Ingin tahu tip asuh anak supaya bila besar nanti tahu hargai dan hormat ibu bapa! Hakikatnya melentur buluh biarlah dari rebung. Ketahui kaedah asuhan berkesan untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia. Untuk membawa seorang anak kepada kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlu bijak untuk mengasuh anak dengan cara yang betul.
Jom kita baca 10 tip mudah ini. Amalkan dalam kehidupan seharian kita. Selamat mencuba!
1.Nama panggilan yang baik.
Jadi berikan nama anak dengan makna yang elok. Makna nama yang elok membantu membentuk peribadi mulia anak.
2.Pelukan setiap hari.
Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
3.Pandangan kasih sayang.
Ads
Ia membuatkan anak anda lebih yakin diri. Anak yang mempunyai identiti yakin dan berani adalah ceminan ibu bapa yang positif dalam mendidik anak.
4.Penghargaan.
Lakukan seperti pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
5Terima seadanya.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang dan tidak terkecuali berbuat silap.
Ads
6.Jangan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Biarpun mereka melakukan kesilapan atau anda dalam kepenatan. Cubalah memberikan senyuman buat anak anda.
7.Dengarlah cerita anak.
Tunggu sehingga anak habis bercerita dan kemudian barulah anda mula bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
Bangun pagi boleh jadi cabaran besar untuk ibu bapa — anak liat bangun, moody, dan akhirnya semua orang tertekan sebelum sempat keluar rumah. Tapi sebelum kita label anak sebagai “malas”, mari kita faham kenapa, apa kesannya dan bagaimana nak bantu mereka dengan cara yang berkesan dan berempati.
Menurut American Academy of Sleep Medicine, kanak-kanak berusia,
3–5 tahun memerlukan 10–13 jam tidur sehari.
6–12 tahun memerlukan 9–12 jam tidur sehari.
Jika anak tidur lewat tetapi masih perlu bangun awal untuk ke sekolah, mereka sebenarnya kekurangan tidur. Ini menyebabkan sukar bangun, emosi tidak stabil dan hilang fokus.
Badan kita ada jam biologi dalaman (circadian rhythm). Tanpa rutin tidur yang tetap, jam ini jadi keliru — anak tak rasa segar walaupun cukup jam tidur.
Kanak-kanak berada lebih lama dalam fasa deep sleep berbanding orang dewasa. Sebab itu kadang-kadang kita kejut anak berkali-kali, tapi mereka masih lena seperti batu.
Kajian oleh National Sleep Foundation menunjukkan bahawa pelajar yang cukup tidur mempunyai pencapaian akademik lebih baik dan kurang masalah tingkah laku. Jika anak bangun lewat, mereka:
Mengantuk semasa kelas
Tidak dapat fokus dengan baik
Cenderung tertinggal pelajaran
Kurang tidur atau bangun dalam keadaan tertekan menyebabkan:
Mudah marah, tantrum
Hilang motivasi
Sukar bergaul dengan rakan sebaya
Jika dibiarkan berterusan, anak akan terbiasa:
Tidak menepati masa
Bergantung pada orang lain untuk bangun
Sukar mengurus masa apabila dewasa kelak
Tetapkan masa tidur tetap setiap hari termasuk hujung minggu.
Elakkan skrin (TV, tablet, telefon) 1 jam sebelum tidur.
Cahaya biru dari skrin mengganggu penghasilan melatonin – hormon tidur semulajadi.
Galakkan aktiviti seperti:
Bacaan buku cerita
Urutan ringan
Doa bersama
Tip tambahan: Guna ‘sleep chart’ atau pelekat motivasi jika anak suka visual.
Kajian menunjukkan bahawa sentuhan lembut dan nada suara mesra membantu menurunkan hormon kortisol (stres) dan tingkatkan oksitosin (hormon kasih sayang).
Contoh:
“Abang, hari ni mama masak roti telur kegemaran abang. Jom bangun sayang…”
Sentuh perlahan bahu, dahi atau tangan.
Elakkan:
Jeritan kasar
Ugutan (“Kalau tak bangun, tinggal!”)
Libatkan mereka sediakan pakaian dan beg sekolah malam sebelumnya.
