Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.

Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.

Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.

Soalannya perlu tak berurut & berpantang

Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG‼️‼️‼️

Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.

IKLAN

Jangan Skip Pantang Lepas Alami Keguguran. Tak Jaga Betul Mungkin Sukar Hamil

Berapa Lama Tempoh Berpantang ?

Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.

Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh orang tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja & cuti yang pendek.

Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

IKLAN

Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.

Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal dalam rahim atau di saluran peranakan, mengeluarkan angin, melembutkan urat-urat yang tegang & menyegarkan badan.

Jangan Skip Pantang Lepas Alami Keguguran. Tak Jaga Betul Mungkin Sukar Hamil

Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.

IKLAN

Jenis-Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan

Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
?️ Tekanan emosi @ meroyan
?️ Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
?️ Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
?️ Ketidakseimbangan hormon
?️ Bengkak dan bisa otot peranakan
?️ Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
?️ Kebas-kebas sendi
?️ Mudah berasa seram sejuk
?️ Demam yang tidak kebah
?️ Kedinginan seks
?️ Kalah dalam perjuangan jimak

Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.

Sumber: Klinik Dr Asmah  via Herba Rahimas Aqila

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI