PKP yang semakin berpanjangan ini mula menampakkan kebosanan pada anak-anak kita yang terperangkap lama di rumah. Jangan biarkan anak tepu sebaliknya buatlah aktiviti anak di rumah.
Anak yang aktif, bermain 24 tanpa henti memerlukan sesuatu untuk menyalurkan tenaganya dengan baik. Jadi mak ayah bantulah anak beraktiviti di rumah. Ini tip dan aktiviti yang dikongsikan oleh Pn Ayesha Sairi.
Anak bergerak tanpa henti?
Memandangkan esok kita akan bercuti hujung minggu, saya hendak berkongsi mengenai kisah anak yang suka bergerak, berlari sana sini.
Ada ibubapa datang bercerita kepada saya. Mereka mengatakan anak mereka di rumah tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak. Apabila dipanggil untuk duduk, anak tidak boleh duduk lama. Sekejap sahaja dan dia akan bangun semula.
Ibubapa bertanya apa yang mereka boleh buat supaya anak boleh duduk lebih lama. Saya bertanya kembali, kenapa hendak anak duduk lama? Sekiranya dia hendak bermain, tidak semestinya perlu dalam posisi duduk.
Ibubapa menjawab, dia tidak mahu duduk diam. Kami letih tengok dia sentiasa bergerak.
Ada ke ibubapa yang lain menghadapi masalah yang sama? Masalah ‘letih melihat anak bergerak tanpa henti’.
Ibubapa yang mulia, Anak bergerak maksudnya dia tubuh badannya sihat secara fizikal. Mari bersyukur tentang itu.
Ads
Anak bergerak tanpa henti mungkin membawa maksud: 1. Tenaga yang sedia ada tidak dapat disalurkan ke tempat yang sesuai. Anak sedang mencari cara yang boleh dia keluarkan tenaganya.
2. Input sensori yang diterima anak tidak mencukupi bagi membolehkan anak bertenang dan mengawal dirinya. Contoh mudah, seperti orang yang sukakan kopi, selagi tidak dapat kopi pada hari itu, hidup tidak tenang dan berasa gelisah.
3. Tidak ada aktiviti yang menarik perhatian anak dan bermakna untuknya. Oleh itu, anak cuba mencipta aktiviti sendiri.
Sekiranya ibubapa sedar, ketiga-tiga kemungkinan ini sebenarnya dapat ditangani sekiranya ibubapa menyediakan aktiviti yang sesuai dengan anak.
Namun, ia memerlukan penglibatan ibubapa secara aktif, bukan pasif. Maksudnya, ibubapa kena rancang dan laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Bukan hanya biarkan anak selepas berikan arahan.
Ads
Contoh aktiviti yang ibubapa boleh lakukan di rumah:
✅Lakukan kemahiran motor kasar di dalam rumah seperti merangkak, berguling, melompat, berlari dan sebagainya. Pilihlah mana yang bersesuaian dengan ruang rumah kerana kita masih perlu melawan Covid.
✅Boleh buat aktiviti ini ala-ala sukaneka di dalam rumah.
⭐️Melompat setempat 5 kali, merangkak menujuk ke meja, gunting mengikut garisan.
⭐️Berguling ke depan ke belakang 5 kali, lompat atas trampolin, baling bola masuk bakul.
⭐️Merangkak pusing sekeliling meja makan, panjat kerusi makan dan lompat ke bawah, duduk dan susun blok mengikut huruf.
Ads
✅Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur dan kemahiran anak. Sekiranya adik beradik yang lain turut serta, boleh ubahsuai aktiviti tersebut.
Aktiviti ini dapat memberikan anak tempat untuk melepaskan tenaganya. Selain itu, input sensori seperti proprioseptif (daya otot dan sendi), vestibular (keseimbangan badan) turut dapat diterima oleh anak.
Aktiviti itu akan jadi bermakna apabila ibubapa turut serta, adik beradik yang lain turut serta. The more, the merrier bak kata orang putih.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Betullah orang kata isteri ni sepanjang masa akan berfikir. Dari sekecil-kecil masalah sampailah masalah besar semuanya akan difikir serentak.
Kadang tu waktu tidur pun masih berfikir walaupun mata pejam. Suami kena faham situasi isteri dan jangan biarkan ada 5 tanda ini kerana ini tanda-tanda awal burnout.
Burnout ni bahaya kerana kita boleh hilang kewarasan diri, sentiasa fikir negatif walaupun depan mata penuh perkara positif dan hilang tujuan hidup!
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai tanda isteri terlalu penat berfikir.
1 – Membebel Setiap Hari
Bila mulut tak boleh stop tu tanda otak tak stop berfikir. Sentiasa dalam mood ‘bekerja’, nak tukar ke mood ‘rehat’ memang kena tunggu mata tutup baru mulut boleh tutup. Tahu tak kesan penat otak bekerja ni 10 kali ganda lebih penat daripada buat kerja sebenar tau!
2 – Tak Boleh Sabar
Kalau boleh masa nampak ‘kekotoran & kesemakan’ di rumah tu terus nak bersihkan. Tak kira awal pagi atau dah larut malam. Sekali otak dah fikir nak mop lantai kena mop time tu juga, jika tidak hidup rasa tak tenteram. Ini tanda isteri dah hilang kawalan ‘otak masa’ sehingga tak mampu lagi nak kawal waktu bekerja.
