Pengumuman kehamilan selebriti sering buat peminat teruja danmenerima reaksi positif. Masing-masing teruja dengan berita kehamilan selebriti atau artis yang diminati. Bulan Februari 2018 menyaksikan dua berita kehamilan daripada selebriti tanah air.
SARIYANTI & JEP SEPAHTU
Sariyanti dan Jep Sepahtu mengumumkan berita kehamilan dengan memuat naik gambar mereka menghadiri temujanji pemeriksaan di hospital. Johan dan Ozlyn juga turut ada dalam gambar yang sama.
Alhamdulillah semua baik baik je , tima kasih doakan kami ?– Kakak awak checkup hari ni ? – terjumpa @jozlynnhanania #ameenuntukdoayangbaikbaik
Pasangan kesayangan ramai ini menerima reaksi dan keterujaan para peminat. Sariyanti dan Jep bernikah pada 25 Februari 2017. Antara reaksi para peminat;
Ads
NOOR NABILA & SHARNAAZ AHMAD
Ads
Aktor Sharnaaz Ahmad dan isteri, Noornabilla juga turut berkongsi berita gembira di Instagram. Nabila memuat naik imej imbasan kandungannya diikuti kapsyen seperti berikut;
Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin ❤️??? #somethingsweetisbaking
Sharnaaz juga beberapa hari sebelum itu telah memuat naik quotes mengenai pengorbanan seorang ayah. Ia seolah-olah sebagai klu kepada kehamilan Nabila.
Masalah ketidaksuburan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Ada yang menunggu bertahun-tahun lamanya, namun belum dikurniakan cahaya mata. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan jika anda dan suami sedang merancang untuk hamil.
Anda mungkin tidak merokok tetapi berkemungkinan besar, perokok sekunder apabila sering terdedah kepada asap rokok yang dihisap oleh orang lain. Menurut kajian, kekerapan pendedahan diri kepada asap rokok mampu menjejaskan kesihatan dan kesuburan wanita.
Menurut penelitian pakar, suami yang merokok didapati memiliki bilangan sperma yang kurang, kelajuannya yang rendah dan lebih cenderung untuk mengalami masalah abnormaliti.
Masalah obesiti boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan. Hal ini kerana ia mungkin boleh menjadi punca kepada kitaran haid yang tidak teratur. Malah, jika anda berjaya hamil, ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan seperti diabetes dan praeklampsia.
Untuk mengatasi masalah ini, anda digalakkan untuk melakukan senaman secara konsisten dan pada masa yang sama dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada mengamalkan diet yang ekstrem.
Aktiviti harian yang aktif dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk lebih sihat dan sekaligus mempercepatkan kehamilan.
Selain tubuh yang obes, tubuh yang terlalu kurus pun boleh memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan wanita. Oleh itu, cuba capai BMI ideal melalui pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
BPA atau bisphenol merupakan bahan kimia yang sering dijumpai dalam barangan plastik seperti botol minuman, bekas makanan dan bahagian tertentu pada tin aluminium.
Sesetengah kajian mendapati bahawa pendedahan kepada BPA mampu menjejaskan kesuburan wanita dengan menurunkan bilangan telur yang terhasil dan pada masa yang sama juga boleh merendahkan bilangan sperma pada lelaki.
Jadi, bertukarlah kepada barangan yang bebas BPA memandangkan ia semakin banyak dijual di pasaran.
Penjagaan mulut sama penting dengan bahagian tubuh yang lain. Sekiranya selama ini anda kurang mengambil berat dan memberi perhatian sepenuhnya kepada kesihatan mulut, apa kata buat temu janji segera dengan doktor gigi. Hal ini kerana pengabaian kesihatan oral seperti kerosakan gigi dan masalah gusi boleh menjejaskan sperma lelaki dan menurunkan kadar kesuburan wanita.
Makanan rapu yang padat dengan lemak trans dikaitkan dengan masalah konsentrasi sperma. Ia boleh jadi rendah dan kurang berkualiti. Untuk itu, kurangkan dan seelok-eloknya kurangan pengambilan makanan sebegini terutamanya dalam fasa anda yang sedang berusaha untuk hamil.
Jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara, cuba dapatkan bantuan dan sokongan. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Tekanan bukan sahaja tidak baik untuk tahap kesihatan secara keseluruhan, malah ia juga boleh mengganggu tahap kesuburan diri anda dan suami juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika seseorang wanita mengandung, akan berlaku perubahan hormon yang mungkin menganggu emosinya. Apabila keadaan ini berlaku, tanpa sedar ibu hamil akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah marah-marah.
Berdasarkan pemerhatian, ibu hamil lekas marah semasa berada di trimester pertama. Jangan begitu. Emosi perlu dikawal dengan sebaik-baiknya.
Hal ini kerana emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi di dalam kandungan.Seperti yang ramai sedia maklum, bayi di dalam berupaya ‘merasai’ dunia luarnya melalui si ibu.
Menurut kajian, emosi ibu hamil yang tidak stabil akan membebaskan kimia tertentu ke dalam saluran darah dan terus ke plasenta bayi. Akibatnya, ia boleh menimbulkan tekanan kepada bayi.
Terdapat satu kajian yang mendapati satu daripada 10 wanita yang sering marah dan mengalami tekanan keterlaluan sewaktu mengandung akan melahirkan bayi sebelum cukup usianya.
Apabila dilahirkan tidak cukup bulan, bayi pramatang boleh terdedah kepada pelbagai jenis risiko seperti penyakit yang berkaitan paru-paru, pertumbuhan lambat dan paling membimbangkan boleh membawa maut.
Apabila marah, tekanan darah anak naik. Begitu juga dengan degupan jantung. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dilepaskan membentuk tekanan lalu menjejaskan bekalan oksigen yang diberi pada rahim.
Jika tekanan terlalu kuat, tumbesaran bayi yang terjejas boleh menyebabkan punca keguguran.
Berat lahir normal di antara 3kg hingga 3.5 kg. Manakala berat yang rendah pula adalah dalam lingkungan kurang daripada 2.5kg dan berat yang sangat rendah adalah di bawah 1.5 hingga 1kg.
Kajian mendapati emosi marah yang tidak dikawal serta kebimbangan yang melampau sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko si ibu melahirkan bayi hiperaktif.
Sekiranya kerap kali mengalami masalah emosi tidak stabil, bayi yang bakal dilahirkan lebih mudah meragam. Corak tidurnya mungkin boleh terganggu selepas dilahirkan kelak. Corak negatif ini bakal meningkat apabila bayi menjangkau usia dua hingga empat bulan.
Anda pasti tidak mahu kesan-kesan yang dinyatakan ini terjadi kepada bayi bukan? Oleh yang demikian, anda perlu bijak dalam mengatur kehidupan dan mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang menimbulkan tekanan kepada diri.
Jangan biarkan gangguan itu mengganggu emosi anda sehingga menjejaskan kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Lakukan perkara berikut yang ternyata dapat membantu pengawalan emosi:
Aktiviti senaman akan merangsang tubuh melepaskan hormon endorfin yang boleh menimbulkan rasa tenang dan gembira. Antara senaman yang elok dilakukan oleh ibu hamil ialah berenang.
Luangkan masa dengan menonton wayang, mendengar lagu kegemaran ataupun menjalani terapi di spa.
Dapatkan makanan yang boleh memberikan rasa gembira kepada anda. Contohnya ais krim atau coklat. Sekurang-kurangnya dengan mengambil makanan berkenaan, anda akan berasa lebih lega dan kembali tenang.
Masalah kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan anda mudah tertekan dan cepat marah. Jadi, tidur lebih awal pada malam hari agar anda dapat bangun keesokan harinya dengan rasa lapang dada.
Sebaiknya jangan berjaga sehingga lewat malam kerana ia akan membuatkan anda menjadi letih. Untuk lebih tenang, minum susu dan gunakan haruman aromaterapi dalam bilik tidur.
Kebanyakan wanita yang disahkan hamil dan berada dalam trimester pertama akan mudah berasa loya dan mual. Kadang tu sepanjang hari mulut terasa mual sehingga menjejaskan rutin harian.
Bagi yang bekerja juga, ia turut memberi kesan sehingga menganggu kerja yang ingin dilakukan. Disebabkan masalah ini kebanyakan wanita lebih suka makan asam untuk mengurangkan loya dan seolah-olah menjadi tabiat pula.
Sebenarnya untuk kehamilan yang sihat, ibu hamil tidak digalakkan untuk makan asam atau jeruk. Pada waktu diawal trimester ini perkembangan bayi dalam kandungan perlu dititikberatkan. Bagi mengatasi masalah ini, ibu hamil boleh menggunakan beberapa tip sihat ini untuk mengelakkan kebergantungan pada asam dan jeruk semata-mata.
1) Lemon
Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar.
2) Halia
Halia dihiris nipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.
3) Peppermint
Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupun boleh ambil Peppermint-Ginger Plus
4) Vitamin B6
Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.
5) Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit
Jangan biarkan perut kosong. Nanti ibu dan bayi tak sihat. Makan sikit-sikit dan perlahan-perlahan.
6) Banyakkan Minum Air
Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk.
7) Selalu Isi Perut Dengan Biskut
Kalau boleh biar ada biskut dalam beg. Tak kisah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan. Cara ini juga terasa mual boleh jadikan pengganti asam.
8) Makan Makanan Yang Kurang Menarik
Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pun kadang-kadang nak tengok tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet
Makan Karbohidrat
Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau!
Makan Makanan Tinggi Protein
Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke, atau yang berkaitan.
Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doktor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.