Boleh sediakan carta ‘Rutin Pagi’ berwarna-warni:
Bangun > Gosok gigi > Pakai baju > Sarapan > Siap
Beri ganjaran kecil jika mereka berjaya ikut jadual. Contohnya:
“Kalau bangun awal 5 hari berturut-turut, boleh pilih menu sarapan hari Jumaat!”
Dengan pemahaman dan pendekatan yang betul, pagi bukan lagi masa yang memenatkan atau penuh drama. Ibu bapa adalah pencorak awal disiplin masa anak. Bila kita ubah pendekatan – dari arahan keras kepada empati, dari kelam-kabut kepada struktur – anak juga akan belajar bangun dengan lebih ceria dan bersedia untuk hari yang produktif.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak perempuan dan lelaki supaya bertindak bijak semasa menghadapi gangguan seksual amat penting. Ikuti pandangan daripada bapa ini.
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak untuk menjaga diri mereka daripada pelbagai ancaman seperti gangguan seksual. Tambahan pula apabila mula bersekolah dan terdedah kepada ramai lagi manusia yang pelbagai jenis dan ragam.
Seorang bapa, Rizzal Abdullah berkongsi perkara ini. Gaya penyampaian yang santai membuatkan tip ini menarik. Perkara penting ini sering kali dianggap taboo dan memalukan tetapi hakikatnya perlu diberitahu dan diingatkan kepada anak.
ANAK PEREMPUAN PERLU DIAJAR MALU & JAGA MARUAH
Bro, Mendidik anak perempuan berbeza kan?. Mereka pasti diajar untuk lemah-lembut, bersopan-santun dan akhlak sebagai seorang perempuan. Perlu diajar erti malu dan menjaga maruah.
Berubah riak muka member aku. Tiada senyum sinis seperti selalu. Serius sungguh. Kali ni jauh dia fikir sebelum kasi pendapat.
Ibunya paling layak untuk mengajar semua perkara yang kau sebutkan. Tapi untuk aku sebagai ayah, satu perkara penting yang akan aku ajar untuk setiap anak perempuan.
TUMBUK HIDUNG SIAPA YANG MENYENTUH TEMPAT TIDAK SEPATUTNYA
Jika ada lelaki lain yang sentuh dia di tempat yang tak sepatutnya, sentuh dada atau bontot atau kemaluannya atau dimana sahaja yang buat dia rasa tidak selesa, tumbuk sahaja mukanya.
Sayangku, halakan tumbukan tu ke hidungnya. Gengam tangan serapat mungkin dan tumbuk sekuat hati. Biar bengkok, patah dan berdarah.
Jangan tumbuk mulutnya, nanti cedera tangan mulus mu jika terkena gigi dia. Jangan halakan ke mata, bila kau tumbuk sekuat hati risau pula cacat kekal penglihatan nya nanti.
Sasarkan tepat ke hidung, ok?
LAKUKANNYA UNTUK MENJAGA MARUAH BIAR PUN SALAH Sayangku, kau mungkin akan mendapat masalah di sekolah nanti. Keganasan kau memang patut diambil tindakan oleh pengetua. Mencederakan individu lain melanggar peraturan sekolah.
Tapi, ayah tak akan cakap apa yang kau buat tu salah. Salah dan melanggar peraturan tidak sama. Ia dua perkara yang berbeza.
Mencuri – salah dan melanggar peraturan. Membuli – salah dan melanggar peraturan. Tumbuk hidung lelaki hingga patah dan berdarah kerana mempertahankan maruah kau, ia mungkin melanggar peraturan. Tapi tidak salah.
BIAR IBU AYAH DIKECAM SEKALI PUN Mungkin ibu dan ayah akan dipanggil pengetua. Mungkin ibu dan ayah akan dikecam kerana mengajar kau macam ni. Mungkin kita akan disaman. Mungkin ibu bapa budak lelaki tu akan buat sidang media dan viral kan tingkah laku kau. Media sosial memang suka untuk meletakkan anak perempuan aku yang lemah ni untuk dihakimi.
Tapi ayah tak kisah pun. Tak ada masalah untuk ayah jelaskan gaya kung fu kau tu untuk mempertahankan harga diri sebagai seorang perempuan. Dan kita akan bincangkan KENAPA kau diajar macam tu.
