Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan langkah tegas dengan menyenaraikan 12 kategori makanan dan minuman yang tidak lagi dibenarkan dijual di sekolah. Langkah ini berkuat kuasa mulai 23 September, hasil kerjasama bersama Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan.

Tujuan utama? Tidak lain tidak bukan untuk memastikan anak-anak kita, terutamanya murid sekolah rendah, dibiasakan dengan tabiat pemakanan yang lebih sihat seawal usia.

12 Jenis Makanan & Minuman Kini Dilarang di Sekolah, Demi Anak Kita Hidup Lebih Sihat
Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Apa yang Diharamkan?

Antara makanan dan minuman yang kini berada dalam senarai hitam ialah:

  • Makanan terproses seperti kentang goreng, burger, sosej, nugget, bebola ikan dan daging.

12 Jenis Makanan & Minuman Kini Dilarang di Sekolah, Demi Anak Kita Hidup Lebih Sihat

Ads
  • Makanan ringan seperti kerepek, keropok udang, dan pelbagai jenis snek bergoreng.

  • Gula-gula & coklat yang tinggi kandungan gula.

  • Makanan berkrim atau bergula, termasuk aiskrim dan produk manisan.

  • Mi segera serta produk seumpamanya.

  • Minuman berperisa seperti sirap, minuman tenaga, isotonic, minuman berkarbonat dan minuman berherba.

  • Produk tamat tempoh atau menyerupai mainan juga dilarang sama sekali.

  • Teh & kopi hanya boleh dijual untuk guru, bukan murid.

12 Jenis Makanan & Minuman Kini Dilarang di Sekolah, Demi Anak Kita Hidup Lebih Sihat

Kenapa Penting Untuk Anak Kita?

Ibu bapa sering risau bila melihat anak pulang dari sekolah dengan makanan ringan di tangan, atau mengadu sakit perut kerana terlalu banyak makan makanan berminyak. Malah, ada juga murid yang sukar fokus belajar kerana terlalu banyak mengambil gula yang memberi tenaga segera tetapi cepat hilang.

Kajian menunjukkan pemakanan yang tidak seimbang boleh menjejaskan tumbesaran, perkembangan otak, dan tahap tumpuan pelajar. Bagi anak-anak sekolah rendah yang sedang membesar, badan mereka perlukan nutrisi yang betul untuk kekal cergas, aktif, dan pintar di dalam kelas.

Ads

Peranan Ibu Bapa & Guru

Langkah KPM ini bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata, tetapi juga perlukan sokongan daripada ibu bapa di rumah.

Ads
  • Sediakan bekal sihat seperti nasi dengan lauk ringkas, buah potong, atau roti gandum.

  • Kurangkan pemberian jajan di rumah agar anak-anak tidak terbiasa dengan makanan tinggi garam, gula, dan lemak.

  • Galakkan air kosong sebagai pilihan utama berbanding minuman manis.

Guru pula boleh membantu dengan mendidik murid tentang pilihan makanan yang baik, sambil memberi contoh melalui kantin sekolah yang menyediakan menu lebih seimbang.

12 Jenis Makanan & Minuman Kini Dilarang di Sekolah, Demi Anak Kita Hidup Lebih Sihat

Demi Masa Depan Anak-Anak Kita

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahu melihat anak-anak membesar dengan sihat, cerdas dan ceria. Apa yang mereka makan hari ini akan membentuk kesihatan mereka pada masa depan.

Langkah ini mungkin dirasakan ketat oleh sesetengah pihak, namun hakikatnya ia adalah pelaburan besar untuk memastikan anak-anak kita dijauhkan daripada risiko obesiti, kencing manis, atau masalah kesihatan sejak kecil.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads