Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.
Mohd. Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa lalu.
Dia yang kini berusia 44 tahun meluahkan rasa syukur dan terharunya atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga itu buat dirinya dan isteri.
“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang dan kakak.
Ads
“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun,” kongsinya.
Ads
Poyeng juga turut memohon doa dari semua agar cahaya mata yang ditunggu-tunggu itu sentiasa dilindungi malah dipermudahkan jalan hidupnya untuk membesarkan buah hati tersayangnya itu.
“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin,” kongsinya.
Meninjau diruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan-rakan turut mengucapkan tahniah malah mendoakan agar bayi kesayangan itu sentiasa dilindungi malah membesar dengan sihat.
Luka czer atau caesarean ialah amat menggerunkan, apatah lagi ia boleh terbuka semula! Mama bersalin secara caesarean perlu ambil perhatian & amalkan 11 tip supaya luka sembuh dengan mudah.
Ngerinya mendengar kisah ibu-ibu yang mengalami luka bersalin pembedahan terbuka semula. Menurut Dr Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor, kes luka pembedahan caesarean terbuka semula terjadi kepada kira-kira 1% ibu yang bersalin secara pembedahan.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan oleh ibu sekiranya dia tiba-tiba mendapati luka pembedahan terbuka semula? Apa yang sepatutnya dilakukan segera pergi ke hospital (sebaiknya hospital yang melakukan pembedahan tersebut) atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Pada kebiasaannya, luka pembedahan caesarean sembuh apabila selepas 1 minggu kulit luar akan bercantum.
Dr Mastura juga berkongsi punca-punca yang boleh menyebabkan jahitan pada luka pembedahan terbuka semula. Mungkin ramai yang berpandangan bahawa ib yang terlalu banyak bergerak bangun, duduk, dan menunduk akan berisiko tinggi untuk terbuka lukanya.
Dr Mastura mendedahkan 10 punca ini boleh meningkatkan risiko luka terbuka iaitu;
Mama juga perlu sentiasa peka dengan keadaan luka pembedahan. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan ialah seperti berikut;
Dr Mastura menekankan agar ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tidak lupa mengamalkan pemakanan seimbang & tidak takut untuk bergerak. Jika merasa sesuatu tidak kena dengan luka pembedahan segera mendapatkan rawatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Proses kehamilan sehinggalah proses kelahiran memerlukan pengorbanan yang besar dari si ibu. Bukan mudah untuk mengharungi tempoh 9 bulan 10 hari tersebut. Pelbagai dugaan yang harus dilalui untuk memastikan si kecil ini selamat dilahirkan.
Sama seperti Puan Nur Najwa Najdi yang diuji dengan beberapa masalah kesihatan ketika kehamilanya yang ketujuh. Namun berkat doa dan surah yang diamalkan sepanjang tempoh kehamilanya, urusan melahirkan puteri tercinta dipermudahkan. Menurutnya, dia perlu melalui proses induce kerana masalah kesihatan namun takdir Allah, dia dapat melahirkan bayinya secara semulajadi tanpa induce.
Puan Najwa turut berkongsi surah yang sentiasa diamalkannya sepanjang tempoh kehamilan dan mendoakan agar urusan ibu-ibu yang bakal bersalin dipermudakan. Ikuti perkongsian ibu ini.
Alhamdulillah.. syukur dipanjatkan pada yang ESA.. kandungan ke 7.. banyak sungguh dugaan mama.. ulang alik hospital tiap 2minggu.. macam-macam masalah kesihatan mama .. tapi mama syukur sebab baby dalam kandungan sihat.. aktif cergas..
Mama ada masalah jantung hypo thyroid beta telesemia tred animea in pregnancy.. HB mama cuma 7-8 sahaja.. mama hadapi masalah sukar bernafas.. tidur mesti bantal yang tinggi kalau tidak mama akan lemas..
Selama 9bulan mama kandungkan mama harungi dengan penuh kesabaran.. Seawal 32w mama dah alami contraction.. doktor pantau mama sebab mama ada history besalin 35w.. Alhamdulillah baby kuat dan bertahan.. masa kandungan masuk 36w mama dah sakit contraction secara konsisten setiap 30minit.. baba terus bawa mama ke hospital.. rupanya contraction tu disebabkan jangkitan kuman..
18/4/2021 usia kandungan 37w.
Memang mama ada appoitment dengan pakar.. memang pakar suggest nak induce.. memandangkan keadaan mama yang kurang stabil.. Allah Maha Berkuasa.. Tak sempat induce dah ada bukaan 5cm.. terus masuk LR..
Tepat jam 1:46ptg seorang khalifah Allah mujahidah solehah selamat dilahirkan..
Allah mudahkan sungguh proses kelahiran.. mugkin Allah nak gantikan dengan kesusahan yang mama tanggung sepanjang kandungan ..
Apa yang mama nak kongsikan di sini.. sepanjang mengandung antara ayat yang tak pernah mama tinggal dan selalu mama baca dibibir mama ialah Surah abasa ayat 20.