3 – Mudah Serabut
Bila otak tak berehat, memang mudah la limbic ( otak emosi ) nak ambil alih decision making badan kita. Itu yang tak boleh nampak baju berlongok tak lipat jadi serabut kepala, nampak anak buat sepah jadi serabut, nampak bilik air kotor jadi serabut. Sampai tengok muka sendiri kat cermin pun serabut. Serabai sangat!
4 – Senang & Suka Bergaduh
Kortisol & adrenalin ni bahaya kalau berlebihan dalam badan. Asalnya dua hormon ni berfungsi untuk stabilkan tubuh kita masa stres atau dalam bahaya tapi bila ia berlebihan ia buat tubuh makin tak stabil pula. Tak pelik la orang yang dah penat melampau pun bila waktu gaduh jadi penuh bertenaga. Semua gara-gara dua hormon ni la.
5 – Lupa Diri
Terlalu leka uruskan keperluan anak, pasangan dan orang lain sehingga keperluan diri sendiri lupa. Bila di tanya,
” Bila kali terakhir buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri ? ”
Jawapannya mesti TAK INGAT & TAK TAHU
Yela, Faham sangat kalau kita buat sesuatu untuk diri sendiri nanti mesti ada orang yang akan cakap kita selfish. Lebih lebih lagi isteri yang selalu jadi perhatian.
Sebab tak selfish la wanita selalu jadi mangsa!
Mungkin ini kenapa menurut statistik yang di keluarkan kkm tahun 2017 dari 4.2 juta rakyat malaysia yang di sahkan ‘sakit mental’ kebanyakkannya ialah golongan wanita.
Mari la para lelaki budiman di luar sana jom selalu ingatkan wanita kesayangan anda, baik isteri, ibu mahupun kenalan wanita supaya ingat diri dan utamakan keperluan diri dahulu sebelum yang lain.
Jika isteri ajak keluar rumah ikutkan sahaja ajakan tu. Bawa la mana-mana pun asalkan keluar rumah supaya boleh tenangkan jiwa mereka. Makin kerap keluar, makin tenang la jiwa isteri kesayangan anda.
“Bang, aku baru nak beli baju raya dia bang…..” Serak suara.. Teresak-esak tangisan si ayah sambil cuba beritahu abangnya dihujung talian. Kerana anak kesayangan telah pergi selamanya.
Kisah tragis yang berlaku Ramadan lalu benar-benar meruntun hati. Siapa yang mahu kehilangan anak kesayangan lagi-lagi hampir raya..Sambil memberi bantuan kecemasan.
Dalam hati kami tidak henti berdoa agar Allah izinkan nadinya berdenyut kembali. Namun apakan daya Allah Maha kuasa. Apa yang dipinjamkanNya diambil semula.
Gambar Hiasan
“Encik , Puan… anak sudah tiada…”
“Allah!!
Allahh!! ”
Berderaian tangisan si ibu, Dan teresak-esak tubuh sasa si ayah. Kedua-duanya beruniform frontliners. Kerana tuntutan kerja, si kecil yang baru mula merangkak terpaksa dijaga oleh orang lain.
Terduduk si ibu. Si ayah menangis sambil tangan menahan di dinding. Allah sedih.. Lemas dalam buai is real. Shaken baby syndrome dalam buai juga real. Jatuh buai juga real. Besi buaian terhempap bayi juga real.
Gambar Hiasan
Jika kita lihat, kepala bayi saiznya sedikit besar berbanding tubuh. Leher belum kuat dan otaknya belum betul-betul matang. Ayunan buaian boleh menyebabkan pendarahan di otak.
Bayi usia 7 hingga 8 bulan adalah usia sedang aktif nak merangkak. Jika terjaga di dalam buai bayi usia ini akan cuba meniarap. Dengan struktur kain buai yang tidak tegap, muka boleh tertekup, hidung boleh tertutup.
Gambar Hiasan
Lagi-lagi kalau ada bantal, selimut, bolster dan sebagainya. Saya faham bukan semua bayi jenis mudah dijaga. Namun kita kena betul-betul berhati-hati. Sebab ini bukan pertama kali kami hadapi.
Kes sebegini, saya berdoa semoga keluarganya tabah. Sama-sama SHARE untuk peringatan kita IBU AYAH dan BABYSITTER.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di ketika kita dilanda dengan bekalan makanan yang agak terhad, belajarlah untuk berjimat cermat. Salah satunya adalah menggunakan semula minyak masak selepas digunakan.
Pun begitu elakkan menggunakan minyak yang sama berkali-kali. Tidak disarankan untuk kesihatan sekeluarga.
Macam mana nak bersihkan minyak? Tip ringkas yang dikongsikan oleh @senz.malaysia ini cukup mudah. Jom ikuti langkahnya.
Selepas masak, jangan terus dibuang minyak masak. Boleh sahaja digunakan asalkan tidak berkali-kali digunakan.
Ini caranya untuk membersihkan minyak yang kotor dan boleh digunakan semula.
Bahan:
1 sudu makan tepung jagung
Air
Campurkan sekali dan kacau sampai sebati.
Panaskan minyak yang digunakan tadi dan kemudian masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
Kemudian angkat dan keluarkan kepingan tepung tadi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.