“Tak sangka secepat ini Afia tinggalkan ibu.” Hanya tiga tahun Allah pinjamkan, terlalu banyak momen bersama. Terima kasih Allah pinjamkan bidadari syurga ini.
Tak dapat nak dibayangkan perasaan seorang ibu yang kehilangan anak dan pergi dulu di saat anak-anak yang sebaya sedang riang membesar.
Namun ketentuan ilahi tiada siapa mampu menolaknya. Ternyata Allah menyayangi Nur Afia Mikayla.
Menerusi perkongsian di TikTok melissajefri, ibu kepada arwah adik Afia, ramai yang tersentuh hati melihat wajah comel anak syurga ini yang pergi selamanya selepas mengalami masalah kesihatan sejak lahir.
Pada 16 Julai lalu, Allah ambil pinjaman untuk ibu ayah Afia ini dengan penuh reda walaupun hati masih sedih. Kini dah tiada kesakitan perlu ditanggung adik Afia.
Apa yang menyentuh hati, anak syurga ini dikebumikan di kawasan perkuburan yang betul-betul bersebelahan rumah keluarganya.
Ads
Diharapkan ibu dan ayah adik Afia kuat dan pasti ada yang lebih baik Allah gantikan selepas ini. Bukan mudah untuk menerima kehilangan insan tersayang tetapi ini jugalah tiket untuk ibu ayah Afia ke syurga nanti.
Lobak merah dan mata, adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama. Malahan ia menjadi kepercayaan kebanyakan mommies di luar sana. Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan?
Propaganda lobak merah
Lobak lazimnya dikatakan sebagai 1 ubat ajaib yang dapat menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan pada waktu malam. Mungkin ada di antara kita yang mempersoalkan mengenai perkara ini, adakah ia benar atau sekadar auta semata-mata, bukan?
Lobak dan manfaatnya kepada mata telah menjadi kepercayaan kebanyakan individu di dunia ini dalam meningkatkan kesihatan mata. Walaupun ada kebenaran mengenainya, namun asal usul tersebarnya berita ini bermula daripada mitos.
Semasa Perang Dunia II, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan radar, satu teknologi baru ketika itu untuk menyasar dan menembak jatuh pesawat musuh.
Mitos mengenai kehebatan lobak ini disebarkan bagi menutup rahsia teknologi baru tersebut yang mempunyai keupayaan memberikan ketepatan visual kepada juruterbang daripada pengetahuan musuh, iaitu pihak Nazi Jerman.
Bermula daripada itulah, propaganda mengenai kehebatan lobak merah atau carrot yang kononnya dapat meningkatkan penglihatan pada waktu malam tersebar dan dipercayai sehingga ke hari ini.
Hubungan lobak merah dan penglihatan
Carrot merupakan antara sayuran yang popular dan menjadi kegemaran kebanyakan individu. Sayuran rangup dengan nama saintifik Daucus carota ini kaya dengan pelbagai khasiat seperti:
Selain itu lobak juga kaya dengan lutein, iaitu antioksidan penting dalam membantu memperbaiki tahap kesihatan individu. Makanan tinggi kandungan lutein akan meningkatkan ketumpatan pigmen dalam makula.
Apabila ketumpatan pigmen meningkat, ia akan dapat membantu melindungi retina. Keadaan ini sekali gus akan mengurangkan risiko kemerosotan penglihatan.
Beta-karotena yang terdapat dalam lobak merah juga bermanfaat dalam membantu fungsi penglihatan. Selepas dimakan, mineral ini akan bertukar bentuk kepada vitamin A yang dikenali sebagai retinol dan boleh dicerna badan.
Kekurangan beta-karotena atau turut dikenali sebagai karotenoid yang penting untuk penghasilan vitamin A dalam badan akan meningkatkan risiko berlakunya masalah penglihatan apabila dalam keadaan kurang pencahayaan.
Mitos lain berkaitan mata
Selain daripada carrot, terdapat juga 3 mitos lain berkaitan mata yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Jom kita bongkar!
Tengok televisyen pada jarak dekat
Selalunya kita akan melarang anak-anak daripada menonton televisyen (TV) pada jarak yang terlalu dekat kerana mempercayai ia akan merosakkan penglihatan, betul?
Tetapi hakikatnya, duduk pada jarak yang dekat ketika menonton TV hanya akan menyebabkan anda berasa sakit kepala tetapi TIDAK akan menjejaskan penglihatan anda.
Sinaran biru yang ada pada televisyen membahayakan mata jika terdedah secara berlebihan. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan pada retina, sekali gus menyebabkan kerosakan serius pada mata.
Membaca dalam keadaan gelap
Sebenarnya, situasi ini sama seperti menonton TV pada jarak dekat. Ia boleh mengakibatkan anda mendapat sakit kepala atau mata menjadi penat. Namun ia TIDAK sampai menyebabkan tahap penglihatan anda merosot.
Kebergantungan kepada cermin mata atau kanta lekap
Jika anda adalah individu yang memakai cermin mata, mesti pernah mendengar bahawa pemakaian cermin mata hanya akan membuatkan penglihatan anda menjadi lebih teruk. Tetapi betul ke?
Ia TIDAK BENAR sama sekali. Keupayaan penglihatan mata anda tidak akan merosot kerana penggunaan cermin mata atau pemakaian kanta lekap. Preskripsi tahap mata anda mungkin akan berubah tetapi ia bukan disebabkan cermin mata atau kanta lekap.
Sebaliknya peningkatan itu berlaku seiring dengan peningkatan usia atau didasari oleh sebarang masalah berkaitan kesihatan.
Sayangilah mata
Jadi mitos mengenai lobak merah adalah SAHIH. Ia sememangnya baik untuk memperbaiki tahap penglihatan, cuma kerap makan lobak tidaklah sampai membuatkan anda memiliki mata yang berkuasa pada waktu malam.
Apapun, mata merupakan satu deria yang penting bagi setiap individu. Amat penting untuk anda memberikan penjagaan yang terbaik pada mata. Jika menyedari sebarang masalah berkaitan mata, lakukan pemeriksaan dengan segera, jangan melengah-lengahkan masa, okay?
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah bertambah seorang lagi ahli baru dalam keluarga. Pastinya perasaan syukur dan teruja itu diluahkan penyanyi Nubhan apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.
Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi.
Menerusi Mstar Online, Nubhan mengucapkan rasa bersyukur ke hadrat ilahi kerana semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka.
“Perasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.
“Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar,” katanya.
Terdahulu, Nubhan memuat naik foto dan berkongsi mengenai kelahiran cahaya mata ketiganya itu di instagram.
Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia merancang untuk memiliki dua lagi cahaya mata.
“Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah!
Sementara itu, melalui perkongsian di instagram Dr Afifah, dia memberitahu kelahiran anak ketiga mereka adalah secara indius;
“Ramai yang tanya kenapa fie induce….Fie induce bila kandungan dah cecah 39weeks 1 day and fie dah ready to deliver baby with my favourite dr, Dr. Rosy. I trust her and if fie wait maybe fie tak dapat beranak dengan Dr. Rosy sebab dia kursus lah pulak. And all the nurses dekat labour room sangat membantu. Sangat peka with my needs.
Fie sangat thankful dengan all the nurses. Tak tau nk cakap mcmane but semua nurses yg bantu fie during my delivery sangat menyenangkan. Sangat considerate. Im so thankful.. rasa macam family sebab banyak nurse sama since lahirkan Aafiya sampaila anak 3.”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam dengan suhu antara 38 hingga 40 darjah Celcius adalah demam yang ketara. Ia merupakan gejala yang selalunya bermaksud terdapat sesuatu jangkitan pada sistem tubuh badan anak anda. Jangkitan itu mungkin dari jenis virus atau bakteria, dan boleh berlaku di mana-mana sistem atau organ anak.
Elak jangkitan
Oleh kerana kebanyakan ibu bapa bekerja dan menghantar anak-anak seusia ini ke taman asuhan, anak- anak sering terdedah kepada jangkitan virus dari kanak-kanak lain yang berada di taman asuhan yang sama. Ini kadang-kadang tidak dapat dielakkan kerana mereka berada dalam tempat yang sama dan dijaga oleh penjaga yang sama. Oleh yang demikian ibu bapa berperanan untuk elakkan dari menghantar anak yang kurang sihat ke taman asuhan dan penjaga/pengusaha taman asuhan harus peka dan tegas untuk menyaring kanak-kanak yang kurang sihat. Cara untuk mengurangkan risiko jangkitan yang utama juga adalah dengan mengamalkan tabiat cuci tangan dengan baik.
Ambil vaksin
Salah satu langkah untuk mengelakkan jangkitan yang serius adalah dengan memastikan anak anda mendapat vaksinasi/imunisasi dengan lengkap. Vaksinasi telah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan serius dengan berkesan di seluruh dunia. Ambil vaksin seperti yang disyorkan dalam program imunisasi kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan. Lebih baik lagi sekiranya ibu bapa yang berkemampuan juga mengambil imunisasi tambahan seperti vaksin pneumococcal, rotavirus dan influenza.
Gaya hidup sihat
Gaya hidup yang sihat juga adalah antara faktor atau langkah pencegahan yang penting terhadap jangkitan penyakit. Ibu bapa haruslah sentiasa memastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang. Ini penting kerana makanan yang seimbang akan membekalkan nutrisi pemakanan yang secukupnya agar sistem imun anak anda sentiasa berada di tahap optimum. Mengamalkan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.2 hingga 1.5L sehari juga penting untuk membantu mengekalkan integriti tisu badan agar dapat melawan serangan jangkitan kuman.
Dapatkan nasihat doktor
Sekiranya anak demam ibu bapa disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor akan memeriksa anak anda untuk memastikan jenis jangkitan supaya ubat yang sesuai dapat diberikan agar jangkitan dapat dikawal dengan baik. Sekiranya anak anda memerlukan pemantauan dan rawatan yang lebih rapi, doktor akan mengesyorkan supaya anak anda dimasukkan ke wad.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.