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ Terjemahan: Summas sabeela yassaraah(yassaraahu).
Then He has made the way easy for him.
Ibu-ibu diluar sana boleh cuba ayat ini sejak diawal kandungn lagi.. yakin.. insyaAllah Allah akan mudahkan..
Lahirlah puteri kedua penyeri keluarga.. pelengkap hidup kami.. zuriat ke 7.. moga menjadi anak yang solehah.. penyejuk hati mama baba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman bersalin setiap ibu adalah berbeza. Begitu juga dengan pengalaman bersalinkan setiap anak, tentu juga berbeza. Ada yang mengalami sakit bersalin dan ada juga yang bernasib baik melahirkan anak tanpa masalah.
Salah satu sebab ibu tidak mengalami kesukaran semasa bersalin adalah kerana terdapat teknik yang boleh diamalkan untuk mengurangkan rasa sakit semasa bersalin. Persediaan awal adalah penting bagi membantu ibu mengatasi rasa sakit hendak bersalin.
Sakit bersalin adalah normal untuk setiap ibu hamil. Ini kerana otot badan ketika proses kelahiran, akan bekerja keras untuk mengeluarkan bayi di dalam rahim. Kontraksi pada otot rahim dan tekanan pada serviks semasa tempoh bersalin akan membuatkan anda mengalami ketegangan pada bahagian abdomen, pangkal paha dan belakang badan.
Selain itu, bakal ibu juga akan rasa sakit hendak bersalin kerana berlakunya tekanan pada kantung dan usus yang menyebabkan kepala bayi semakin meregang ke arah tempat kelahiran.
1. Suntik persekitaran kelahiran yang menenangkan. Semasa hampir tempoh kelahiran, pasangkan alunan zikir dan lagu yang menenangkan anda. Selain itu, peralatan untuk bersalin juga mestilah yang dapat membantu anda memudahkan kelahiran seperti tilam yang lembut. Jika anda bercadang untuk bersalin dengan posisi yang berbeza, sediakan peralatan yang perlu seperti bola kelahiran atau bangku kecil. Walau bagaimanapun, pastikan polisi hospital bersalin anda membenarkan anda untuk mencuba posisi berbeza.
2. Lengkapkan diri dengan ilmu bersalin sebelum tempoh kelahiran anda. Anda boleh dapatkannya melalui buku, majalah, laman sesawang, video, kelas pranatal atau bertanya kepada doktor. Pelbagai informasi dapat membantu anda menghadapi keadaan semasa bersalin.
3. Atasi ketakutan anda dengan cara meluahkannya kepada orang terdekat anda seperti suami ataupun ibu anda. Doktor juga adalah orang yang terbaik untuk menasihati anda tentang cara-cara mengatasi rasa takut semasa bersalin.
4. Latihan teknik pernafasan adalah kunci paling penting untuk membantu memudahkan proses bersalin anda. Bagi mempelajarinya, hadirilah kelas pranatal yang akan membantu anda mempelajari teknik pernafasan yang betul untuk menghadapi kontraksi sebelum bersalin. Caranya adalah dengan melepaskan tekanan pada setiap hembusan dan cuba juga menarik nafas laju pada setiap 2 atau 3 saat iaitu 20 hingga 30 kali seminit. Jika anda kehilangan tempo, minta pertolongan pasangan anda untuk membantu anda mendapatkan semula rentak melalui pergerakan mata, tangan atau kepala.
5. Tumpukan perhatian anda pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan anda gembira (seperti wajah pasangan anda, gambar yang dapat memberi inspirasi atau benda kegemaran anda). Keadaan ini dapat merangsang deria anda dan mengurangkan kesakitan. Selain itu, dengan mendengar muzik, suara yang menenangkan atau rakaman alunan ombak dan membayangkan anda berada pada persekitaran yang menenangkan juga dapat membantu mengurangkan kesakitan.
6. Hangatkan tubuh dengan mandi air panas. Ini bagi melegakan kesakitan kontraksi, merehatkan minda anda malah ada kalanya ia juga membantu anda untuk mempercepatkan proses kelahiran. Cara terbaik adalah dengan keadaan anda duduk di atas bangku dan halakan pancuran air panas terus ke abdomen anda atau bahagian belakang tubuh anda.
7. Bagi mempermudahkan proses kelahiran, banyakkan pergerakan terutama semasa menghampiri proses bersalin. Kontraksi akan lebih menyakitkan jika anda hanya berbaring di atas katil tanpa melakukan sebarang pergerakan. Anda boleh berjalan, bersandar, bergoyang atau mencangkung mengikut posisi yang anda selesa. Bagaimanapun, sentiasa berhati-hati pada setiap pergerakan anda!
8. Sentuhan atau urutan daripada suami juga dapat membantu melegakan sakit bersalin anda. Anda boleh minta suami menggenggam tangan anda, membelai pipi atau rambut anda, atau mungkin juga menepuk-nepuk tangan atau bahu anda semasa proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!