Ramai yang tak tahu tentang khasiat keledek ungu. Rugi rasanya kalau ibu ayah tak jadikan keledek ungu sebagai kudap-kudapan untuk anak-anak.

Keledek Ungu Bagus Untuk Otak & Usus! Rugi Tak Hidang Super Food Ini Pada Anak

Ubi keledek mengandungi komponen yang membantu fungsi otak dengan baik, antaranya choline dan manganese. Chroline adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Mangan pula penting untuk kesihatan otak. Ia mengikat kepada neurotransmitter dan membantu menggerakkan impuls elektrik melalui badan anda dengan lebih cepat. Anda boleh menemui 43% nilai harian mangan anda dalam satu cawan ubi keledek bakar.

KELEDEK UNGU ialah SUPER FOOD. Anti oksida tinggi. Juga anti radang.

Keledek Ungu Bagus Untuk Otak & Usus! Rugi Tak Hidang Super Food Ini Pada Anak

Bagus untuk OTAK. Bagus untuk usus.

Saiz sederhana besar bekalkan 400% vitamin A.

Vitamin A untuk apa?

IKLAN

Vitamin A perlu untuk kulit. Untuk mata. Zaman ber’smart phone’ penting ambil vitamin ini.

Supaya mata tajam menikam walau dalam kelam. Pandangan tidak suram.

Dalam kajian yang dimuat di Journal Food Functional 2015, KELEDEK UNGU turunkan uric asid sebanyak 30%. Terima kasih pada anti oksidanya – anthocyanins.

Antara kelebihan lain:

1. Vitamin B6
Ubi keledek mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan larutan kimia homosisteina di dalam badan. Homosisteina dikaitkan dengan penyakit degeneratif termasuk serangan jantung.

IKLAN

2. Vitamin C
Vitamin C di dalam ubi keledek penting untuk pembentukan tulang dan gigi, penghadaman, dan pembentukan sel darah. Ia juga baik untuk menyembuhkan selesema dan virus influenza. Vitamin C juga mempercepatkan penyembuhan luka dan menghasilkan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit bak remaja.

3. Anti-oksidan
Memakan ubi keledek membantu melindungi badan dari toksin yang membawa kepada kanser.

4. Zat Besi
Kandungan zat besi di dalam ubi keledek menyokong sistem imun dan memastikannya berfungsi dengan baik di dalam badan. Ia memberikan tenaga, membantu pengeluaran sel darah putih, menentang stres, dan memetabolismekan protin.

5. Magnesium
Ubi keledek merupakan sumber magnesium. Magnesium penting untuk kesihatan arteri darah, tulang, jantung, otot, dan fungsi saraf.

6. Pottasium
Potassium yang diketahui ada di dalam pisang juga turut ada di dalam ubi keledek. Potassium mengawal degupan jantung dan signal saraf. Ia juga melegakan pengecutan otot, mengurangkan bengkak, dan melindungi serta mengawal aktiviti buah pinggang.

IKLAN

7. Gula
Rasa ubi keledek yang semulajadi manis tidak bermakna ia tidak baik untuk kesihatan. Ia dilepaskan dengan perlahan ke dalam darah untuk memastikan keseimbangan sumber tenaga.

8. Karotenoid
Warna oren pada ubi keledek menunjukkan yang ia tinggi karotenoid seperti beta karoten dan sejenisnya. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan menggalakkan ketahanan kita kepada penyakit. Ia merupakan antioksidan kuat yang mencegah kanser dan melindungi diri daripada tanda-tanda penuaan.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard menunjukkan ada 32% pengurangan risiko penyakit kanser paru-paru pada mereka yang memasukkan karotenoid dalam diet mereka. Karotenoid juga membantu mengurangkan kemungkinan serangan semula kanser pada tubuh.

Banyak lagi kebaikan KELEDEK UNGU. Dengan fiber yang tinggi ia tinggikan rasa kenyang. Laporan tentang ubi ini turunkan berat badan ada di Journal Nutritional Research 2011. Berat turun seawal minggu ke 4.

Boleh cuba. Masak dengan kreativiti masing masing. Yang penting hidup akan lebih sihat.

Kredit: DrRizal Abu Bakar

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI