Siapa sangka, pada mulanya bayi hanya mengalami masalah batuk dan selesema rupa-rupanya dijangkiti virus respiratory syncytial (RSV).

RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Tindakan pantas ibu ini telah menyelamatkan nyawa bayinya yang ketika itu hampir kritikal disebabkan oleh tahap oksigen yang rendah. Ikuti perkongsian ini.

“5 Minit Lambat, Mungkin Bayi Pergi Selamanya” Mulanya Anak Batuk & Selesema, Rupanya Dijangkiti Virus RSV

24 june 2022 Friday ..

Hari yang sangat bsejarah untuk saya sebagai seorang mama .. The day yang bagi saya pukulan yang sangat hebat, saya hampir-hampir kehilangan anak lelaki saya berumur 2 bulan.

Eusof di kejarkan di klinik luyang regarding nafas laju 90 kali per’ minit dan drop oxygen 81% .. Lambat 5 minit lagi, saya memang kehilangan dia untuk selama nya.

6 hari sebelum nya Eusof batuk selesma tanpa demam, pergi hspital likas yang dibagi paracetamol & nasal drop & suction untuk sedut kahak .. Back home macam biasa .

Tapi sepanjang di rumah Eusof memang nonstop batuk, crying, tidur pun di badan. Saya anggap tu sakit biasa. Yalah sekarangkan musim anak-anak sakit. Bertahan sampai 6 hari sampailah hari bsejarah ni.

IKLAN

It was my fault sebab tak ikut naluri hati. I should go earlier, masa dia batuk kuat sampai macam mau terkeluar ba kerongkong dia.

JUMAAT PAGI, We ran to klinik luyang regarding nafas dia, batuk dia. Sampai di luyang lepas sahaja mereka kira nafas dia & check oxygen. Terus berlari masuk bilik penilaian dari belakang.

Dorang suruh buka baju, tinggal pampers pasang oxygen. Eusof time tu tambah stress, dengan batuk, dengan tangisan dengan tak selesanya dia kena pakai oxygen. Ketika situasi saangat tegang.

Di sana la dctor cakap, thanks god.. 5 minutes late then we are done.

Eusof struggle ambil darah buat xray .. result keluar Jangkitan kuman di paru-paru, admit wad masuk HWKKS. Di sana kena ambil darah, tangan Eusof tak ada rupa suda. Sebab balik-balik ambil darah untuk detect apa virus yang serang dia.

IKLAN

Selain jangkitan kuman. And the result is , Eusof di jangkiti VIRUS RSV.

“5 Minit Lambat, Mungkin Bayi Pergi Selamanya” Mulanya Anak Batuk & Selesema, Rupanya Dijangkiti Virus RSV

VIRUS RSV ni virus yang menyebabkan anak berhingus, berkahak, batuk yang kuat. Virus yang menghasilkan kahak yang banyak, bila berkumpul dia akan menutupi saluran pernafasan dan paru-paru.

Bila lambat kena treat boleh myebabkan kematian. VIRUS RSV SANGAT-SANGAT JAHAT KUMAN DIA. Eusof sepanjang dalam wad, tak cukup ambil darah, kena buat suction setiap 2 jam. Suction sedut kahak hingus, sakit jiwa saya sebagai seorang mama tengok situasi bagitahu.

Tapi kena kuat, berjuang lah selagi mampu jangan tinggal sedikitpun sisa. Pengalaman sepanjang di sana baby umur 1 tahun dan 8 bulan. Terpaksa ditidurkan , sebab virus RSV ni .. Sebab anak-anak tu tak dapat tampung suda.

IKLAN

Alhamdulillah we survive . We did it ..VIRUS RSV bukan penyakit yang boleh dipandang remeh ..

Tanda-tanda:

– DEMAM ON OFF
– BATUK
– SELESMA
– SAKIT TELINGA
– KURANG SELERA MAKAN / SUSU

Adult yang ada sinus, merokok jangan bagi sentuh ank-anak kecil. Thats the main point .. Takecare evryone. Jaga anak-anak kita. Saya masih under kuarantin , Kemungkinan untuk dijangkiti sangat tinggi. Since Eusof masih on antibiotic. Sekian from Mommy Eusof Huzaifa – -RSV PHEUMONIA SURVIVER

Sumber: FB S Nurul Ain

“5 Minit Lambat, Mungkin Bayi Pergi Selamanya” Mulanya Anak Batuk & Selesema, Rupanya Dijangkiti Virus RSV

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI