Tanda-tanda batuk berkahak dan selesema biasa. Simptom terakhir ialah muntah berkahak yang banyak. Haziq nasihatkan ibu bapa lain lebih berhati-hati.
Haziq Hussni yang merupakan deejay di saluran radio HotFM telah berkongsi mengenai keadaan anak pertamanya, Nufael Heidy, 1 tahun 9 bulan. Kata Haziq anaknya sentiasa aktif dan dia sama sekali tidak dapat menyangka Heidy telah mengalami keradangan pada kedua-dua belah paru-paru.
haziq_hotfm “Heidy anak aktif. Senyum n ketawa je keje. Takde pun nampak dia sakit ke apa. Even bwk klinik pun doktor cek ckp ni batuk, kahak n selsema biasa. Makan la 2 3 jenis antibiotik. Tak jalan.”
RADANG PADA KEDUA-DUA BELAH PARU-PARU
“3 bulan gak la dia batuk on off. Smp minggu lepas dia kerap batuk teruk muntah berkahak banyak. Haaa ni tak boleh jd. Dah tak leh cek2 biasa dah ni. Kena xray. Ambik darah. Ambik hingus. Baru tau apa jadi sbnrnya! Heidy radang paru-paru. Bukan sebelah tp dua-dua belah!”
DAH ADA RADANG LAMA SEJAK CHAYRA BATUK KOKOL
Ads
“Dia dah ada radang lama since Chayra kena batuk kokol bulan 9 last year! See? Sumpah tak nmpk langsung sakit.”
SEDIH ANAK SEOLAH-OLAH MENYEMBUNYIKAN KESAKITAN
“Dia hide sakit dia dgn ketawa & happy happy depan daddy. Baby pun pandai sorok sakit. Mendeee ?
Ads
PESANAN KEPADA IBU BAPA LAIN
Parents, kalau anak tu nampak batuk or selsema even sikit. Bawak-bawak la cek darah or x-ray cek dada.
Kena cek betul-betul batuk tu batuk apa. Zaman sekarang ni senang dapat penyakit. Lagi-lagi virus batuk ni plak ada macam2 jenis. Daddy hope Heidy stay strong n happy sampai sihat ya? Love you #PrinceHeidy
Tanda lahir pada bayi adalah satu perkara yang bukan lagi ganjil malah biasa kerana kira-kira 80% bayi akan lahir dengan tanda lahir pelbagai variasi bentuk, warna dan saiz.
Antara jenis tanda lahir yang paling popular ada pada tubuh badan si kecil anda itu adalah variasi Mongolian Blue Spot di mana ia akan kelihatan seperti kulit mereka sedang lebam.
Memandangkan ia tampak menonjol, maka mungkin ramai ibu bapa yang akan fikir bahawa birthmark itu akan mendatangkan bahaya terhadap si manja mereka.
Ada yang percaya bahawa ia bahaya serta sebaliknya. Jadi, mari terus baca artikel ini untuk tahu!
Tanda lahir pada bayi Mongolian Blue Spot, adakah ia normal?
Untuk pengetahuan anda semua, birthmark pada bayi ini adalah angkara pengumpulan atau penumpuan sel-sel pigmen melanosit iaitu zat pewarna semula jadi dalam kulit.
Ketidakrataan pigmen melanosit ini boleh terjadi di bawah satu kawasan kulit yang tertentu dan terperangkap di situ ketika bayi masih berada di dalam fasa kandungan.
Kesannya, ia akan jadi punca muncul tanda berbentuk seperti peta, berwarna seakan biru serta bersaiz tidak tentu sehingga ramai yang sangka ia adalah lebam pada kulit.
Antara kawasan kulit yang biasa muncul tanda lahir ini adalah pada belakang, punggung, kaki, tangan atau mungkin juga ada pada kawasan lebih terdedah seperti kulit muka.
Sebenarnya, kondisi kulit ini adalah normal kerana ia boleh berlaku kepada ramai bayi namun mungkin akan sedikit sebanyak menjejaskan penampilan si kecil anda itu.
Apakah punca tanda lahir pada bayi ini?
Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, punca tanda lahir jenis Mongolian Blue Spot adalah pengumpulan atau penumpuan pigmen melanosit dalam kulit.
Pun begitu, sehingga kini pakar masih tidak dapat memastikan apa faktor risiko yang akan menyebabkan pengumpulan atau penumpuan pigmen melanosit ini berlaku.
Menurut kajian, tanda lahir jenis ini lebih banyak berlaku kepada bayi yang lahir dari susur galur keluarga atau kaum berkulit gelap berbanding mereka yang berkulit cerah.
Ia dibuktikan melalui penelitian di mana tanda lahir jenis ini sering ditemukan pada bayi dengan ras Mongoloid (orang benua Asia) serta ras Negroid (orang benua Afrika).
Namun itu bukan bermakna bahawa mereka yang berkulit cerah tidak akan mendapat tanda lahir ini!
Wujudkah bahaya tanda lahir pada bayi ini?
Tanpa dapat disangkal lagi, tanda lahir yang wujud pada kulit bayi anda itu mungkin adalah tidak berbahaya atau berkait dengan keadaan kesihatan termasuk Mongolian Blue Spot.
Ini kerana ia hanya bersifat luaran dan bukannya internal serta akan pudar atau hilang secara sendiri sebelum si kecil anda itu menginjak usia remaja atau dewasa kelak.
Dalam beberapa kes yang sangat jarang, ia juga mungkin boleh jadi indikator kondisi berikut:
Dalam pada itu, tanda lahir itu mungkin boleh berubah bentuk menjadi lebih luas, warna menjadi lebih gelap dan saiz menjadi lebih besar. Itu mungkin tanda kanser kulit.
Jika ibu bapa khuatir dengan birthmark si manja anda itu, segera jumpa doktor untuk konsultasi!
Ini yang ibu bapa mungkin boleh lakukan…
Para ibu bapa yang ada anak dengan birthmark jenis ini perlu kekal tenang kerana ia normal, tidak bahaya serta tidak perlu dirawat atau diubat melainkan doktor kata sebaliknya.
Jika doktor telah mengesahkan bahawa ia adalah indikator kepada penyakit-penyakit di atas atau kanser, maka langkah awal perlu anda ambil segera untuk elak komplikasi kelak.
Namun jika doktor kata tanda lahir pada bayi anda itu normal cuma dan hanya akan menjejaskan penampilan, maka ada prosedur khas yang ibu bapa mungkin boleh lakukan.
Menurut Dermatologic Surgery, ia mungkin boleh dikurangkan atau dihilangkan menggunakan prosedur terapi laser Alexandrite yang perlu dibuat semasa mereka masih kecil.
Ini kerana tahap keberkesanan terapi laser ini akan semakin berkurang seiring pertambahan usia. Waktu yang paling disyorkan untuk prosedur ini adalah sebelum masuk usia 20 tahun.
Konklusinya, birthmark atau tanda lahir itu ada banyak jenis dan salah satu yang paling kerap berlaku adalah Mongolian Blue Spot.
Kebanyakannya mungkin tidak bahaya namun hanya akan menjejaskan penampilan. Jumpa doktor segera untuk berbincang.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak sembelit, ibulah yang paling susah hati. Apa yang lebih membimbangkan walaupun diberi susu ibu namun masalah sembelit masih lagi dihadapi. Kadang sampai menangis tiap kali nak membuang air besar.
Seperti yang kita semua tahu susu ibu adalah makanan yang sangat mudah untuk melalui saluran pencernaan bayi. Malahan ada yang menganggapnya sebagai bahan julap semula jadi.
Oleh itu, bayi menyusu badan lebih mudah dan kerap melakukan pembuangan najis berbanding bayi yang diberikan susu formula. Ia biasanya berlanjutan dalam tempoh beberapa hari pertama selepas kelahiran.
Walau bagaimanapun selepas 3 hingga 6 minggu, bayi menyusu badan mungkin akan kurang mengalami pengerakan usus, antara 1 hingga 2 kali seminggu, berbanding bayi yang menyusu susu formula.
Sekiranya bayi menyusu badan dilihat kurang membuang najis, itu tidak semestinya petanda dia mengalami sembelit.
Tetapi jika najis yang sedikit keras dan si manja tampak berdepan kesukaran ketika membuang najis, mungkin terdapat punca bayi sembelit perlu anda siasat.
Adakah cara untuk mengatasi bayi sembelit jika ibu dapat mengenal pasti punca si manja mengalami kesukaran membuang najis?
