Ada pelbagai cara untuk membesarkan anak mengikut acuan tersendiri. Hal ini termasuklah dalam memastikan anak dapat dibentuk menjadi insan yang pintar mindanya dan pada masa yang sama sihat dan kuat fizikalnya juga.

Dalam memenuhi hasrat memiliki anak sebegini, ibu bapa perlu melakukannya sejak daripada usia anak kecil lagi. Jom lihat apa yang patut anda berdua lakukan.

1. Penuhi keperluan nutrisi pemakanan

Anda perlu sediakan dan beri anak makanan berkhasiat yang seimbang kandungan nutrisinya. Cara ini dapat membantu fizikal anak anda menjadi kuat. Secara tidak langsung, ia menolong dia memiliki tubuh badan yang sihat dan otaknya pintar.

Jadi, pastikan setiap hidangan makanan yang diambilnya mempunyai semua keperluan nutrisi yang diperlukan oleh si kecil membesar. Ia perlu lengkap dan mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan DHA juga.

Selain daripada itu, ajar anak untuk amalkan pemakanan sunah yang ternyata baik untuk kesihatan tubuh badan dan merangsang perkembangan otak juga. Antaranya kurma, kismis, madu, delima, susu kambing dan banyak lagi.

2. Memberi sarapan pagi yang sihat

5 Cara Ini Jika Dilakukan Dari Awal Boleh Buat Anak Pintar, Sihat Dan Kuat. Terbukti Berkesan!Makanan membekalkan sumber tenaga. Jadi, mulakan hari dengan mengambil makanan yang berzat agar hari yang dilalui itu dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk itu, anda perlu disiplinkan anak-anak tidak meninggalkan sesi makan setiap pagi.

IKLAN

Jadi, anda sendiri mesti melakukan tabiat yang sama dan perlu rajin menyediakan makanan untuk sesi sarapan yang mampu memberikan bukan sahaja tenaga tetapi yang boleh memantapkan perkembangan otaknya. Paling mudah dan ringkas yang boleh disediakan ialah roti bijirin penuh yang dimakan bersama telur hancur dan segelas susu rendah lemak.

3. Galakkan makan buah-buahan superfruit

5 Cara Ini Jika Dilakukan Dari Awal Boleh Buat Anak Pintar, Sihat Dan Kuat. Terbukti Berkesan!Ada anak yang tidak suka makan sayur sedangkan ia memberi sumber vitamin yang baik untuk fizikal dan mental. Jika ia berlaku kepada diri anak anda, jangan terlalu bimbang. Gantikannya dengan buah-buahan yang dia suka.

Namun begitu, galakkan juga anak anda makan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan. Buah-buahan superfruit adalah pilihan terbaik. Antaranya strawberi, bluberi, anggur hitam, epal, oren, delima dan buah naga.

IKLAN

Dalam pada itu, beri anak makan dalam bentuk segar dan mentah kerana ia lebih berzat. Antara lain, digalakkan untuk makan buah dahulu sebelum mengambil nasi atau karbohidrat yang lain bagi mengelakkan rasa mengantuk dan lemah semasa menghadapi pelajaran.

4. Ajak anak beriadah

5 Cara Ini Jika Dilakukan Dari Awal Boleh Buat Anak Pintar, Sihat Dan Kuat. Terbukti Berkesan!Keraplah melakukan aktiviti luar rumah bersama anak-anak. Paling kurang, seminggu sekali. Bukan sahaja tubuh menjadi sihat, mental pun sama terjaga tahap kesihatannya. Anda boleh mengajak anak berlari-lari anak atau joging di taman permainan di kawasan perumahan.

Aktiviti riadah terbukti baik untuk otak kerana dapat menjadikan anak fokus kepada sesuatu tugasan. Malah, pernafasannya pun terkawal apabila aliran masuk dan keluar oksigen dan karbon dioksida berjalan lancar. Bila tubuh sihat, secara langsung ia menjadikan otak pun sama-sama sihat.

IKLAN

5. Amalkan suplemen

 

Suplemen baik untuk diamalkan sekiranya anda kurang yakin dalam memberikan makanan berkhasiat sepenuhnya kepada anak. Dengan Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang terdapat dalam dua varian iaitu DHA dan Manuka Honey, ia menjadi snek sihat kepada si kecil.

Mengandungi 100% Premium Australia Milk dan kaya dengan Manuka Honey, membantu anak anda menguatkan sistem ketubuhannya. Malah ia juga kaya dengan kalsium yang membantu anak menjadi tinggi.

Manakala Nature’s Way Kids A+ Milk Calcium Buttons yang kaya dengan DHA pula, bagus untuk membantu merangsang anak menjadi kanak-kanak yang bijak. Sama juga halnya jika anak anda mengamalkan Nature’s Way Kids A+ Omega-3 Fish Oil. Ia mengandungi kandungan DHA yang tinggi, baik untuk perkembangan otak, daya tumpuan, minat belajar dan sikap peribadi si kecil.

Suplemen-suplemen ini bukan sahaja snek yang sihat, malahan menyihatkan badan dan mind ajika diambil konsisten. Dapatkan produk-produk ini melalui pembelian online di Lazada. Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI