Setiap ibu pasti mengharapkan anak yang dilahirkan sihat. Tapi dalam pada itu tetap juga mengharapkan akan dapat zuriat lelaki dan perempuan sebagai penyeri dalam rumah tangga. Cuma kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Seperti kisah ibu ini, Puan Adawiyah Abdul Rahman dia berkongsi pengalamannya bersalin anak ke-8 yang pada mulanya ingatkan bayi perempuan tetapi apabila keluar bayi lelaki juga walaupun tiga kali scan.

“3 Kali Scan Nampak Girl, Naluri Ummi Pun Kata Girl, Sekali Keluar Lelaki, Terkejut Sangat!”

Sebelum bersalin, tiga kali saya scan. Tak sangka keluar-keluar lelaki juga. Jadi hasrat untuk timang anak perempuan tak kesampaian. Tak apalah sekurang-kurangnya dah dapat dua orang perempuan. Cuma seorang dah diambil Allah ketika usianya 11 bulan. Hanya tinggal seorang ‘bunga’ penyeri dalam rumah.

3 kali scan (klinik kerajaan)
Doc 1: Alhamdulillah nmpak burger sign dia..tahniah puan ..nnpak macam girl…
Doc 2: ni nmpak ni macam girl…alhamdulillah nak girl kan..?
Doc 3: sy nmpak girl ni puan..Alhamdulillah…

Maka di tambah pulak dengan NALURI IBU la sangat, percaya la si ibu anak dalam kandungannya adalah GIRL! Segala persiapan pun semua beli baju perempuan.

Akhirnya sampai hari nak bersalin terus pergi ke hospital bawa la baju girl. Nasib baik label DAY 1 kat pek plastik baju tu…

IKLAN

“3 Kali Scan Nampak Girl, Naluri Ummi Pun Kata Girl, Sekali Keluar Lelaki, Terkejut Sangat!”

Kalau label LABOUR ROOM lagi haruu (Baju LR unisex punya…nasib baik!) Akhirnya masa keluar terkejut juga masa doktor tunjuk. Tapi waktu tu saya fikir tak apalah boy ke girl janji sihat. Yang lucunya selimut baby yang bawa ke labour room pun pink.

Bila beritahu pada semua ahli keluarga mengenai kelahiran bayi, semua terkejut juga. Syukur Alhamdulillah dengan nikmat kurniaan Allah pada kami suami isteri. 6 orang lelaki dan 2 perempuan (seorang dah tunggu di syurga). Lahirlah anak lelaki bongsu pada 15 Ogos lalu seberat 3.67 kilogram secara normal.

“3 Kali Scan Nampak Girl, Naluri Ummi Pun Kata Girl, Sekali Keluar Lelaki, Terkejut Sangat!”

Syukur juga pada Allah sepanjang melahirkan 8 orang anak, Allah turut mudahkan dengan kelahiran normal kesemuanya.

IKLAN

Oklah seorang anak perempuan pun nanti dah besar, dah kahwin tak kalut nak berlari pakai tudung sebab tak ada ipar lelaki. hehehe

“3 Kali Scan Nampak Girl, Naluri Ummi Pun Kata Girl, Sekali Keluar Lelaki, Terkejut Sangat!”

Apa pun dengan kehadiran anak ke-8 yang juga bongsu dalam keluarga ini, diharapkan membawa rahmat dan menambahkan keceriaan buat seisi keluarga. Amin.

Kredit: Adawiyah Abdul Rahman

IKLAN

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

“3 Kali Scan Nampak Girl, Naluri Ummi Pun Kata Girl, Sekali Keluar Lelaki, Terkejut Sangat!”

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI