Ads

Bahan ‘Benzene’ Dalam Squishy Dumpling Boleh Sebabkan Kanser, Bahaya!

Bahan 'Benzene' Dalam Squishy Dumpling Boleh Sebabkan Kanser, Bahaya!

Nampak comel, lembut dan menyeronokkan apabila dipicit. Tidak hairanlah permainan squishy dumpling atau ladu kenyal semakin mendapat perhatian kanak-kanak, malah ada yang sanggup mengumpul pelbagai bentuk dan warna mainan ini.

Bagi ibu ayah pula, permainan seperti ini mungkin dianggap tidak berbahaya kerana hanya perlu dipicit dan dimainkan menggunakan tangan. Namun, siapa sangka di sebalik rupanya yang menarik, terdapat beberapa risiko keselamatan yang tidak boleh dipandang ringan.

Lebih membimbangkan, sesetengah squishy dumpling dikhuatiri mengandungi bahan kimia berbahaya seperti benzena, toluene dan xylene yang boleh menjejaskan kesihatan, terutama apabila kanak-kanak terdedah kepadanya secara berpanjangan.

Bukan itu sahaja, permainan berkenaan juga boleh mendatangkan risiko lain sekiranya mengandungi manik air, pecah atau terdedah kepada suhu panas.

Justeru, ibu ayah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati sebelum membenarkan anak bermain dengan permainan ini, terutama kanak-kanak kecil yang gemar memasukkan objek ke dalam mulut.

Bahan 'Benzene' Dalam Squishy Dumpling Boleh Sebabkan Kanser, Bahaya!

Squishy Dumpling Ada Bahan Kimia Berbahaya? Ini Penjelasan Pakar

Menurut Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan Pensyarah Klinikal, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Khoo Wee Vien, sesetengah permainan squishy dumpling boleh mengandungi bahan kimia yang berisiko kepada kesihatan.

Antara bahan yang dibimbangkan ialah benzena, toluene dan xylene yang boleh memberikan kesan buruk sekiranya seseorang terdedah kepada bahan tersebut pada kadar dan tempoh tertentu.

Beliau menjelaskan bahawa pendedahan jangka panjang kepada benzena dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser, termasuk leukemia.

Malah, wanita hamil juga perlu berwaspada kerana pendedahan kepada bahan kimia berbahaya boleh memberikan kesan terhadap perkembangan bayi dalam kandungan.

“Bagi wanita mengandung, pendedahan kepada benzene juga boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan seperti masalah mutasi genetik.

“Bahan kimia berkenaan mudah meruap dan boleh memasuki badan melalui pernafasan sehingga menyebabkan gejala seperti batuk, sakit tekak, sakit kepala dan pening kepala.

“Jika termakan, ia boleh menyebabkan muntah, sakit perut, sawan dan kematian, manakala jika cecair terkena kulit atau mata, ia boleh menyebabkan kegatalan, kulit merah dan melepuh,” katanya.

Keadaan ini tentunya membimbangkan kerana kanak-kanak, khususnya yang masih kecil, mungkin belum memahami bahaya sesuatu bahan yang terkandung di dalam permainan mereka.

Ads

Apatah lagi jika permainan tersebut bocor dan cecair di dalamnya terkena tangan, muka atau dimasukkan ke dalam mulut.

Bahan 'Benzene' Dalam Squishy Dumpling Boleh Sebabkan Kanser, Bahaya!

Jangan Pandang Ringan! Manik Air Boleh Menyebabkan Usus Anak Tersumbat

Selain kandungan bahan kimia, satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian ialah kehadiran manik air di dalam sesetengah permainan squishy dumpling.

Manik air yang bersaiz kecil dan kelihatan menarik mungkin membuatkan kanak-kanak ingin menyentuh, menggigit atau memasukkannya ke dalam mulut.

Menurut Dr Khoo, kanak-kanak berusia bawah lima tahun khususnya lebih berisiko tertelan objek kecil seperti ini.

Apa yang membimbangkan, manik air boleh menyerap cecair dan mengembang selepas ditelan.

Sekiranya berlaku, ia berpotensi menyebabkan penyumbatan pada saluran pencernaan, termasuk usus kecil. Dalam keadaan serius, kanak-kanak mungkin memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan objek tersebut.

Jangan Ikut Trend Panaskan Squishy Dumpling Dalam Microwave!

Dalam keterujaan mencuba pelbagai aktiviti yang tular di media sosial, ada juga individu yang memanaskan permainan squishy dumpling menggunakan ketuhar gelombang mikro atau microwave.

Walaupun mungkin kelihatan menarik dalam video, perbuatan ini sebenarnya sangat berbahaya dan tidak sepatutnya ditiru oleh kanak-kanak.

Ads

Dr Khoo turut memberikan amaran mengenai risiko permainan tersebut apabila dipanaskan.

“Selain itu, terdapat trend di media sosial yang menunjukkan squishy dumpling dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave).

“Squishy yang dipanaskan boleh mengembang dan meletup seperti bom, sekali gus menyebabkan kelecuran kulit yang teruk,” katanya.

Risiko berkaitan haba ini bukan hanya berlaku apabila permainan dimasukkan ke dalam microwave.

Malah, menurut beliau, squishy dumpling yang ditinggalkan di dalam kereta selama berjam-jam juga boleh terdedah kepada suhu tinggi sehingga meningkatkan risiko kerosakan dan kejadian berbahaya.

Anak Kecil Lebih Mudah Terdedah Kepada Risiko

Menurut Dr Khoo, kanak-kanak kecil lebih sensitif terhadap pendedahan bahan kimia berbahaya kerana saiz badan mereka yang masih kecil.

Tambahan pula, mereka mungkin terdorong untuk menjilat, menggigit atau memasukkan permainan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya yang boleh berlaku.

Sebab itulah pemantauan ibu ayah amat penting, khususnya apabila melibatkan permainan yang mengandungi cecair, gel atau objek kecil.

Bahan 'Benzene' Dalam Squishy Dumpling Boleh Sebabkan Kanser, Bahaya!

Ads

Squishy Melekit Atau Berbau Petrol? Buang Segera!

Bagaimanapun, Dr Khoo menjelaskan bahawa bukan semua permainan squishy dumpling semestinya berbahaya.

Apa yang penting, ibu ayah perlu bijak memilih permainan dan memeriksa keadaannya sebelum diberikan kepada anak.

Antara tanda amaran yang tidak boleh diabaikan ialah permainan yang mempunyai bau luar biasa, permukaan terlalu melekit atau menunjukkan tanda kerosakan.

“Squishy yang melekit atau berbau petrol adalah tidak normal dan perlu dibuang serta-merta.

“Jangan sesekali meninggalkan squishy dumpling di dalam kereta dan elakkan membeli produk yang mengandungi manik-manik kecil,” katanya.

Selain itu, ibu ayah juga digalakkan untuk memastikan permainan yang dibeli mempunyai maklumat pengeluar yang jelas, label keselamatan dan kesesuaian umur.

Elakkan membeli produk yang tidak mempunyai maklumat bahan atau asal usul yang boleh dikenal pasti.

Negara Luar Turut Keluarkan Amaran Keselamatan

Menurut Dr Khoo, kebimbangan mengenai keselamatan permainan squishy dumpling bukan hanya dibangkitkan di Malaysia.

Beliau memaklumkan bahawa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia serta negara dalam Kesatuan Eropah turut mengeluarkan amaran keselamatan atau mengambil tindakan terhadap penjualan produk squishy tertentu yang dikenal pasti berisiko.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak &...

Jerebu ancam kesihatan kanak-kanak dan warga emas apabila kes pernafasan meningkat hampir 60%. Ketahui gejala berbahaya dan cara melindungi keluarga.