5 perkara ini boleh mengelakkan musibah yang menyebabkan bayi anda menghadapi bahaya ketika menyusu. Hanya 5 langkah mudah tapi tidak semua orang melakukannya kepada bayi.

Dr Farhanah, Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic, Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beberapa info mengenai perihal tersedak susu.

Hari ini saya cuma nak share. Setiap kali saya dapat anak, one of my biggest fears is tersedak susu. Biasa berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah, sebab baby ni salur pernafasan dan salur makanan yang terletak bersebelahan masih pendek, bayi pulak kerap jeluak/muak, tinggi risiko susu masuk ke salur pernafasan dan peparu.

Jom kita tengok 5 langkah keselamatan untuk kurangkan risiko tersedak susu:

  1. JANGAN SILAP PILIH PUTING SUSU

Bila menyusukan bayi terutama menggunakan botol, jangan pilih lubang puting yang besar. Terlangkupkan botol berisi susu, kalau susu menitik tanpa ada hisapan, maksudnya puting ni tak sesuai terutama untuk bayi 6 bulan ke bawah.

Bila flow susu terlalu laju, baby boleh terkejut. Bila baby terkejut, salur pernafasan dia akan terbukak sikit. Baby boleh hilang kawalan antara proses bernafas dan menelan. So susu yang laju tadi boleh mengalir masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan tersedak susu.

5 Perkara Ini Mesti Buat Untuk Elak Bahaya Kepada Bayi. Langkahnya Amat Mudah & Penting Ye!

2. JANGAN TINGGALKAN BAYI SENDIRIAN BILA MENYUSU

Kadang-kadang sesetengah parents/pengasuh tinggalkan botol susu dalam mulut baby. Bagi baby 3 bulan ke bawah, disendal dengan kain supaya botol tak jatuh.
Bagi baby 4 bulan pulak kadang dibiar pegang sendiri botol susu dalam mulut sampai baby tertidur.

IKLAN

INI SANGAT BAHAYA!

Bila flow susu ni berterusan, kadang susu terkumpul dalam mulut baby. Dan bila baby nak bernafas, susu tadi boleh termasuk ke dalam peparu dan menyebabkan  ️tersedak susu.

Bagi yang menyusukan dengan botol, cara betul adalah pegang/dakap baby dengan meninggikan sikit kepala baby 45 darjah.
Botol susu pun perlu condong sikit untuk make sure bahagian depan botol dipenuhi susu. Kalau botol mendatar, bahagian depan ada angin, so baby akan hisap susu + angin. Hisap banyak angin,️ baby lebih senang muntah dans seterusnya tersedak susu (lebih-lebih lagi bila muntah dalam tidur).

5 Perkara Ini Mesti Buat Untuk Elak Bahaya Kepada Bayi. Langkahnya Amat Mudah & Penting Ye! 3. JANGAN OVERFEEDING

Untuk bayi yang menyusu badan, boleh bagi breastfeeding on demand. Risiko tersedak susu lebih rendah untuk bayi yang menyusu badan, tapi masih ada.

IKLAN

Untuk bayi yang diberikan susu formula terutamanya, elakkan overfeeding.
Sesetengah ibu/pengasuh bagi susu setiap kali bayi menangis, walaupun belum sampai sejam baby baru menyusu.

Ada ibu yang bagi sampai 4-5oz susu formula untuk bayi baru lahir!
Secara amnya boleh rujuk jadual di bawah untuk keperluan susu bayi.

5 Perkara Ini Mesti Buat Untuk Elak Bahaya Kepada Bayi. Langkahnya Amat Mudah & Penting Ye!

Ada juga ibu yang terpaksa akur bila orang tua-tua cakap anak “tak puas susu” sebab “tercari-cari”, padahal anak baru saja lepas diberi susu.
Rujuk post tentang reflex menghisap di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564064223693027&id=562320710534045

IKLAN

Overfeeding boleh sebabkan perut baby terlalu penuh dan meninggikan risiko muntah sampai tersedak susu.

4. JANGAN LUPA SENDAWAKAN BABY

Lepas menyusu, sendawakan baby untuk keluarkan angin.
Boleh buat posisi duduk atau dukung atas bahu.

5 Perkara Ini Mesti Buat Untuk Elak Bahaya Kepada Bayi. Langkahnya Amat Mudah & Penting Ye!5. JANGAN BAGI BAYI TIDUR TERLENTANG TANPA PENGAWASAN

Lepas baby dah tidur, kalau boleh kasi dia mengiring sikit. Supaya kalau muntah, boleh terus mengalir keluar mulut.

Parents/pengasuh, boleh rajin-rajin jenguk baby yang tengah tidur, just to check if they’re OK.

5 Perkara Ini Mesti Buat Untuk Elak Bahaya Kepada Bayi. Langkahnya Amat Mudah & Penting Ye!

Sumber: Dr Hana

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI