Luka czer atau caesarean ialah amat menggerunkan, apatah lagi ia boleh terbuka semula! Mama bersalin secara caesarean perlu ambil perhatian & amalkan 11 tip supaya luka sembuh dengan mudah.

Ngerinya mendengar kisah ibu-ibu yang mengalami luka bersalin pembedahan terbuka semula. Menurut Dr Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor, kes luka pembedahan caesarean terbuka semula terjadi kepada kira-kira 1% ibu yang bersalin secara pembedahan. Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Terbuka Ini! Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan oleh ibu sekiranya dia tiba-tiba mendapati luka pembedahan terbuka semula? Apa yang sepatutnya dilakukan segera pergi ke hospital (sebaiknya hospital yang melakukan pembedahan tersebut) atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Pada kebiasaannya, luka pembedahan caesarean sembuh apabila selepas 1 minggu kulit luar akan bercantum.

10 PUNCA LUKA BEDAH BOLEH TERBUKA SEMULA

Dr Mastura juga berkongsi punca-punca yang boleh menyebabkan jahitan pada luka pembedahan terbuka semula. Mungkin ramai yang berpandangan bahawa ib yang terlalu banyak bergerak bangun, duduk, dan menunduk akan berisiko tinggi untuk terbuka lukanya.

Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Terbuka Ini! Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

Dr Mastura mendedahkan 10 punca  ini boleh meningkatkan risiko luka terbuka iaitu;

IKLAN
  1. Jangkitan kuman ke dalam luka, selalunya kuman yang berasal dari kulit kita sendiri atau komensal. Risiko infeksi luka pembedahan adalah 1%.
  2. Pembedahan yang dilakukan secara emergency.
  3. Ibu yang mengalami obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan.
  4. Lipatan kulit yang terjadi menyebabkan kawasan luka sentiasa lembab atau berpeluh menyediakan media yang sesuai untuk pembiakan kuman.
  5. Anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan oxygen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan
  6. Kebersihan diri yang kurang, seperti tidak mandi selepas pembedahan dan tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki.
  7. Terlalu berpantang selepas pembedahan seperti hanya makan nasi dan ikan sahaja tanpa sayur dan buah-buahan. Atau tidak mengambil makanan seimbang.
  8. Kurang minum air selepas bersalin kerana berpantang. Menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.
  9. Pergerakan melibatkan regangan seperti menjemur baju atau pergerakan yang meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.
  10. Menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.

Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Terbuka Ini! Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

IKLAN

6 SIMPTOM LUKA PEMBEDAHAN BERMASALAH

Mama juga perlu sentiasa peka dengan keadaan luka pembedahan. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan ialah seperti berikut;

  1. Demam berterusan
  2. Sakit pada tempat luka
  3. Keluar cecair, darah atau nanah dari tempat luka
  4. Tanda kemerahan dan bengkak sekeliling tempat luka
  5. Tempat luka nampak berlubang atau terbuka.

Tolong Elak 10 Punca Luka Czer Terbuka Ini! Doktor Kongsi 6 Tanda Luka Czer Bermasalah

Dr Mastura menekankan agar ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tidak lupa mengamalkan pemakanan seimbang & tidak takut untuk bergerak. Jika merasa sesuatu tidak kena dengan luka pembedahan segera mendapatkan rawatan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI