Mencari lokasi strategik tempat makan mesra kanak-kanak sekitar Selangor. Tentunya ibu ayang perlukan ruang makan seperti ini supaya dapat makan dengan tenang. “Dah lama tak makan luar. Rasa nak makan steaks atau pasta je. Tetapi bimbang anak-anak cepat bosan, kemudian mengamuk. Mesti makan tak tenang! Persoalannya, ada ker kafe atau restoran yang menyediakan mini kawasan permainan untuk anak-anak melakukan aktiviti. Jika ada barulah dapat makan dengan aman!”
Buat papa mama yang tinggal sekitar Selangor, 5 lokasi tempat makan ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Bukan hanya menyediakan ruang permainan untuk kanak-kanak atau ‘play area’ malah menu juga dikatakan menepati selera.
1.Kopimeo, Seksyen 9 Shah Alam
Mencari kafe yang santai? Jom singgah ke kafe hipster ini dengan memperlihatkan gitar-gitar tergantung di dinding kafe. Bersesuaian dengan konsepnya, ruang yang terhad tetap menjamin keselesaan. Sambil menjamu selera seperti pasta atau kek, ibu bapa tidak perlu risau anak-anak bermain di sudut permainan yang disediakan. Menu istimewa untuk anak-anak pula antaranya hot dog dan churros.
Waktu Operasi: 12 tengah hari – 10 malam | Tutup pada hari Jumaat
2.Gula Cakery – Kota Kemuning Selangor
Keistimewaan kafe ini ialah mempunyai kelas belajar memasak untuk anak berusia tiga tahun ke atas. Dekorasi yang ceria dan ruang yang luas membuatkan anak-anak selesa mengikuti kelas. Sambil anak mengikuti kelas, ibu bapa boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat yang disediakan di kafe ini.
Ads
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Isnin.
3.Rimba & Rusa, Kota Damansara
Dekorasi restoran ini memang menambat hati. Selain suasana yang selesa untuk menjamu hidangan dengan menu yang menyelerakan, si cilik boleh bermain dengan riang di tingkat atas. Antara menu yang disediakan termasuk hidangan tempatan, barat termasuk smoothie, salad dan pasta.
Ads
Waktu Operasi: 8 pagi-11 malam (Selasa – Ahad) | 4 petang – 11 malam (Jumaat) | Tutup pada hari Isnin
4. Blokke Cafe – Citta Mall
Ads
Kafe ini berkonsepkan lego. Sebaik sahaja masuk dalam kafe ini ada ruang untuk anak-anak bermain lego. Antara makanan yang disediakan termasuk lasagna, nasi lemak, kek, brownies dan crepe. Minuman pula seperti milkshare, teh dan kopi serta aiskrim. Kafe berkonsep santai ini sesuai untuk geng ibu-ibu buat perjumpaan. Sambil anak main lego, geng mak-mak boleh santai-santai. Dalam pada itu, terdapat tiga zon yang oleh anak melakukan aktiviti iaitu Builders’ Zone, Car Race Zone, Soft Brick Zone, dan Duplo Play Zone. Selain itu kafe ini menganjurkan workshop untuk anak-anak waktu cuti sekolah dan meraikan sambutan hari jadi.
5.Sköhns Canteen, Damansara Perdana
Kafe ini terkenal dengan makanan steaks yang lazat. Ibu bapa yang ingin menjamu selera boleh membawa anak. Biarkan anak leka bermain di kawasan permainan. Lebih istimewa kafe ini menyediakan ruang meletakkan mainan dan pakaian yang tidak digunakan rak Free Market. Malah melalui program Suspended Meals anda juga boleh menderma melalui sebarang bayaran makanan di sini.
Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu ini sudah merancang aktiviti bersama keluarga? Anak-anak mesti merengek mahu dibawa berjalan-jalan sama ada ke shopping mall atau ke tempat menarik. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh pergi ke Port Dickson minggu ni! Selain main air di pantai, apa kata singgah ke Funny House. Bagi yang jauh boleh jadikan tempat ini salah satu senarai percutian cuti sekolah nanti.
Funny House ini adalah sebuah tempat hiburan berbentuk kekeluargaan yang merupakan tarikan terbaharu di Port Dickson Negeri Sembilan. Ia baru sahaja dibuka pada 13 Oktober lalu.
Bersesuai dengan konsepnya, anda dibenarkan mengambil gambar supaya dapat merakamkan aksi lucu dan menakutkan semasa berada di sini.
Antara yang menarik ialah meja, kerusi, kunci, oven dan pinggan gergasi serta rumah terbalik. Memang membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini tidak kering gusi, asyik ketawa melihat aksi keluarga merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan.
Lokasi:Lorong Aneka 1, Tman Aneka Pasir Panjang Port Dickson 71250
Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam (Kemasukkan terakhir pada 7.30 petang)/ Dibuka setiap hari
Harga kemasukkan: Dewasa RM15.00/ Kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.00/Warga emas atas 60 tahun RM10.00/ Percuma kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bersempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Majalah Pa&Ma tidak terkecuali menyokong kempen ini. Namun istimewanya, minggu hebat ini yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 7 Ogos ini diraikan Pa&Ma dengan penuh gilang gemilang bersempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019.
Seminar Penyusuan- Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu yang julung-julung kali diadakan ini turut mendapat sokongan pada tiga panel tersohor iaitu Dato’ Dr Hamid Arshat, Dr Maiza Tusimin daripada Hospital UPM, Sri Kembangan dan juga Dr Roliza Ibrahim daripada Avisena Women & Children Specialist Hospital, Shah Alam.
Seminar yang diadakan pada 2 Ogos, bertempat di SACC, Shah Alam ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 50 orang peserta.
Acara dimulai dengan perkongsian Resipi Kejayaan Penyusuan Ibu oleh Dr Maiza Tusimin dan kemudiannya diikuti dengan panduan hebat yang dikongsikan oleh pakar sakit puan tersohor, Dato’ Dr Hamid Arshat dengan tajuk “Pastikan Ia Berjaya. Hasilnya Anak Hebat”.
Peserta kemudiannya berpeluang menambah ilmu dengan panduan dan teknik yang dikongsikan oleh Dr Roliza Ibrahim pula dengan topik Teknik Penyusuan.
Paling menarik, bukan hanya bersoal jawab mengenai penyusuan, bahkan peserta tidak pulang dengan tangan kosong bila mana turut membawa pulang cenderahati hebat dan cabutan bertuah daripada beberapa jenama produk penyusuan.
Antara produk terlibat adalah Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe dan juga Avisena Women & Children Specialist Hospital.
Malah produk Haenim Malaysia turut sama mengadakan demonstrasi menggunakan pam susu miliknya di booth Pa&Ma. Peserta juga berpeluang membawa tiga hadiah cabutan bertuah yang berupa pam susu, pengecas pam dan juga aksesori penyusuan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pa&Ma Gala 2022 kembali lagi! Program anugerah digital ini memberi penghargaan kepada barisan selebriti yang yang bukan hanya mempunyai pengaruh kuat di media sosial tetapi juga menjadi inspirasi buat ibu ayah milenial di luar sana. Uniknya untuk tahun kedua ini Pa&Ma membuat pembaharuan dengan memberi anugerah bukan sahaja kepada mama tetapi juga papa milenial.
Sejajar dengan jenama Pa&Ma yang menjadi rujukan pertama ibu ayah, maka pemilihan 10 orang papa serta 10 orang mama untuk menerima anugerah Best Papa Millennial dan Best Mama Millennial diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pengikut Pa&Ma.
Bagi menghangatkan lagi Program Anugerah Digital ini, PA&MA telah menampilkan hos berbakat besar yang juga merupakan penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms 2021 iaitu Fiza Frizzy yang diberi tugas menyampaikan Anugerah BEST PAPA & MAMA MILLENNIAL kepada 20 orang selebriti papa mama yang terpilih tahun ini.
PA&MA GALA 2022 akan mula bersiaran secara langsung pada 4 Julai hingga 29 Ogos 2022 menerusi platform Facebook dan YouTube Majalah PA&MA jam 2.30 petang. Majlis anugerah digital ini akan dimulakan dengan 10 episod bersama barisan papa selebriti. Seterusnya, 10 episod bersama mama selebriti pula akan menyusul.
Antara penerima anugerah Pa&Ma Gala 2022 untuk Best Papa Millennial adalah Dr. Say Shazril, PU Riz, Alif Satar, Issey dan Nabil Ahmad.
Selain itu, Dr. Izzar Anwar, Shuib, Saharul Ridzwan, Dazrin Kamarudin dan Dato’ Fazley turut diberi penghargaan ini.
Untuk penerima anugerah Pa&Ma Gala 2022 kategori Best Mama Millennial pula diberikan kepada Betty Rahmad, Elyana, Ika Nabella, Eyra Hazali, Dayah Bakar, Datin Sri Nur Shahida, Datin Rebecca, Tasha Manshahar, Ayda Jebat dan Tasha Shilla.
Bagi mendapat maklumat lanjut mengenai PA&MA GALA 2022, boleh ikuti di Facebook dan Instagram PA&MA dengan hashtag #PaMaGala2022 #BestPapaMillennial #BestMamaMillennial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes bayi dibuang sumbang mahram yang terbongkar di Besut menjadi amaran tragis buat ibu bapa tentang keselamatan anak di rumah sendiri serta kegagalan perlindungan keluarga.