10 Perkara Tentang Si Manja Baru Lahir. Bila Dah Tahu, Mudahlah Proses Menjaganya!

Share

Kelahiran si manja penuh keajaiban. Mama dan papa perlu 10 info tahu tentang bayi baru lahir.

Bila si manja baru lahir, mama dan papa perlu tahu 10 perkara ini.

1. RUPA BENTUK

Kepalanya mungkin sedikit lonjong. Mama dan papa jangan berasa pelik kerana ia mungkin disebabkan oleh proses kelahirannya.

Badannya pula diselauti lapisan putih dipanggil lanugo. Wajahnya sedikit bengak dan matanya kerap berkelip.

2. TANPA SENYUM & KETAWA

Sehingga usia bayi mencapai 6 minggu, anda jangan terlalu megharapkan bayi untuk senyum & bertindakbalas kepada sentuhan anda. Walau bagaimana pun jangan lupa teruskan memberinya sentuhan kerana ia boleh menenangkan bayi.

3. PUSAT BAYI

Pastikan kawasan ini sentiasa kering. Jika  belum luruh, sentiasa cuci dengan ubat khas.

4. UBUN-UBUN

Ubun-ubun bayi masih lembut. Ia adalah terdiri daripada tulang kepala yang saling bersilang yang memudahkan proses kelahiran. Hati-hati menyentuh bahagian ini kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.

5.  BERAT BADAN TANDA BAYI CUKUP SUSU

Anda mungkin khuatir jika bayi tidak mendapat susu secukupnya. Bagaimana pun berat badannya akan menurun 5% hingga 8% daripada berat badan semasa lahir pada minggu pertama kelahiran dan akan naik semula pada minggu kedua.

6. KULIT KERING & MENGGELUPAS

Pada awal kelahiran, kulit bayi mungkin akan menggelupas dan sedikit kering. Dan bila usianya menginjak ke satu bulan, ruam lampin, kulit kemerahan dan bintik merah mungkin akan timbul.

7. KURANGKAN RISIKO JANGKITAN

Mama dan papa perlu mengelakkan bayi daripada berasa berhampiran dengan orang sakit. Minta tetamu yang datang melawat agar membasuh tangan sebelum itu dan elakkan daripada mencium bayi.

8. KERAP MENANGIS

Bayi akan kerap menangis kerana ia adalah caranya untuk berkomunikasi. Mama papa perlu tahu cue atau signal anak lapar atau tidak selesa supaya mudah untuk menenangkan bayi.

9. BANYAK TIDUR

Bayi perlu menyusu dua hingga tiga jam sekali dan tidur kira-kira 16 jam sehari. Tidur amat penting untuk perkembangannya.

10. BAYI SUKA DIBEDUNG

Bayi memang suka dibedung. Ia mengingatkan kepada mereka keselesaan ketika dalam kandungan ibu. Membedung juga mengurangkan refleksi Moro yang menyebabkan bayi terkejut.

 

 

IKLAN