Untitled design (25)

 

Tingkah laku yang kerap ditunjukkan anak kecil kita sebenarnya banyak menggambarkan permasalahan yang berlaku padanya. Anak jalan berjengket misalnya merupakan petanda anak mempunyai permasalahan dengan isu sensori. Sebenarnya ada banyak lagi tingkah laku yang boleh dikaitkan dengan masalah sensori ini.

Menurut Ahli Terapi Carakerja Kanak-Kanak, Puan Mahfuzah Zainol, banyak tingkah laku anak mencerminkan permasalahan sensori mereka. Jadi mak ayah wajib periksa dan perhatikan anak. Ini yang dikongsikan oleh beliau.

Jom periksa anak-anak kita!

10 Tingkah Laku Pelik Anak, Mungkin Petanda Ada Isu Sensori, Awas!

1. Takut atau menangis dengar bunyi bising, vacuum cleaner, mesin rumput. Isu auditori. Mereka rasa tidak selesa walaupun pada kita ia bunyi yang biasa. Bagi mereka, bunyi seperti itu sudah capai threshold ‘kemarahan’.

2. Suka berjalan menjinjit kaki. Yang ini ada 3 sebab kenapa anak anda berjalan menjinjit kaki. Saya ada posting khas untuk ini. Nanti saya korek balik dan repost.

3. Picky eater. Hanya suka kepada satu jenis makanan atau memilih tekstur makanan tertentu sahaja. Kebiasaannya mereka mula hilang tingkah laku sebegini selepas meningkat umurnya. Kalau masih ada especially hanya suka makanan yang lembut sahaja, perlu jumpa doktor untuk assessment. Speech therapist juga boleh buat assessment untuk swallowing problem.

IKLAN

4. Suka memasukkan objek ke dalam mulut walaupun sudah melewati umur 2 tahun. Gustatory problem. Kalau bawah 2 tahun, ia normal. Ada teknik oral stimulation untuk kurangkan tabiat ini. Ahli terapi carakerja ada caranya.

5. Tidak suka bermain bersama rakan di taman permainan atau majlis keramaian. Suka bermain sendiri. Kadang-kadang, perkara sebegini overlap dengan personaliti seseorang individu. Tetapi, kanak-kanak biasanya suka bermain bersama rakan-rakan/ individu dewasa lain. Perlu perhatikan tingkah laku sebegini.

6. Tidak suka sehingga meraung kepada aktiviti yang bergerak seperti naik jongkang-jongket, slide, swing dan sebagainya. Ini kita namakan isu gravitational insecurity (GI) (sejenis masalah sensori), vestibular atau propriceptive (kategori masalah sensori). Nak explain lebih takut tak faham, boleh rujuk ahli terapi carakerja di sekitar anda.

7. Terlalu suka bergerak dan memanjat serta berpusing-pusing. Ini juga merujuk kepada over sensitiity kepada isu di no. 6.

8. Memilih fabrik pakaian yang tertentu sahaja. Atau rimas dengan labelling tag pada baju di belakang leher. Isu ini lebih kepada sentuhan atau taktil (tactile).

IKLAN

9. Seolah-olah tidak mendengar apabila bercakap dengannya dan perlu repeated instruction untuk sesuatu tugasan mudah. Ini isu auditory dan brain processing disorder. Telinga berfungsi dengan baik namun ada isu lain yang perlu dibuat assessment. Tapi kalau dah panggil dia time tengah main atau fokus benda lain, memang la dia tak respon. Kalau perkara begini terjadi sangat kerap atau hampir setiap masa bila namanya dipanggil, mungkin perlu assessment lanjut.

10 Tingkah Laku Pelik Anak, Mungkin Petanda Ada Isu Sensori, Awas!

10. Suka melihat sesuatu objek/ skrin yang ada pergerakan berulang atau pantas. Isu ini lebih kepada visual stimulation isu. Boleh juga apabila dia rasa calm apabila pandang objek bergerak yang berulang-ulang.

Tingkah laku seperti ini memang kadang-kadang membuatkan ibu bapa keliru ini memang masalah tingkah laku atau ada isu sensori

Kalau ada lebih daripada 5 tanda-tanda ini, maka boleh berjumpa dengan ahli terapi carakerja untuk sensory assessment.

IKLAN

Sekian, perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja untuk kanak-kanak.

PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA

Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle setiap minggu? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !

10 Tingkah Laku Pelik Anak, Mungkin Petanda Ada Isu Sensori, Awas!

#PaMaJourneyBersamaJovianNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents 

Baca: Bawah 2 Tahun Tu Normal Umur 3 Tahun Masih Jalan Berjengket Mak Ayah Perlu Rujuk Pakar!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI