat badan selepas melahirkan anak keduanya, Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
“Konsep makan-makan sekarang after 20 days of confinement sebab berat dah tak turun turun. kahkahkah.
“Setiap kali pregnant berat El mesti naik sampai lebih 20kg, tak tahulah makan apa kan. Tried to control during second pregnancy tapi masih 20kg jugak naiknya,” kongsinya.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, disebabkan itulah dia berpantang dengan cara yang betul dan mengurangkan jumlah nasinya setiap hari.
Melalui entrinya di Instagram, Elfira turut berkongsi menu hidangan dengan jumlah nasi yang sedikit dan melebihkan sayur dan buah untuk terus menyusukan anaknya.
Ads
Tidak puas hati dengan beratnya yang ‘degil’ hendak turun, Elfira turut membuka sesi ruangan komen bersama pengikutnya untuk mengetahui pengalaman ibu-ibu lain dalam menurunkan berat badan.
“I managed to lose 10 kilos setelah 10 hari berpantang but my weight are not moving since then. Maka kena lah cuba kurangkan nasi & lebihkan sayur & buah seperti gambar rajah di atas.
“No joke losing weights is not easy for me. Thats whylah El pantang je betul betul.
“El ni pear shape kalau tak turun berat badan memang nampak besar. Nak tak nak kenalah jaga kann.
Ads
“Berapa berat korang naik & berapa lama ambik masa untuk turun,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Nur Aria Mikayla Muhamad Faris pada 20 May lalu. Kini si comel Aria sudah pun berusia sebulan.
Pelakon dan pengarah, Mohd Iznan Ibrahim atau Pekin mengakui bahawa dirinya berasa sangat gembira apabila isteri tercintanya, Mona Allen selamat melahirkan anak lelaki pertama pada sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-65 pada 31 Ogos 2022.
“Tapi, pada waktu yang sama saya kasihan melihat Mona waktu melahirkan anak kami. Saya berada bersama sepanjang proses itu.
“Dari awal keluar, saya melihat proses itu. Doktor juga bagi kebenaran untuk saya memotong tali pusat bayi, cucikan bayi serta azankan dia di telinga,” katanya.
Menurut Pekin, Mona Allen selamat melahirkan Petra Pekin di Hospital Andorra, sekitar jam 2.39 pagi. Bayi seberat 2.7kilogram itu, dilahirkan secara normal.
“Alhamdulillah, baik Mona mahu pun bayi kami, kedua-duanya berada di dalam keadaan sihat,” katanya.
Jelas Pekin lagi, dia sebenarnya tidak menyangka Mona akan melahirkan bayi mereka itu dengan cepat sekali.
“Paling tidak disangka bila bayi kami dilahirkan pada Hari Merdeka. Rasa macam tidak percaya pula ia baby merdeka.
“Kalau hendak diikutkan tempoh bersalin Mona lambat lagi. Tapi, malam sebelum baby keluar, sekitar jam 9.00, saya terpaksa hantar dia ke hospital.
“Kemudiaan doktor memberitahu bahawa dah sampai masanya untuk Mona bersalin. Padahal sebelum, tak nampak pun sebarang tanda-tanda dia akan beranak. Dia (Mona) siap boleh sembang-sembang dan gelak-gelak.
“Agaknya baby tu tak sabar nak keluar kot, sebab nak laungkan merdeka,” katanya.
Terdahulu, Mona telah memuat naik posting Instagram Story bahawa dia telah selamat melahirkan bayi sulungnya itu.
“Alhamdulillah, terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby Merdeka lahir pada pukul 2.39 pagi tadi,” tulis Mona menerusi pautan IG story.
“Dialah PEKIN sebenar..”
Sementara itu, Mona Allen juga turut berkongsi nama anak lelakinya itu Petra Pekin bin Mohd Iznan.
“Welcome home anakku..PETRA PEKIN BIN MOHD IZNAN. Daddy & Mummy love you”
Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Soalannya perlu tak berurut & berpantang
Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG‼️‼️‼️
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Berapa Lama Tempoh Berpantang ?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh orang tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja & cuti yang pendek.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal dalam rahim atau di saluran peranakan, mengeluarkan angin, melembutkan urat-urat yang tegang & menyegarkan badan.
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.
Jenis-Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan
Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
?️ Tekanan emosi @ meroyan
?️ Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
?️ Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
?️ Ketidakseimbangan hormon
?️ Bengkak dan bisa otot peranakan
?️ Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
?️ Kebas-kebas sendi
?️ Mudah berasa seram sejuk
?️ Demam yang tidak kebah
?️ Kedinginan seks
?️ Kalah dalam perjuangan jimak
Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Selebriti dan usahawan popular Neelofa menasihatkan orang ramai agar tidak mencium anak individu lain sesuka hati bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, menegaskan perkara sebegitu harus dipraktikkan demi menjaga kesihatan bayi tersebut.
Sebagai ibu, Neelofa ada pendiriannya dan meminta orang ramai menghormati juga ibu-ibu lain yang ada anak kecil.
“Jangan cium bayi orang lain. Cium anak sendiri boleh.
“Jangan terasa kerana itu semua demi kesihatan si kecil,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.
Pengacara program Next To Neelofa itu turut mengakui risau apabila melihat anaknya, Muhammad Bilal yang kini berusia 10 bulan disentuh individu lain.
“Kadang-kadang apabila tengok orang luar memegang pipi anak sendiri pun, saya sudah rasa tak boleh bernafas.
“Apatah lagi jika mencium Bilal. Ummi dia menjerit tidak berlagu,” katanya lagi.
Dalam perkongsian pertama, dia turut mengulang siar sebuah video yang berkongsi mengenai sebab orang ramai tidak memegang bayi milik orang lain sesuka hati.
Antaranya ialah Jangkitan pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah penyakit yang akan menjejaskan paru-paru dan sistem badan lain.