GANGGUAN SEKSUAL PERLU DITANGANI Pengetua mungkin akan menggantung persekolahan kau – ibu dan ayah akan terima. Ibu bapa budak tu mungkin akan sensasikan kes seperti ni – ibu dan ayah tak ada masalah hadap sesiapa pun untuk pertahankan tindakan kau. Adakah keganasan seperti ini jawapan untuk setiap masalah? Tentunya tidak. Idealnya gangguan seksual perlu ditangani di setiap peringkat dengan ‘zero-policy’. Gangguan seksual adalah salah di setiap peringkat umur. Tiada kompromi dan tiada ‘grey area’. Jika semua pihak setuju dan mahu jadikan ia kenyataan, tolong beritahu kami. Tapi selagi ia belum jadi kenyataan, ayah akan ajar semua anak perempuan ayah untuk tumbuk tepat di hidung dengan niat untuk patahkan dan biar berdarah.
AJAR ANAK LELAKI SUPAYA TIDAK MENGGANGGU PEREMPUAN Jika ibu-bapa budak lelaki tidak setuju, mungkin mereka patut ajar anak mereka lebih menghormati perempuan. Ajar anak lelaki mereka sikap yang sepatutnya terhadap perempuan. Dunia makin lebih bertolak ansur terhadap gangguan seksual terhadap perempuan. Tapi, Ayah tidak terima konsep anak perempuan perlu lemah-lembut dan bersopan-santun tanpa batasan. Ajarkan anak perempuan kita untuk tumbuk tepat di hidung, sekuat hati, jika mereka disentuh di tempat yang tidak sepatutnya. Fuh! Serius betul bro. Tapi, anak kau semua lelaki kan? Dengan nada yang lebih tenang kawan aku jawab.
Rezeki anak perempuan tu milik Tuhan. Siapa kita mahu menidakkan jika nanti dikurniakan anak perempuan.
Dan aku punya ramai anak saudara perempuan. Ramai kawan-kawan yang punya anak perempuan. Semua tu akan aku bela seperti anak perempuan sendiri.
PESANAN KEPADA ANAK LELAKI
Kepada 3 anak lelaki ku, ini pesan baba.
Kalau kamu balik rumah dengan hidung patah dan berdarah ditumbuk perempuan, akibat kamu berkelakuan tidak menghormati mereka, baba dan mama akan tunjukkan lagi mana bahagian badan lain yang boleh patah dan berdarah.
Tapi kalau kamu balik rumah patah dan berdarah kerana membela kehormatan perempuan, baba dan mama akan bela kamu walaupun apa pun kos nya.
Biar hilang kawan, tak guna pun berkawan dengan mereka yang tak tahu menghormati perempuan.
HORMATI IBU Hormati mama sepenuh hati, pertahankan mama walau terpaksa menggadai nyawa. Dia dah pertaruh nyawa melahirkan dan membesarkan korang.
She is the lady in our house and the queen of our heart.
Fitrah anak-anak kecil memang suka pegang, kutip dan telan semua yang ada di sekeliling.
Hal ini buat ibu bapa keliru samada nak membenarkan atau biarkan anak kerana di luar sana, ada terlalu banyak cakap-cakap orang:
“ Jangan bagi main kucing tu. Kotor. Bulu kucing boleh buat alergik tu”
VS
“ Bagus main kucing ni tau. Terapi emosi dan sensori especially untuk anak-anak yang ada isu perkembangan”
“ Bagi anak belajar jalan kaki ayam atas pasir dan atas rumput ni bagus tau. Anak lagi natural dapat feel kaki dia, otot dan tulang dia. Dapat rangsang deria-deria dia jugak”
VS
“ Masuk cacing kang kaki anak kau jalan atas rumput gitu tak pakai kasut”
…dan lain-lain lagi.
Jadi, kotor alami ni sebenarnya bagus tau tak untuk anak?
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB KONSULTAN TANGISAN & TIDUR BAYI DBL INSTITUTE THB EDU ASSC THE WONDER WEEKS ACADEMY SLEESMART EDUCATION BIG LITTLE FEELINGS
Anak tak selera makan bukan sekadar fasa biasa. Ketahui 4 punca utama, cara mengatasinya serta tanda amaran yang memerlukan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan tumbesaran anak terjejas.