Siapa yang tidak seronok melihat perkembangan anak yang kini sudah semakin aktif dan gembira bersama kawan-kawan setelah sekian lama terkurung disebabkan PKP.
Bagi Dr Izzar Anwari dan Ummi Nazeera, keduanya meluahkan rasa syukur bila akhirnya, anak sulung mereka dapat menjejakkan kaki ke sekolah.
Melalui Instagramnya, bapa kepada dua cahaya mata ini yang sering berkongsi pelbagai ilmu mengenai kesihatan berkongsi gelagat anak sulung mereka, Ayra Aneesah yang berpengalaman buat pertama kalinya ke sekolah.
“Dah genap 2 minggu Ayra mula pi sekolah. First time. 1st day mummy daddy kena teman sampai habis. Kasi can la.
“Lepas tu pagi-pagi adalah alasan bijak dia taknak mandi, taknak gi school la. Tapi lepas seminggu, dia dah kenal dan selesa dengan teacher dan classmate, baru Ayra semangat nak gi school. Alhamdulillah,” tulisnya berkongsi.
Ads
Namun kata Dr Izzar lagi, biarpun pada mulanya macam-macam alasan yang diberikan Ayra, kini selepas dua minggu banyak perubahan yang dilihat pada anak kecilnya itu.
Bukan hanya banyak perkataan baru yang keluar dari mulut Ayra bahkan percakapannya juga semakin jelas dan pandai berkawan.
“Banyak perubahan kami nampak lepas Ayra ke school. Percakapan makin jelas, banyak perkataan baru, dan pandai buat mini love korean style. Mungkin teacher dia peminat K-Drama. Takpe saya alu-alukan kalau camtu.
Ads
“2 tahun Ayra terkurung disebabkan PKP. Jadi memang kami bertekad nak hantar dia ke school. Biar berkawan, bersosial, dan paling penting biar dia dapat merasa menjadi seorang kanak-kanak,” tulisnya lagi.
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera ini juga sempat berpesan agar terus bersabar berdepan Covid-19 namun teruslah menjaga kesihatan diri dan keluarga.
“Memang COVID-19 memberi kesan kepada kita semua. Paling penting kita bersabar dan terus bergerak ke hadapan. InsyaAllah.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Bijaknya Adik Huzaifah dan ibunya, Ustazah Aishah melakukan solat Subuh dengan tertib rukunnya. Semoga adik-adik BK rajin mendirikan solat, kerana solat tiang agama tau!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri, insan yang dicipta dengan sifat sangat teliti. Mereka mahukan kesempurnaan, mereka akan berusaha mencapai apa yang diinginkan. Namun kudratnya tak sekuat kudrat lelaki. Selepas medirikan rumah tangga, kehidupanya hanyalah ada suami, anak-anak dan keluarga. Penatnya, kudratnya dikorbankan untuk kebahagiaan keluarga. Mereka tetap memerlukan lelaki untuk membantu dalam urusan seharian.
Suami pula, tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami bukanlah semudah menyebutnya bagi mereka yang sedar apa yang perlu di pikul di bahu mereka sebagai ketua keluarga. Dalam kehidupan berumah tangga, kunci kebahagian adalah hormat dan saling bekerjasama. Ikuti Perkongsian ini.
Tadi baca tentang pentingnya susu ibu kepada bayi, terus berkobar-kobar Alin nak menyusukan anak. Tak kisahlah kerja ke apa.. selagi boleh BF.. selagi tu aku nak beri pada anak.
Balik je kerja terus dukung anak bagi anak susu. Allahu..bahagianyaa tengok anak walau nak capai setahun dah kemain suka menyusu BF sambil goyang-goyang kaki dia. Allahu.. bestnya kalau dapat duduk rumah. Jaga anak.. hias rumah… Tapi.. gaji sekarang ni… Hmmm
“Penatnya…” Alin baru nak menghela nafas.. dia tengok pinggan tak berbasuh… Kain berbakul tak basuh.. yang dah basuh tak lipat… Lantai berpasir.. teringat pulak nak masuk rumah tadi depan rumah dah macam rumah tinggal kemain tinggi lalang…
Lagi sakit hati… Tengok suami duk goyang-goyang kaki main henpon. Walaupun dia tahu Af, suaminya bukan main game tapi sibuk bisnes online guna Panduan ZTH dan Viral Hero yang dia baru beli tu.. tapi rasa sakit hati tu tetap ada. Eh, aku ni penat tau..nak menyusu anak lagii… Mulalah rasa nak marah. Dengki kot tengok laki relax?
