Bank Simpanan Nasional (BSN) telah meraikan peserta-peserta BSN Smart Junior (BSJ) Junior Camp peringkat Kebangsaan 2019 dalam Majlis Penutup bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor.
Program kem selama dua (2) hari ini telah berlangsung pada 6 November lalu
melibatkan seramai 250 orang murid (24 buah sekolah terlibat) dari lima (5) negeri
iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Melaka dan Negeri Sembilan. Program BSJ
Junior Camp merupakan program kem yang julung kali diadakan oleh BSN dengan
kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kesemua peserta terlibat adalah murid-murid berusia antara 11 tahun hingga 15 tahun.
Majlis Penutup BSJ Junior Camp telah dihadiri oleh Encik Roslan Shaarip,
Penolong Pengarah Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum mewakili
Encik Zainal Abbas, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut sama hadir di majlis berkenaan adalah
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN; wakil-wakil KPM
dan Jabatan Pendidikan Negeri serta pengurusan BSN yang lain.
Ditubuhkan pada pada tahun 1997, BSJ adalah kelab simpanan di bawah kelolaan BSN
untuk para pelajar seawal usia 7 hingga 20 tahun membuat simpanan.
Berbeza dengan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP), BSJ tidak memberi ganjaran
kepada ahli melalui pertandingan simpanan tetapi ia menawarkan kelebihan-kelebihan
menarik kepada ahli dan salah satunya adalah aktiviti luar sekolah seperti program BSJ
Junior Camp.
Ads
Melalui program ini, para ahli berpeluang untuk melakukan aktiviti kem seperti Treasure
Hunt, Abselling, Water Confident, Survival cooking, Permainan Dinamik serta
Pengurusan Kewangan oleh Bank Negara. Pada tahun ini, program BSJ Junior Camp
Peringkat Kebangsaan dianjurkan pada 6 & 7 November 2019 dan Peringkat Negeri pula
dianjurkan di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu pada 16 & 17 November 2019
melibatkan 80 orang murid dari dua (2) negeri iaitu Terengganu & Kelantan.
“Sememangnya mandat yang didokong oleh BSN adalah untuk memperkasakan
simpanan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda seperti pelajarpelajar sekolah. Atas dasar itu, BSN telah menyediakan pelbagai saluran simpanan
di samping memperkenalkan skim simpanan menarik khas untuk para pelajar seperti
SGSP dan BSJ. Walau bagaimanapun, menggalakkan simpanan sahaja tidak
mencukupi. Ia juga perlu didatangkan dengan ciri-ciri atau kelebihan menarik lain agar
para pelajar terus berminat untuk menyimpan. Lagi pula, aktiviti kokurikulum seperti kem
ini adalah penting untuk membina sahsiah dan keperibadian pelajar ketika menempuhi
cabaran dan menangani masalah terutamanya skil survivor di dalam hutan,” kata
Encik Mujibburrahman Abd Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN.
Ads
Selain aktiviti kem, BSJ juga telah mengadakan beberapa aktiviti luar sekolah yang lain
seperti Program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di Petrosains
melibatkan lebih 1,000 ahli BSJ di seluruh negara.
Ads
Ahli BSJ juga boleh menikmati pelbagai diskaun dari rakan niaga BSJ yang dilantik
seperti Petrosains, Zalora, Lazz Marketing dan banyak lagi. Setiap ahli juga turut
diberikan perlindungan insurans kemalangan berkelompok 24 jam termasuk belanja
pengurusan pengebumian sebanyak RM3,000 selain peluang untuk mendapatkan kadar
pulangan yang tinggi sehingga 1.70%.
Sehingga September 2019, lebih 327 ribu orang pelajar di Malaysia telah menyertai
BSJ. Selain itu, sebanyak lebih 9,000 buah sekolah juga telah menyertai BSJ pada
tahun ini. Jumlah ini adalah 88% daripada jumlah keseluruhan 10,208 sekolah
di Malaysia yang menyertai program SGSP. Lebih membanggakan lagi, sejumlah 1,266
daripada angka tersebut merupakan sekolah angkat BSN. Para pelajar yang ingin
menyertai program BSJ perlulah memiliki akaun simpanan BSN dan mempunyai baki
simpanan RM150, RM300 atau RM500. Para pelajar juga perlu melengkapkan borang
permohonan menjadi ahli BSJ di mana-mana Cawangan BSN berhampiran.
BSN juga terus memperkasakan lagi sikap menabung di kalangan pelajar dan pihak
sekolah melalui program-program lain seperti SGSP, BSN Educate serta Sekolah
Angkat & Buku Wang Saku (BWS) di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Malaysia.
BSN juga sedang menjalankan Kempen #JomMenabung yang terbuka kepada semua
pelajar berumur 7 – 20 tahun. Kempen ini menawarkan hadiah berjumah RM140,000.
Kempen akan berakhir pada 31 Disember 2019.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan inisiatif dan produk simpanan BSN,
sila layari www.mybsn.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena peraduan Simpan Challenge SSPN x Pa&Ma yang diadakan pada Ogos lalu yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa pentingnya membuat simpanan awal buat anak, nampaknya orang ramai mula peka mengenai hal ini.
Ini berikutan hampir 100 penyertaan diterima oleh pihak SSPN dan Pa&Ma sepanjang peraduan ini dibuka kepada umum dengan memberi peluang kepada ibu bapa merakam aksi anak menolong buat kerja rumah serta reaksi mereka setelah menerima upah.
Dalam peraduan ini juga, ibu bapa perlu merakam gelagat anak apabila disuruh menabung dan di postkan di Instagram masing-masing sebelum penilaian di buat oleh juri. Dengan menggunakan #DoItBaruBerduit sememangnya momen ini memberi kegembiraan buat anak.
Setelah penjurian dilakukan, sebanyak 13 video yang dihantar telah terpilih untuk memenangi hadiah akaun SSPN iaitu tiga hadiah utama dan 10 hadiah saguhati.
Bagi meraikan pemenang peraduan Simpan Challenge, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Ibu Pejabat PTPTN di Kuala Lumpur.
Hadir pada majlis penyampaian hadiah tersebut adalah Cik Mastura Mohd Khalid, (Ketua Pegawai Operasi PTPTN), Puan Wan Erni Liza Md Izatzi, (Managing Editor Family & Parenting) dan Puan Emy Haznida Hazairul Sham (Editor Pa&Ma).
Dalam ucapan ringkas Cik Mastura, beliau mengharapkan kolaborasi antara pihak SSPN bersama Pa&Ma ini dapat terus memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai pentingnya membuat simpanan dari awal demi masa depan anak.
Hanya RM1 sehari, sebulan RM30 sedikit sebanyak ia dapat membantu ibu bapa dari pelbagai latar belakang untuk memikirkan yang terbaik buat anak. Seandainya anak dapat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, semestinya simpanan ini sangat berguna.
Sementara itu, untuk tempat pertama peraduan Simpan Challenge telah dimenangi oleh Puan Chew Saw Tean dari Pulau Pinang namun atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan telah diwakilkan kepada En Suhaizal Yusof. Manakala untuk pemenang tempat kedua, dimenangi oleh Encik Mohd Zulkhairi Abdullah dari Kota Kinabalu, Sabah dan tempat ketiga dimenangi oleh Puan Emilia Salim dari Johor Bahru.
Hadiah untuk tempat pertama adalah akaun SSPN bernilai RM500, tempat kedua akaun SSPN bernilai RM300 dan tempat ketiga akaun SSPN bernilai RM200. Bagi 10 hadiah saguhati akaun SSPN bernilai RM100.
Wakil pemenang tempat pertama
Sedikit ringkasan mengenai peraduan Simpan Challenge ini, sebenarnya ia bermula melalui Zoom Class E Workshop Financial Parenting yang dianjurkan oleh SSPN dan panel jemputannya ialah Dr Azuraida Shahadan dengan mengupas topik Tip Urus & Simpan Duit Anak Sampai Jadi Berganda.
Wakil pemenang tempat kedua
Selain Dr Azuraida, selebriti jemputan, Dato Dr Fazley Yaakob juga turut memberi sokongan apabila merakam video anaknya yang diminta membuat kerja sebelum diberi upah dan videonya itu menjadi rujukan untuk peserta menghantar video anak masing-masing.
Pemenang tempat ketiga
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keadaan ekonomi masa kini yang menyaksikan kenaikan harga barang, sedikit sebanyak membebankan poket pengguna. Jadi, anda perlu pandai menguruskan kewangan. Jika kena caranya, tentu penjimatan dapat dilakukan.
Bagi anda yang mempunyai anak kecil pasti terasa bebannya. Maklum sahajalah banyak barangan keperluan anak terkena tempias kenaikan harga. Salah satu barang keperluan anak bawah tiga tahun yang memang tidak boleh habis dan sentiasa kena ada ialah lampin pakai buang (diaper).
Walaupun anda membeli barangan pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran, jika kualitinya tetap sama, berbaloi bukan? Bagi mendapatkan diaper anak pada harga yang murah berbanding harga pasaran, anda boleh praktikkan tip-tip ini.
Beli di kedai sensei
Belilah diaper pada harga yang lebih murah di kedai ubat Cina yang memang sinonim dengan nama kedai sensei. Tidak dapat dikenalpasti, mengapa harga barangan yang dijual di sini kebanyakannya lebih murah berbanding harga pasaran luar.
Selain daripada diaper, harga susu pun murah. Kadang-kadang perbezaaan harganya jauh berbeza juga. Jadi, segera kenal pasti lokasi kedai sensei berhampiran rumah anda. Nanti, mudahlah anda hendak membeli barang keperluan si kecil
Beli di gedung membeli-belah secara online
Kadang kala, gedung membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11st dan lain-lainnya ada menawarkan promsi diskaun atau harga murah. Contohnya di Lazada. Anda boleh dapatkan lampin pakai buang yang murah terutamanya jenama Drypers. Lebih menyeronokkan bila membeli-belah di Lazada, kos penghantarannya adalah percuma. Terdapat banyak lagi jenama murah lain yang boleh didapati di gedung membeli-belah secara online.
Borong di ekspo bayi
Tentu anda biasa berkunjung ke ekspo yang menjual pelbagai barang keperluan bayi, bukan. Jika berkunjung ke sana, pada hari pertama ekspo berlangsung, anda dapat melihat ramai pengunjung menyerbu booth yang menjual lampin pakai buang.
Selain dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran, anda juga berpeluang untuk mendapat pelbagai jenis hadiah sampingan yang ditawarkan. Berbaloi bukan? Walaupun perlu beratur panjang, banyak benda boleh dapat dalam satu masa. Siapa tidak suka beli satu tetapi dapat dua barang atau lebih. Inilah namanya pembelian bijak.
Promosi di pasar raya
Pasar raya besar seperti Tesco, Giant, AEON Big dan lain-lain kerap kali mengadakan promosi barangan bayi pada waktu tertentu. Jadi, anda kena rajin menjenguk laman web atau singgah ke pasar raya tersebut pada hujung minggu. Jika langkah kanan, dapatlah anda memborong lampin pakai buang bayi itu pada harga yang lebih murah berbanding harga biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak seronok kalau dapat hadiah dalam kotak yang cantik. Bukan sahaja barangan yang diperolehi sahaja kita nak simpan tapi kotak yang cantik itu pun nak disimpan sekali. Ia juga boleh digunakan semula untuk menyimpan barangan peribadi dan sebagainya.
Bagi yang baharu mendapat anak dan merancang untuk mengadakan majlis aqiqah, sudah tentu ada bingkisan hadiah untuk diberi kepada tetamu jemputan. Apa kata gunakan kotak comel bagi meletakan cenderahati untuk tetamu. Ia pasti akan diingati oleh si penerima.
Trend perniagaan dalam talian juga membuatkan permintaan terhadap kotak semakin tinggi. Selain memudahkan proses penghantaran, penggunaan kotak juga lebih selamat untuk memastikan barangan yang dikirim selamat sampai.
Adakah anda salah seorang yang sedang mencari kotak untuk perniagaan, pemberian hadiah dan sebagainya? Jangan risau, kerana ada banyak pilihan rekaan dan saiz yang boleh anda pilih mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.
Empayar Kotak, satu jenama yang sangat dikenali sebagai pengeluar produk kotak terunggul di Malaysia bersedia memberikan khidmat mengikut permintaan pelanggangnya.
Empayar Emier Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang semakin kukuh sejak Februari 2018 dalam penghasilan produk percetakan dan pembungkusan. Kepakaran Empayar Emier dalam produk kotak membuatkan syarikat ini menjenamakan Empayar Kotak untuk fokus kepada produk packaging customize.
Perkhidmatan utamanya termasuk mereka bentuk kotak, stiker dan beg kertas perniagaan. Dengan menggunakan tagline “Pakar Kotak Anda” sudah tentu rekaan dan saiz kotak idaman anda dapat direalisaikan oleh Empayar Kotak.
Walaupun ibu pejabat Empayar Kotak berada di Shah Alam dan mempunyai dua cawangan lain di Ayer Keroh, Melaka dan Sungai Dua, Pulau Pinang tetapi dengan kemudahan sistem teknologi dan pengangkutan pantas hari ini, mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia. Insha Allah kotak-kotak pesanan pelanggan akan sampai dengan baik.
Bukan itu sahaja sesiapa yang mencari kotak sedia guna juga boleh datang ke Empayar Kotak Retail di Shah Alam. Di sini terdapat kotak sedia guna pelbagai saiz dan jenis seperti corrugated box, gift box dan kotak kek yang boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda mencari kotak untuk sebarang acara, pemberian hadiah atau perniagaan, jangan lupa jenguk di laman web atau Instagram Empayar Kotak untuk membuat pilihan mengikut citarasa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.