Selalunya, bayi yang diberikan penyusuan eksklusif sangat jarang mengalami sembelit. Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab sembelit dalam kalangan bayi:
Masalah sembelit yang biasanya berlaku kepada bayi menyusu adalah apabila si manja mula diberikan makanan pejal seperti bijirin, lobak merah, gandum atau kekacang tanpa kandungan serat. Keadaan tersebut mungkin akan menyebabkan najis menjadi sukar untuk melalui usus.
Antara masalah kesihatan yang boleh dialami bayi adalah seperti selesema, batuk, jangkitan tekak atau masalah gigi.
Jika ia berlaku, kandungan air dalam badan si manja akan berkurang dan mengakibatkan dehidrasi. Sekali gus boleh menjadi punca bayi sembelit.
Walaupun menyusu badan, ada sesetengah ibu yang turut memberikan susu formula kepada bayi mereka. Keadaan tersebut boleh mendorong kepada masalah sembelit. Umumnya, susu formula lebih sukar dicerna oleh bayi berbanding susu ibu, oleh sebab itu najis mungkin menjadi lebih keras dan berketul. Untuk bayi yang mempunyai masalah alahan protein susu juga akan mengalami sembelit apabila diberikan susu formula.
Perubahan cuaca yang panas dan lembap boleh menyebabkan bayi berpeluh dengan banyak dan mendorong kepada dehidrasi. Kandungan air dalam badan bayi yang kurang boleh mengakibatkan sembelit.
Pergerakan usus bayi adakalanya turut bergantung kepada tabiat pemakanan ibunya. Ini bermakna apa yang dimakan ibu menentukan tahap kesihatan bayi.
Kalau diet ibu kekurangan serat dan mengandungi zat besi berlebihan, ia boleh menjadi punca bayi sembelit.
Oleh itu, sangat mustahak untuk ibu menyusu badan menjaga pemakanan dan lebih mengambil makanan yang rendah kandungan zat besi.
Kadang-kadang, masalah melibatkan perubatan seperti kelainan pada saluran pencernaan, bukaan rektum yang kecil boleh menyukarkan bayi membuang najis. Walaupun ia jarang untuk berlaku, namun sudah tentu ia boleh menyebabkan sembelit.
Secara amnya, cara untuk mengatasi bayi sembelit melibatkan kesihatan ini memerlukan campur tangan perubatan. Anda perlu membawa bayi berjumpa pakar pediatrik.
Kalau sudah tahu punca bayi sembelit, mestilah anda mahukan cara untuk mengatasi keadaan tersebut, bukan? Untuk bayi:
Untuk ibu:
Jangan pandang remeh
Sembelit boleh menjadi keadaan serius dan menyakitkan. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius.
Namun, anda perlu faham, pergerakan usus tidak teratur pada bayi bukan punca bayi sembelit.
Jika si manja benar-benar mengalami kesukaran untuk membuang najis, dapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.
Kebanyakan ibu menyusu, situasi yang agak sukar sedikit apabila anak mahu menyusu tak kira masa. Bila anak bagi isyarat tangisan itu tandanya anak nak susu dan ibu perlu bersedia.
Jika terlambat sikit, bersedialah dengar suara nyaring anak! Jadi bagi ibu yang rasa tak selesa untuk menyusu di tempat awam dan tiada nursing cover, boleh DIY nursing cover seperti yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom.
DIY NURSING COVER
Kelmarin ada survey di twitter. Ramai rupanya mak-mak menyusu yang bimbang nak menyusu di tempat awam.
Lagi satu bila dah dapat beraya dan berjumpa ramai sanak-saudara, rasa bimbang nak menyusu secara terbuka mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada ibu dan bayi yang tengah lapar kerana risau pandangan mata orang lain.
Bukan tak nak beri botol, tapi mak-mak lebih selesa nak menyusu direct tapi masih tak yakin diri. Jadi pastikan mak-mak menyusu ada nursing cover.
Bila memilih nursing cover ni pastikan pilih kain yang selesa. Supaya bayi tak rasa lemas bila nak menyusu. Yang dah beli nursing cover dah boleh tarik nafas lega.
Yang belum ada tak perlu risau. Kita DIY sahaja. Asalkan ada shawl tak kisah jenis wide atau biasa. Dan guna pin terus boleh menyusu dengan confident.
Selamat mencuba dan kongsikan video ini jika bermanfaat.