” Abang, kemas rumah sikit boleh tak? Dapur tu.. dah macam 10 orang duduk rumah ni berlumut basah.. kat luar rumah tu lalang panjang macam rumah nenek kebayan! Tu.. stoking tu takkan tak reti masuk bakul?? Bakul tu dah letak kat situ tinggal masukkan aje takkan tu pun nak ajar…pastu….”
“Jap, awak ni nak suruh saya buat yang mana satu?” Af ni pulak jenis straight to the point. Tak paham dia kalau bebel panjang ni.
“Hmm… ARGHHH!!!! STRESLAH!!” jerit Alin. Aduh. Apehallak bini aku ni??
Esok pagi Alin masam je muka.. hempasnya pintu sana..hempasnya pintu sini.
” Awak ni kenapa? Cuba la control sikit marah awak tu??”
Alin diam je.. terus start enjin pergi kerja. Tinggal lah Af dan anak terpinga-pinga.
Sampai ofis lepas hantar anak ke pengasuh.. Kawan Af, Asy tegur…
” Kau dah kenapa monyok je ni?”
Hmm..” Bini aku asyik marah-marah lah.. itu tak kena ini tak kena..”
Perempuan… Macam mana pun suka rumah kemas.. bila penat..tengok rumah tak terurus.. serabut otak dia..
Maybe sebenarnya dia dah tak nak kerja.. nak duduk rumah..tapi stress sebab kena juga pergi kerja sebab komitmen?
Dalam otak dia tu Af.. dia nak buat macam-macam. Nak jadi yang terbaik. Nak jadi ibu yang terbaik… Pekerja terbaik…isteri terbaik… Tapi sebenarnya..perempuan tak boleh..
Sebab kudratnya tak sama macam kita, lelaki. Yang kuatkan mereka adalah mentaliti mereka saja. Akan ada masa mereka letih.. mereka tak mampu nak kawal emosi. Belum cerita part mood swings bulanan..
Kita ni.. selalu expect perempuan pandai masak..solehah.. pandai kemas..pandai cari duit.. penyabar… semua pandailah…
Padahal semua tu..sepatutnya lelaki yang buat. Isteri ni layan kita dan anak je.. pastu jalankan tanggungjawab wajib kepada Allah. Tu je.
Kita ni jahat Af.. jahat masyarakat ni. Expect macam-macam dari wanita.. tapi lelaki buat apa? Sepatutnya kita ni kena jaga mereka..bahagiakan mereka..didik mereka.. bukan jadikan mereka hamba!
Terdiam Af.. hmmm betul juga. Ada Alin kata dia teringin nak jadi surirumah.. tapi keadaan sekarang macam mana.. takut tak tertanggung dengan komitmen yang ada.
Af diam je bila Alin marah ke.. apa ke..dia buat je kerja rumah mana mampu.. dan dia tekun je dengan bisnes online dia. Takkisahla ZTH ke..Viral Hero ke.. USP Hero semua dia dapatkan dan buat. Satu je objektif dia… Dia taknak isteri dia kerja.
Hujung minggu tu.. Af upah 2 orang bibik untuk kemas rumah.. dia tengok Alin nampak lega dan happy sikit.
Lama-lama.. hasil kerja onlinenya tu.. dia dapat hasil dan simpanan yang jauh lebih baik dari zaman bekerja. Lalu dia suruh isterinya berhenti kerja.
“Eh, takpe ke bang? Macam mana komitmen semua?”
“Jangan risau.. semua tu dah ada backup. Duit bisnes online abang dapat lagi banyak dari dua gaji kita. So, awak tak payah kerja. Simpanan pun ada dah”
” Tugas awak.. jaga saya.. jaga anak.. jaga rumah.. dan doakan keluarga kita.. yang lain..saya setelkan. Awak bukan Superwoman.. saya kahwin dengan awak bukan sebab nak awak jadi Superwoman… Tapi nak awak jadi Pom Pom Girl saya… Supporter tegar saya sudah cukup. Itu lebih power dari Superwoman. Kebaikannya dapat dunia akhirat InsyaAllah.”
Tak terkata Alin. Terharu..
Hujung bulan Alin berhenti kerja.. tak tahu apa yang bakal jadi.. tapi dia gantungkan harapan pada Allah dan dia percaya kata-kata suaminya.
Alhamdulillah..sejak itu.. Alin jadi seorang yang sangat penyabar..selalu senyum dan sangat positif.
Kerja rumah memang panggil bibik. Masak? Af selalu masak bila dia tak sibuk. Kalau Alin penat..dia order je. Hias rumah? Tu semua kalau Alin nak buat.. biar je dia buat. Af bagi je duit. Asal Alin happy.. dapat jalankan tanggungjawabnya..sudahlah..
Sekarang baru Alin faham..
Wanita bukan Superwoman. Wanita.. lebih dari itu.
Bila penat.. dia takkan mampu kawal emosinya. Tapi bila emosinya stabil.. dia dapat bantu support suaminya.. dapat jaga anaknya dengan baik… Kehidupan sekarang jauh lebih baik dari zaman bekerja..
Kerana dalam hidup.. bukan harta melimpah ruah yang kita kejar… Tapi Sakinah dalam rumah tangga.. dan berkah dalam hidup..
Jika banyak duit.. tapi bergaduh saja pun tak guna. Namun, bila berkah dan sakinah yang kita cari.. kita akan sentiasa ada sebab untuk kita syukurkan.
Firman Allah: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan TAMBAH nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Ajar ahli keluarga kita untuk bersyukur..untuk mencari berkah.. bukan cari nama..cari siapa lagi hebat..bini siapa paling cekap..
Kerana wanita bukan Superwoman.. wanita adalah Bidadari.
Bagi menambahkan susu badan, bermacam petua yang dicuba. Semuanya bagi menambahkan lagi susu badan untuk buah hati tersayang. Salah satu usaha dan petua tradisional adalah menggunakan campuran buah-buah kering.
Paling menarik, campuran buah kering ini bukan saja menambah susu badan bahkan juga mengubati masalah senggugut. Petua perkongsian Noreez Rahmat boleh anda cuba.
Minuman ini dikenali untuk milk booster, tapi saya rebus bagi anak dara saya minum. Dah lah sedap, lepas tu banyak pula khasiatnya.
Salah satunya melegakan menstrual pain atau sengugut, dah 3 bulan saya bagi anak minum, alhamdulilah dah tak de dengar dia komplen sakit perut akibat sengugut, selalunya bila waktu period dia akan duduk dalam bilik menahan sakit, end up saya bagi dia panadol atau panadol menstural.
Syukur alhamdulilah anak saya dah tak perlu bergantung dengan panadol semas haid.
Bulan berikutnya saya beli lagi bahan-bahan ni, berkesempatan juga saya bagitau taukeh kedai ubat cina, dia kata memang elok untuk lancar kan darah, dan kuatkan minda sebab bahan-bahan ni juga ada elemen untuk tambah tenaga, sesuai untuk pelajar-pelajar yang sedang ambil exam.
Kita usaha yang terbaik untuk jadi sihat, cergas dan bertenaga.
Campuran ini ada:
Kurma merah
Kurma hitam
Goji berry
Longan
Rose bud
Gula batu.
Lepas tu saya peket-peket dalam plastik kecik-kecik supaya anak saya mudah untuk buat sendiri bila dia study tengah malam atau kami travel.
Hancurnya hati bila anak tunjuk kelakuan tak baik dan biadap. Mungkin ibu ayah sendiri tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.
Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati pasangan antara perlakuan yang diperhatikan oleh anak-anak dan tanpa kita sedar dia akan meniru perbuatan ini.
Anak akan belajar menghina ibu, bila mereka nampak si ayah menghina ibu. Anak akan belajar melawan ayah, bila nampak ibu banyak melawan ayah.
Anak akan mengarah-ngarah ibu bila nampak ayah selalu mengarah-ngarah ibu. Anak juga akan belajar berdalih dan menipu bila nampak mak ayah selalu berdalih dan menipu.
Sebaliknya, anak akan patuh cakap ayah bila nampak ibu patuh cakap ayah.
Dan anak akan ikut rajin tolong ibu bila nampak ayah selalu rajin tolong ibu.
Tolong.
Jaga tingkah laku kita dengan pasangan. Cuba jadi seseorang yang kita nak anak jadi.