Anak kerap kencing malam? Ibu ayah jangan ambil mudah. Ia mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu. Bukan terus menghukum sebaliknya cari penyelesaian yang baik untuk anak.
Memang tak dinafikan rasa geram itu ada, tapi jika terus menghukum sampai bila perkara ini akan selesai. Dalam hal ini, kesabaran ibu ayah penting dan jangan terburu-buru ambil tindakan ikut emosi.
Berikut perkongsian Terapis Cara Kerja, Puan Siti ‘Aisyah Rozalli berkaitan isu anak kencing malam.
TOLONG JANGAN HUKUM, ROTAN ANAK YANG KENCING MALAM! JANGAN! JANGAN! JANGAN!
Saya terbaca komen ni di 1 page confession yang berkongsi tentang kisah seorang wanita yang pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh: Adult Baby Diaper Lover (ABDL).
Ex-husband dia ada minat pakai diaper sampai dah kahwin. Ini masalah mental yang perlukan rawatan dari pakar psikiatri. Ada banyak research dah mat salleh buat pasal ABDL ni. Boleh Google. Benda ni agak rare sebenarnya.
Tapi… kat ruang komen…Allahu akbar….
Puan ni komen menyalahkan ibu ayah ex-husband tu yang tak hukum anak. Sebab lelaki tersebut ada history terkencing malam semasa kecil.
Saya tak nafikan ada benda yang tak sepatutnya parents lelaki tu buat, yang sebenarnya menyumbang kepada anaknya rasa ABDL tu normal.
TAPI!!!
Perbuatan menghukum, merotan bila anak kencing malam adalah salah!
Ads
KESAN KEPADA ANAK YANG DIHUKUM & DIROTAN KERANA KENCING MALAM!
1. Hukum-hukum ini lah sebenarnya yang boleh lead anak berahsia, tertekan dan boleh menyumbang jadi ABDL!
2. Menghukum anak kencing malam dengan kekerasan, memalukan anak, boleh buat anak stress sehingga tak selesai pun masalah terkencing malamnya.
3. Menghukum anak kencing malam begitu boleh buat anak jadi penipu. Sorok masalah dari ibu bapa.
4. Anak boleh benci ibu ayah.
Lagi scary…
5. Anak boleh BENCI DIRI SENDIRI!!!
Ads
Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula.
RAWATAN BUAT ANAK YANG KENCING MALAM
Kencing malam ini perlukan rawatan. Nama saintifiknya Nocturnal Enuresis.
Involuntary urination that happens during sleeping (Luar kawalan yang berlaku ketika tidur). Involuntary = luar kawalan.
Ianya perlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Takde anak saja-saja kencing malam suka-suka dia…
BAWALAH JUMPA PAKAR JIKA ANAK MASIH KENCING MALAM…
Ads
Jumpa pakar kanak-kanak kalau anak masih kerap kencing malam selepas umur 6 tahun. Biar doktor periksa kenapa.
Ada jangkitan kat salur kencing ke. Anak jenis heavy sleeper ke. Anak ada trauma yang kita tak tahu ke.
Setiap tu, ada rawatan yang berbeza. Bukan menambah beban pada anak tu dengan hukuman dan memalukan.
Tolonglah jangan ada mentaliti macam ni. Tolong sangat-sangat. Kasihanilah anak tu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi sejak saat dilahirkan, sudah mula keluarkan bunyi iaitu menangis. Bila anak menangis salah satu indikasi bayi boleh bernafas dan paru-paru berfungsi dengan baik.
Peringkat anak membebel atau mengagah adalah antara umur 0 hingga 6 bulan.
1 bulan ada yang boleh keluar bunyi vokal 3 bulan ada yang buat bunyi vokal panjang 5 bulan ada yang mula buat bunyi bebelan seperti ba ba ba
Bunyi vokal mula menjadi lebih panjang dan seakan-akan berkomunikasi dengan kita menjelang umur 12 bulan dan ada yang sebutan amat jelas menyebut ‘mama’.
Peringkat 6 hingga 12 bulan pula bayi sudah mula mengatur kata-kata mengikut pola suku kata.
7 hingga 9 bulan bayi sudah mahu berekspolarasi dengan bunyi panjang dan suka cuba nada intonasi yg berbeza.
9 hingga 12 bulan bayi akan mula menyebut perkataan mudah seperti mama, baba, papa dan faham arahan ringkas seperti NO.
Ada yang suka meniru bunyi binatang atau sangat suka meniru cara orang dewasa buat bunyi.
Antara apa yang ibu bapa boleh lakukan di rumah untuk merangsang anak buat bunyi dan berkomunikasi dengan anak adalah:
? Berulang ulang buat bunyi mudah seperti ma ma, ba ba ? Dapatkan perhatian bayi menggunakan mainan berbunyi ? Segera respon kepada bayi bila dia buat bunyi dan cuba tiru balik ? Buat memek muka bila beri respon pada bayi
Seronok kan jika kita jadi ibu bapa yang lebih memahami perkembangan anak.
Mummy Nurul juga selalu merujuk kepada Terapis Pertuturan untuk menerangkan kepada Mummy supaya sentiasa belajar dan update. Al maklumlah anak ramai kadang-kadang lupa juga.
Nurul Sheriena Musa
Ibu yang masih berusaha membebel dengan anak yang dalam tahap ‘bossy’
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memiliki anak yang mempunyai alergi memanglah satu cabaran. Mama dan papa perlulah memahami dan mengetahui cara untuk menghadapinya.
Umumnya, alergi ditandai dengan simptom seperti cirit-cirit, bengkak pada bahagian tubuh serta muntah-muntah. Bagi mengetahui dengan tepat alergi yang dihadapi oleh si kecil ujian khas akan dilakukan. Kira-kira 15% bayi dan kanak-kanak di Malaysia mengalami alergi seawal usia dan angka ini meningkat saban tahun. Hal ini tidak boleh diambil mudah kerana ia memberikan kesan fizikal dan emosi kepada si manja.
Alahan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang luaran dan pemakanan. Mari kita kenali 5 pencetus alergi yang biasa di kalangan anak kecil.
1)Susu lembu
Susu lembu mengandungi protein yang asing buat si kecil. Sebaik-baiknya diperkenalkan selepas mencecah usia setahun. Sebarang produk yang dihasilkan menggunakan susu lembu seperti yogurt, keju, aiskrim dan dadih boleh menyebabkan si manja cirit birit dan muntah.
2)Tungau debu
Atau dust mites adalah organisma kecil yang hidup di dalam habuk dan membiak di tempat panas dan lembap seperti selimut, tilam, tuala dan kain. Ia menyebabkan si manja bersin dan selesema dan jika kronik boleh menyebabkan sakit dada, asma dan sukar bernafas.
3)Telur Telur mengandungi protein yang menyebabkan si manja menunjukkan reaksi alergi seperti kegatalan dan tumbuhnya gegata. Si kecil yang alah telur turut alah kepada daging ayam dan spesies unggas.
4)Kekacang
Ada juga si kecil yang alah terhadap kekacang . Ia akan menyebabkan kegatalan sehingga rasa tidak selesa.
5)Ikan dan makanan laut
Bagi si alergi makanan laut, simptom yang terjadi ialah seperti sesak nafas, muntah dan bengkak pada bibir. Makanan laut seperti udang, ketam dan spesies ikan tertentu perlu dielakkan baginya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Anak ni tak reti nak bertanggungjawab langsung!” Pernah tak terkeluar ayat ni bila penat urus rumah tangga, kerja dan anak-anak? Sebenarnya, sikap tanggungjawab bukan datang secara automatik. Ia perlu dibentuk dan diasuh sejak anak kecil, terutama usia sekolah rendah. Waktu ini, anak sedang belajar memahami struktur, peraturan dan peranan. Bila kita tanam benih tanggungjawab dari awal, insyaAllah anak akan membesar jadi insan yang tahu peranan dan tidak lari dari amanah.
Bermula Dengan Contoh Dari Rumah
Anak sekolah rendah sangat kuat memerhati. Kalau ibu ayah jenis yang tepati janji, urus rumah dengan teratur dan bertanggungjawab terhadap tugas masing-masing, anak akan tiru. Jangan harap anak kemas bilik kalau kita sendiri biar rumah berselerak.
Libatkan Anak Dalam Tugasan Harian
Mulakan dengan tugasan yang sesuai umur. Anak Tahun 1 boleh lipat tuala kecil, anak Tahun 3 boleh bantu kemas meja makan. Bila anak rasa mereka “diperlukan”, mereka lebih rasa bertanggungjawab. Tapi jangan lupa puji usaha mereka, bukan hasil semata-mata.
Beri Pilihan, Bukan Arahan Semata
“Nak siapkan kerja sekolah dulu atau tolong mama lipat baju?” Dengan beri pilihan, anak rasa lebih dihormati dan lebih rela buat tanggungjawab mereka. Ia juga latih mereka buat keputusan sendiri dan hadapi akibat.
Bercakap Tentang Perasaan Dan Akibat
Kalau anak tak buat tugasan atau lupa tanggungjawab sekolah, tanya dan bincang: “Mama sedih sebab adik lupa kemas beg, buku hilang pula.” Anak belajar bahawa tindakan mereka ada kesan pada orang lain. Ini akan pupuk empati dan rasa tanggungjawab yang lebih mendalam.
Konsisten Dan Sabar
Anak sekolah rendah sedang belajar bina rutin. Tapi bila ibu ayah konsisten, lama-lama ia jadi kebiasaan. Elak tukar-tukar aturan, dan jangan cepat marah. Proses ni perlukan kesabaran, tapi hasilnya sangat berbaloi.
Membentuk anak sekolah rendah yang bertanggungjawab bukan sekadar beri tugasan, tapi membina jiwa yang prihatin dan berprinsip. Bila anak faham kenapa sesuatu itu perlu dibuat, mereka akan lakukan dengan rela hati. Jadi, ibu ayah… teruskan usaha. Setiap langkah kecil hari ini adalah pelaburan besar untuk masa depan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam hidup berkeluarga, tak semua perjalanan mudah. Namun bila kasih dan tanggungjawab jadi keutamaan, keindahan tetap menyinar.Begitulah yang boleh kita pelajari daripada pelakon jelita,...