Saat yang mendebarkan tetapi semuanya selamat. Itu yang buatkan pelakon Hafizul Kamal mengucapkan syukur selepas selamat menimang cahaya mata perempuan kedua beberapa hari lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Hafizul berkongsi khabar gembira itu dan melahirkan rasa syukur atas kurniaan yang diberikan kepada dirinya.
Mungkin ramai yang masih belum tahu bilakah waktu yang sesuai untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan gigi di klinik gigi. Ada juga yang membawa anak ketika keadaan gigi anak sudah pun kritikal. Untuk ketahui bilakah waktu yang sesuai, ikuti perkongsian daripada Dr. Izaza Mohd Zan tentang pemeriksaan gigi pertama anak yang dikongsi di lama facebooknya.
“Doktor, nak tunggu anak berapa tahun ye untuk jumpa doktor gigi dan buat rawatan?”
Datang lah jumpa doktor gigi seawal 6 bulan atau gigi pertama tumbuh, mungkin pada usia 4 bulan ke atas
Bukan apa, bila anak dah tumbuh gigi pertama yang excited lebih sebenarnya mommy dia, sebab asik nak beli berus gigi je kan?
Lagi lagi kalau ada baby girl, memang gila nak beli macam-macam berus gigi princess. Tapi cara berus gigi tak betul, gigi jadi stained atau start berlubang
Bila gigi dah start berlubang, mak mak ni terus salahkan berus gigi, “Saya dah beli macam-macam berus gigi, tapi gigi anak rosak lagi, macam ne Doktor?”
Ye ke dah beli berus gigi macam-macam, “Cuba Puan tunjuk kat saya macam mana Puan berus kan gigi anak?”
Bila ummi tunjuk kan cara dia berus gigi anak, ermmm, patutlah gigi anak berlubang dan ada stained, sebab CARA BERUS SALAH
So, bukan salah berus gigi la ye kalau gigi anak berlubang, salah ibu yang tak berus gigi anak dengan cara yang betul
“Saya dah berus dah macam Doktor buat ni, tapi berlubang juga, cuma kalau gusi berdarah saya tak berus takut dia sakit”
Haaa, gusi berdarah ni tanda gusi tak sihat, ada sisa makanan atau sisa susu bawah gusi. Jadi, memang kena berus juga walaupun berdarah
Anak tak rasa sakit pun kalau gusi berdarah ni, boleh berus je dan berus sampai darah tak ada, kena berus tiap-tiap hari
Untuk tahu lebih lanjut mengenai gigi anak-anak, Dr. Izaza Mohd Zan boleh follow di laman facebook.
Siapa yang tak suka kucing kesayangan Nabi Muhammad SAW ini. Aksi dan kecomelannya buat hati boleh jadi cair. Apa lagi melihat aksi lasak dan manjanya setiap hari.
Membela kucing tidak salah tetapi ada sebabnya mengapa wanita hamil perlu menjauhi seketika.
Kucing juga cenderung sakit dan tidak kurang berparasit yang boleh memberi kesan kepada kita. Jangan cepat melatah kerana bukan semua kucing mempunyai parasit!
Doktor Suriyakhatun menjelaskan berkenaan hal ini iaitu sejenis parasit yang dinamakan Toxoplasma gondi. Jangan takut kerana bukan semua kucing mempunyai parasit malah ia hanya tersebar melalui najisnya sahaja.
Hati-hati ya jika membela kucing. Ada sejenis parasit, Toxoplasma gondi, yang boleh tersebar ke manusia melalui najis kucing. Bukan toxoplasmosis sahaja sebenarnya yang boleh dibawa kucing ada parasit lain lagi yang boleh tersebar.
Jika kucing berak dalam rumah, semasa bersihkan guna sarung tangan dan basuh tempat berkenaan dengan antiseptic seperti Chlorox untuk matikan parasit.
Jika berjalan diluar rumah hati-hati dengan tempat yang banyak najis kucing.
Toxoplasmosis boleh menyebabkan demam bengkak kelenjar dan jika sistem imun lemah boleh jangkiti otak. Ia boleh jangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan microcephaly serta terencat otak bayi.
Ini bukan bererti tidak boleh bela kucing tetapi kebersihan perlu di jaga dengan rapi dan kucing perlu di periksa dan dirawat serta di beri makan yang sewajarnya supaya tidak di jangkiti parasit.
PS. Ada banyak diskusi yang berikan info tambahan mengenai parasit ini.
Ini pula beberapa perkongsian yang dikongsikan oleh Doktor Suriyakhatun. Wajib baca!
Perlu Tahu:
Perkongsian yang sememangnya baik untuk kita jadikan panduan. Nak bermanja-manja dengan kucing langsung tak ada masalah, apatah lagi nak pegang dan gomol sepanjang masa sebaliknya berhati-hatilah dengan najisnya.
Cuci bersih pakai Clorox atau pembersih lain dan pastikan kucing kita sentiasa dalam keadaan bersih.
Kredit: Dr Suriyakhatun
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Susu tak ada” biasa kita dengari dari ibu lepas bersalin. Kebimbangan bayi lapar sering menghantui. Ibu sebenarnya perlu fahami realiti dan cabaran penyusuan sebenar.
Susu tiada selepas bersalin adalah persoalan yang selalu bermain di fikiran mama selepas bersalin. Soalnya benarkah susu benar-benar tiada? Jangan cepat mengalah sehingga memberikan bayi susu formula.
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang.
Menurut Kaunselor Laktasi, Noorfazila Abdul Rahman, susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui si ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi.
KURANG SOKONGAN & ILMU
Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU dan tak mampu menyusukan anak sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.
SOKONGAN PADU DARI SUAMI DAN PERSEKITARAN
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan keluar dengan banyak sejurus selepas melahirkan sedangkan realitinya bukan lah seperti itu. Bukan mudah untuk menjayakannya jika tiada sokongan padu dari suami dan persekitaran. Kerana penyusuan bukan sahaja tanggungjawab seorang ibu malah tanggungjawab seorang ayah.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini terutama bila melibatkan suatu tragedi sehingga meragut nyawa. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak lagi.
MENCARI ILMU PENYUSUAN
Apa yang dimaksudkan dengan persediaan awal ini ialah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu telah mula terhasil dan tersedia di dalam payudara ibu?
IA TERBENTUK SEJAK AWAL
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu yang sebenarnya badan ibu telah bersedia menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan. Ianya dikenali sebagai Fasa Memogenesis yang berlaku sekitar minggu ke 7 atau ke 8 kehamilan. Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu (Laktogenesis 1) untuk menghasilkan kolostrum telah pun bermula.
Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara ibu telah pun menghasilkan susu! Hebatnya ciptaan Allah swt ini kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu kerana pada waktu ini ada bayi yang dilahirkan pramatang. Jadi walaupun ibu bersalin pramatang, ibu tetap mampu menyusukan anak dan tetap ada rezeki susu ibu buat si bayi.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperolehi oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi yang disebut immunoglobulin. Selain terdapat antibodi, di dalam kolostrum terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
SUSU TIDAK ADA SELEPAS BERSALIN?
Benarkah susu tiada langsung selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu di dalam payudaranya kerana penghasilan kolostrum sudah bermula sejak 16 minggu usia kandungan cuma paras hormon ibu yang berbeza membuatkan ada ibu yang sudah mula keluar susu sejak sebelum melahirkan dan ada ibu yang hanya keluar pada hari ke 2-3 anak dilahirkan.
Jadi, untuk meningkatkan paras hormon prolaktin ini, rangsangan dari hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Sebab itulah ibu perlu mendapatkan anak secepat yang boleh untuk disusukan supaya proses pengeluaran susu akan lebih cepat berlaku.
Jadi setiap ibu perlu bersedia dan susukanlah anak anda dengan yakin tanpa ragu-ragu sama ada anak mendapat susu yang cukup atau tidak. Sememangnya bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang tersangat kecil.
Selain itu, warna kolostrum yang jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan dan ibu tidak sedar kehadirannya. Hanya rangsangan kerap pada payudara saja yang dapat membantu kolostrum tersebut diterima oleh bayi anda. Jadi ibu tak perlu panic jika anda melalui situasi seperti ini kerana ianya sesuatu yang normal dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah menyusukan anak sekerapnya termasuk disebelah malam.
Lebih kerap payudara ibu mendapat rangsangan lebih cepat kolostrum akan mula keluar, lebih banyak kolostrum akan diterima oleh bayi dan lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama 6 jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bila bayi menangis bukan lah semata-mata kerana dia kelaparan tapi banyak lagi factor lain yang menyebabkan bayi menangis. Jadi susukan lah anak anda kerana hanya penyusuan saja yang dapat menenangkan anak dan memberi keselesaan kepadanya.
Selain itu, ibu perlu memastikan pelekapan (latch on) yang betul dan posisi penyusuan yang tepat untuk memudahkan proses kelahiran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.