Ibu hamil yang menanti saat kelahiran bayi tentu tidak sabar menanti cahaya mata setelah doktor memberi tarikh jangkaan bersalin. Namun, tidak semua bayi dapat dilahirkan pada tarikh yang dijadualkan. Ada yang awal. Ada juga yang melebihi tarikh jangkaan.
Apabila anda melakukan pemeriksaan antenatal, doktor akan memberi tarikh jangkaan bersalin berdasarkan pengiraan mengikut tarikh haid terakhir anda. Biasanya tarikh itu berdasarkan 40 minggu usia kandungan.
Perasaan gembira dan takut silih berganti apabila kehamilan menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Dilaporkan hampir 80% ibu melahirkan kandungan lebih awal, namun 4% hingga 14% mungkin mempunyai masalah tertentu dan tidak dapat melahirkan bayinya biarpun telah mencapai tarikh jangkaan bersalin.
Apa yang pasti, keadaan seperti boleh menimbulkan kerisauan, lebih-lebih lagi kepada ibu yang kali pertama hamil. Jika anda masih belum menunjukkan tanda-tanda awal bersalin, disarankan untuk segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengelakkan komplikasi bayi lemas.
Ads
Dalam kebanyakan kes, biasa berlaku kesilapan mengira umur kandungan akibat doktor mendapat salah maklumat tentang tarikh haid terakhir. Jika anda tidak dapat memberi tarikh terakhir haid yang tepat, tarikh jangkaan akan diberi berdasarkan pemeriksaan imbasan ultra bunyi.
Tarikh jangkaan biasanya akan dibuat pada awal usia kehamilan kerana hasil pemeriksaan imbasan ultra bunyi pada masa itu adalah lebih tepat berbanding dengan pemeriksaan yang dibuat ketika kandungan sudah besar.
Ads
Dalam pada itu, sekiranya melihat keadaan kandungan agak berbahaya disebabkan anda bermasalah untuk melahirkan, doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat pencetus kontraksi (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin bagi mengurangkan risiko kandungan terlebih hari. Biasanya risiko ini boleh membahayakan nyawa bayi.
Kekurangan air ketuban
2. Lemas di dalam kandungan
Ads
3. Najis yang bercampur dengan air ketuban
4. Saiz semakin membesar
5. Kekurangan fungsi uri sehingga boleh menjejaskan kandungan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas melahirkan anak pertamanya pada 15 Disember lalu, pelakon cantik, Intan Najuwa meluahkan hasratnya untuk memiliki bayi lelaki pula.
Intan berkongsi hasrat itu menerusi sesi siaran langsung di platform TikTok, baru-baru ini.
Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak serik untuk melalui sekali lagi proses bersalin meskipun pada awalnya pernah berjanji tidak mahu melaluinya lagi.
“Sebenarnya saya pernah cakap yang saya tak mahu beranak lagi, tetapi sekarang saya sudah okay jadi rasanya boleh lagi (hamil).
“Saya nak lagi seorang, kalau boleh nak anak lelaki,” katanya.
Tambah Intan lagi, selepas pulih bersalin dia kini sudah mula menyimpan hasrat untuk memiliki anak lelaki pula.
“Semasa keluar dari bilik pembedahan dulu saya dah berjanji dengan diri sendiri, tak nak beranak lagi dan berkata kepada suami, ‘sayang, saya tak nak lalui dah, sakit kena spinal lima kali.’
“Lepas dah hilang sakit, nak baby boy lah lagi satu..last.
“Itulah perempuan tak serik-serik, sebab dah lupa sakit macam mana,” katanya lagi.
Terdahulu, pelakon cantik ini melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan yang diberi nama, Imane Lunara.
Sekadar info, Intan Najuwa mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita selalu keliru mengenai susu perahan yang dibekukan dan bagaimana cara tepat untuk mencairkannya agar tidak hilang nutrisinya untuk anak kita. Jangan keliru dengan panduan yang diberikan pakar ini.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat mengenai cara mencairkan susu perahan beku sebaik dikeluarkan dari peti sejuk.
Dr, susu perahan beku boleh tak dicairkan pada suhu bilik?
Ok saya share tips sikit, ramai mak-mak menyusukan anak nak tahu ni
Bila buka freezer, pertama sekali tengok date kat botol tu. Yang mana dah simpan lama, tu yang dicairkan dulu. First in, First out.
* Alihkan susu beku dari freezer ke bahagian bawah ( fridge ). Biarkan semalaman.
ATAU
* Alirkan air paip pada bahagian atas bekas mengandungi susu beku tu. Bila agak-agak dah cair sikit, boleh alirkan air suam untuk cairkan abes susu tu
ATAU
* Rendam terus bekas berisi susu beku tu dalam mangkuk berisi air suam. So dia akan cair slowly
* Bila susu dah cair, JANGAN goncang. Sebaliknya hanya pusing bekas tu melawan jam dan ikut jam gently. Toksah beriya-iya goncang macam nak buat milk shake
Lastly, JANGAN cairkan susu pada suhu bilik
JANGAN panaskan susu beku pada dapur atau guna microwave. Susu yang dah dicairkan kena bagi habis pada baby, JANGAN simpan atau bekukan semula.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel? Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak.
Ikuti panduan ini:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
1. AZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. TAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak ada kurma untuk mentahnik, boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
3. BERI NAMA PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang dipanggil ‘cukur jambul’.
Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.
Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.
5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.
7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!