“Saya dah serik.” Itu ungkapan awal yang keluar dari mulut ibu kanak-kanak berusia 1 tahun 8 bulan, Nur Atiqah Ibarahim, 27, setelah anaknya disyaki di dera oleh pengasuh yang baru dikenali dalam tempoh dua minggu.

Kejadian yang berlaku sekitar April lalu tak akan dilupakan sampai bila-bila. Difahamkan hingga kini anaknya, Dian Durani Hashirad Mukshid masih lagi trauma dengan kejadian tersebut dan sehingga sekarang pengasuh itu masih menghilangkan diri.

2 Minggu Hantar Pengasuh, Anak Di Syaki Di Dera. Jadi Takut Dan Kerap Menangis Masa Tidur

Melalui temu bual dengan Puan Nur Atiqah, sebelum kejadian ini berlaku, dia baru menghantar Dian sekitar dua minggu kepada pengasuh selepas mendapat kerja baru.

“Sebelum ini saya menjaga Dian sendiri selepas berhenti kerja kerana alahan sewaktu mengandung. Namun selepas setahun lebih menjaga Dian, dapat tawaran kerja semula saya fikir ini rezeki anak.

“Disebabkan tak tahu siapa yang boleh menjaga Dian sewaktu saya bekerja nanti, saya cuba masuk Facebook group pengasuh untuk mendapatkan maklumat pengasuh yang boleh menjaga anak. Masa mencari nombor telefon yang boleh dihubungi, saya dapat salah satu nombor pengasuh ni.

2 Minggu Hantar Pengasuh, Anak Di Syaki Di Dera. Jadi Takut Dan Kerap Menangis Masa Tidur

“Waktu itu terus saya hubunginya untuk mendapat maklumat lanjut dan kebetulan pula rumah kami berdekatan. Jadi saya kira bertuah sangat.

“Masa sesi berkenalan tu, pengasuh tersebut menyatakan dia memang ada pengalaman menjaga anak orang. Cuma anak-anak asuhannya sebelum ini dah berpindah dan kini tak jaga lagi budak lain.

IKLAN

“Saya percaya sepenuhnya dan rasa lega sebab dia boleh memberi fokus pada anak saya nanti kerana dia jaga tak ramai budak,” katanya.

2 Minggu Hantar Pengasuh, Anak Di Syaki Di Dera. Jadi Takut Dan Kerap Menangis Masa Tidur

Menurut Atiqah, beberapa hari selepas menghantar anak, dah mula rasa curiga pada pengasuh Cuma masih lagi fikir yang baik-baik.

“Ini kerana setiap kali sampai di depan pagar rumah pengasuh, Dian dah mula menangis dan apabila saya menghulurkan Dian pada pengasuh, dia lagi kuat menangis dan seolah-olah mahu ikut sekali. Waktu itu saya fikir mungkin anak mahu sesuaikan dirinya.

“Cuma ada suatu hari tu saya nampak ada kesan lebam di bahagian belakang Dian. Tapi saya fikir mungkin dia terjatuh masa bermain dengan anak pengasuh. Kali kedua ada benjol pula di bahagian dahinya.

IKLAN

“Suami yang perasan dan bila saya bertanya pengasuh cakap anak jatuh buai semasa nak ambil teddy bear. Ok saya boleh terima jawapannya itu,” ujarnya

2 Minggu Hantar Pengasuh, Anak Di Syaki Di Dera. Jadi Takut Dan Kerap Menangis Masa Tidur

Anak Jadi Fobia, Kerap Menangis

Hari kejadian, semasa suami pergi mengambil anak, dah nampak anak macam tak ceria dan banyak berdiam diri. Sampai di rumah anak tak seperti biasa dan bila ajak bermain dia tak mahu dan hanya mahu baring di bilik.

“Masa tu dah rasa tak sedap hati. Bila periksa badan anak nampak ada benjol besar di belakang kepala dan terus bawa ke hospital. Semasa doktor periksa ada kesan lebam di beberapa bahagian badan seperti di pipi, telinga, leher dan kaki.

IKLAN

“Dian terpaksa di tahan di wad dan saya telah membuat laporan polis. Malam kejadian itu juga, pengasuh telefon dan beritahu sebenarnya Dian jatuh dalam bilik sekitar jam 2 petang. Bukan tak nak percaya tapi persoalannya kenapa tak telefon saya dan suami untuk beritahu hal ini dari awal.

2 Minggu Hantar Pengasuh, Anak Di Syaki Di Dera. Jadi Takut Dan Kerap Menangis Masa Tidur

“Sehingga hari ini kami masih belum dapat kesan pengasuh ini kerana selepas kejadian itu pengasuh  dah meninggalkan kediamannya. Kali terakhir kami berjumpa dengannya semasa di balai polis untuk buat laporan dan sekarang untuk siasatan seterusnya masih belum selesai,” jelasnya.

Atiqah juga menyatakan selepas dua bulan kejadian ini berlaku, Dian masih lagi trauma. Kalau dia tidur pun boleh menjerit, menangis secara tiba-tiba seolah-olah dalam ketakutan. Apabila saya kejutkan dan peluk baru dia diam dan boleh tidur semula.

Bila bertemu dengan orang, dia juga takut dan selalu tenung wajah orang walaupun dengan individu yang biasa dia lihat.

2 Minggu Hantar Pengasuh, Anak Di Syaki Di Dera. Jadi Takut Dan Kerap Menangis Masa TidurSekarang saya dah berhenti kerja dan rasa tak sanggup nak beri orang lain jaga anak. Apa yang saya harapkan kejadian ini boleh jadi pengajaran pada semua ibu bapa lain. Saya bukanlah nak dapat simpati cuma mahu semua berhati-hati bila nampak anak kita bersikap lain dari kebiasaannya.

Saya juga harapkan kes ini dapat diselesaikan segera dan bekas pengasuh ini dapat dikesan untuk pengadilan buat Dian Durani.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI