5 Cara Saharul Ridzwan &  Deena Emir Buat Ini Boleh Ditiru. Patutlah Ali Cergas & Cerdik!

Share

Anak Saharul Ridzwan & Deena Emir, Ali comel sangat! Cara didikan yang diberikan sejak awal membuatkan si kecil ini cergas dan cerdik.

Si kecil Muhammad Luth Ali ini sering menjadi tumpuan peminat babanya. Bayi yang berwajah saling tidak tumpah Saharul Ridzwan ini cerdik dan cergas. Apa agaknya asuhan Saharul dan Deena lakukan?

Lima aktviti ini sering kali menjadi kebiasaan kepada Saharul dan Deena buat kepada Ali. Aktiviti santai dan menyeronokkan ini ternyata membuahkan hasil bonding yang ketara antara mereka bertiga dan perkembangan yang baik buat Ali.

1-Berbual-bual dengan Ali

Deena dan Saharul kerap berbual-bual dengan Ali dalam pelbagai situasi. Semasa makan dan bermain, kedua-duanya cuba menggunakan masa semaksimum mungkin bersama Ali. Tahukah anda berbual-bual dengan bayi sangat disarankan kerana ia boleh meningkatkan aktiviti otak dan akan memudahkan penguasaan bahasa dan pertuturan mereka kelak.

2.Rangsangan sentuhan

Bayi memang sukakan sentuhan, lebih-lebih lagi sentuhan daripada ibu dan bapanya. Ia memperkuatkan pertalian emosi dan bonding yang baik. Bayi yang stabil emosi dan sering diberi sentuhan kurang meragam dan mudah menguasai potensi dirinya.

3-Mengajar sebutan perkataan

Deena sering kali mengajar Ali untuk menyebut beberapa perkataan dan ia berjaya merangsang Ali untuk menyebut beberapa perkataan pada usia yang muda. Baru-baru ini Ali sudah berjaya menyebut ‘Allah’ dan beberapa perkataan lain.

4- Rangsangan menggunakan permainan

Saharul dan Deena juga menyediakan permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan Ali. Rangsangan menggunakan permainan amat baik untuk perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Membacakan buku kepada bayi juga salah satu aktiviti yang baik.

5-Membiarkan penerokaan tetapi dipantau

Ramai ibu bapa yang terlalu menyekat pergerakan bayi dengan alasan bimbang sekiranya ruang tersebut tidak sesuai untuk bayi. Pergerakan seperti merangkak penting untuk pertumbuhan fizikal. Paling mustahak ialah kawalan dan pemantauan.

 

Sumber: Instagram Muhammad Luth Ali, Saharul Ridzwan & Deena Emir

 

 

IKLAN