Kecekalan dan ketabahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dalam usaha baginda mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.
Bukan sekali, sebaliknya enam kali baginda menghadapi keguguran sepanjang 16 kali melalui proses rawatan kesuburan, termasuk persenyawaan tabung uji (IVF) serta Intra-cytoplasmic sperm injection (ICSI), dan terpaksa menanti kira-kira 10 tahun untuk kelahiran cahaya mata.
Saerah Ali, 85, yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan baginda tidak boleh banyak bergerak, baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya.
Ads
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu baginda’.
Ads
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Ads
Hamimah berkongsi cerita bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Hamimah berkata Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan baginda kepada rakyat.
Tunku Azizah yang dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang Selasa lalu, mendirikan rumah tangga dengan Sultan Pahang keenam, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 6 Mac 1986 dan mempunyai sembilan cahaya mata.
Hari ini, rakyat Malaysia menyaksikan pengisytiharan Ketua Negara baharu apabila Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam satu istiadat di Istana Negara. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keadaan banjir di Pantai Timur terutama negeri Kelantan dan Terengganu ibarat banjir yang tak dijangka kerana berlaku pada penghujung Februari dan terburuk di beberapa daerah kedua-dua negeri tersebut.
Perkongsian mangsa banjir di media sosial dengan memberi gambaran di tempat kejadian dengan pelbagai situasi cemas membuatkan semua pihak berasa bimbang.
Situasi cemas itu turut dikongsikan oleh seorang ibu yang sedang dalam pantang dan pernah viral sebelum ini kerana mempunyai saiz seperti kanak-kanak sekolah rendah iaitu Syakila Norazma Amira. Ini kerana dia hampir lemas bersama bayinya selepas bot dinaiki terbalik ketika ke pusat pemindahan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram atas akaun @buyaaaa, dia yang sedang berpantang selepas melahirkan anak sulungnya antara salah seorang mangsa banjir yang dipindahkan berikutan rumah, kenderaan, barangan peribadi habis tenggelam kerana air naik dengan begitu cepat.
Lebih mendebarkan, ketika proses pemindahan, bot yang dinaiki hampir terbalik dan pada masa itu bayi berusia 36 hari turut berada bersama.
Disebabkan kejadian tersebut, wanita kerdil ini sangat trauma kerana bot yang dinaikinya tersandar di pokok dan nyaris terlingkup. Nasib baik ibunya sempat berpaut dan masing-masing menangis kerana panik.
Disebabkan itu, suaminya segera memindahkan bayi mereka ke bot lain dan terus menuju ke pusat pemindahan.
Tambah wanita itu lagi, segala dokumen peribadi tidak dapat diselamatkan kerana air sudah memenuhi rumah. Ketika ini mereka hanya sehelai sepinggang dan bersyukur kerana masih ada yang sudi memberikan peralatan bayi seperti lampin dan susu buat anak.
Syakila Norazma Amira juga menjelaskan buat masa sekarang bekalan air, elektrik dan line telefon sangat terhad dan ada diantaranya sudah terputus.
Dia sempat memohon orang ramai mendoakan keselamatan ahli keluarganya kerana mereka meminta Syakila keluar dulu dari kampung bagi menyelamatkan bayi.
Masih trauma
Dalam pada itu, wanita kerdil tersebut juga sempat memohon maaf kepada mereka yang meminta untuknya membuat review produk kerana semua barang yang dikirim telah tenggelam kerana banjir.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memahami situasi dihadapi dirinya dan keluarga ketika ini.
Untuk makluman, Syakila atau Yaya menjadi perhatian netizen apabila kisah percintaannya dengan suami yang berusia 20 tahun yang sangat istimewa. Ramai yang memuji suami kepada wanita tersebut kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal Yaya.
Pada 25 Januari 2022, wanita tersebut selamat melahirkan anak pertama mereka di salah sebuah hospital di Terengganu.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas seorang kanak-kanak yang lemas ketika menangkap ikan, terbaru seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan lemas selepas dipercayai tersepit di celah batu ketika mandi sungai di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang.
Terdahulu, mangsa yang sudah tidak sedarkan diri dengan tangan dan mukanya kebiruan di bawa ke Klinik Kesihatan Kalumpang.
Difahamkan kanak-kanak itu pada mulanya tersepit di celah batu ketika mandi di sungai dengan kedalaman kira-kira 0.6 meter.
Kanak-kanak malang itu kemudiannya diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh orang ramai namun gagal diselamatkan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.40 petang daripada pegawai perubatan berusia 34 tahun.
“Pada 4.55 petang, wanita itu memaklumkan menerima pesakit kanak-kanak perempuan yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang.
“Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak mereka tersepit di celah batu ketika mandi di sungai. Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun gagal,” katanya.
Suffian berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak perempuan itu lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.
“Bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) mendapati punca kematian mangsa adalah lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Apa dosa anak syurga ini? Perginya dalam keadaan menyayat hati hingga meninggalkan kesan trauma buat ibu yang melahirkannya. Jika difikirkan langsung tak masuk akal tapi itulah pengakhiran buat bayi lelaki berusia lapan bulan.
Maut di tangan bapa
Menurut laporan Sinar Harian, penemuan mayat bayi lelaki dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah guni dengan seluruh tubuh dilumur garam kasar dipercayai angkara bapa kandungnya sendiri dalam di Kampung Sungai Dua, Bachok, Kelantan.
Mayat bayi berkenaan, Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan yang berusia lapan bulan turut mengalami kesan menggelupas pada kulit leher kiri dan kanan serta lebam pada badan.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 50 tahun (pengadu) yang datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada jam 10.45 pagi 13 Oktober.
Kurung isteri dalam bilik
Menurutnya, dalam kejadian itu, suspek yang berusia 40 tahun dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengurung isterinya, Nor Hanifah Mohamad, 32, dalam sebuah bilik.
“Suspek kemudian menghubungi pengadu meminta datang ke rumah untuk melihat keadaan anaknya.
“Pengadu bagaimanapun bertindak ke balai polis dan memaklumkan perkara itu sebelum sepasukan anggota polis terus ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Sorok bayi dalam guni, diletakkan di rak dapur
Samsulmuddin berkata, sebaik tiba polis mendapati pintu rumah berkunci dari dalam dan terpaksa memecahkannya.
“Siasatan di dalam rumah menemui pasangan suami isteri dalam sebuah bilik.
“Wanita yang juga ibu bayi berkenaan mengalami lebam pada kedua-dua tangan dibawa ke Klinik Kesihatan Bachok untuk mendapatkan rawatan.
“Pemeriksaan lanjut di ruang dapur menemui bayi berkenaan dalam guni yang disembunyikan di sebuah rak dan pemeriksaan mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal bayi tersebut dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 12 jam sebelum ditemui.
“Susulan itu, polis menahan bapa mangsa dan akan mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Bachok bagi tujuan siasatan lanjut manakala mayat bayi dihantar ke Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.