Apabila merancang pergi bercuti bersama anak-anak, tentunya ibu ayah akan mementingkan keselesaan dan keriangan anak.Selain wajib ada kolam atau taman tema air, hotel yang menyediakan ruang untuk anak-anak melakukan aktiviti atau play area menjadi keutamaan apabila memilih hotel. Dengan adanya kemudahan sebegini mampu membantu mengurangkan ragam anak-anak kecil.Secara tidak langsung membolehkan ibu ayah berehat tanpa gangguan anak-anak. Malah kemudahan ini juga membuatkan anak-anak boleh bermain sehingga waktu malam . Disebabkan itu juga,terdapat beberapa hotel dan resort menawarkan konsep children friendly atau hotel mesra kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak tetamu istimewa mereka.Apa lagi ibu ayah? Jom bercuti dengan memilih mana yang sesuai dengan keperluan,selera dan bajet masing-masing. Selamat bercuti!
1.Philea Resort and Spa, Melaka
Resort lima bintang ini terletak di Ayer Keroh, Melaka menawarkan percutian eksklusif di kelilingi alam semulajadi yang menghijau serta deruan air yang mendamaikan. Pastinya ia memberikan ketenangan kepada anda dengan suasana sebegini. Di sini anda boleh bersantai di kolam renang atau memanjakan diri di spa yang disediakan. Anak-anak selain mandi di kolam , tentunya teruja untuk meluangkan masa bermain di bilik bermaian kanak-kanak, Phili Kidz. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9.30 malam. Di sini, anak-anak anda dapat meluangkan masa di persekitaran indoor yang dilengkapi aktiviti dan kemudahan mesra kanak-kanak agar mereka dapat terus aktif sementara anda berehat dan menikmati percutian dalam persekitaran yang mendamaikan.
2.Heritage Hotel, Cameron Highlands
Ads
Bagi yang inginkan suasana percutian dingin dan nyamaan Cameron Highlands adalah lokasi terbaik! Antara hotelnya ialah Heritage Hotel menawarkan penginapan yang tenang sesuai jika anda inginkan penginapan yang lebih dikelilingi alam semulajadi. Selain itu, anda sekeluarga juga boleh memilih untuk bermain pool, air hockey ataupun table football pada harga tambahan di game room yang disediakan. Sementara anda meluangkan masa bersama di game room, anak-anak yang lebih kecil pula boleh berseronok di play area yang sesuai untuk kanak-kanak usia pra-persekolahan. Jika anda gemar membaca, mini library yang disediakan adalah satu lagi pangkalan istirahat yang sesuai untuk anda.
3.Hotel Legoland, Nusajaya Johor
Ads
Memang tidak dinafikan hotel ini antara pilihan ramai untuk menjadi penginapan percutian kerana ia mesra kanak-kanak. Terdapat 3 tema untuk dipilih – Kingdom, Pirate dan Adventure. Apabila berada di lobi hotel, pastinya anak-anak kagum apabila kawasan lobi dibuat seperti taman permainan dengan mainan lego yang boleh dimain oleh kanak-kanak. Di satu sudut disediakan lego blok besar untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya, dan di situ juga disediakan mainan x-box. Kanak-kanak bebas untuk bermain di kawasan ini dengan penuh keriangan. Lebih mengejutkan, apabila sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam lif hotel, muzik rancak dimainkan beserta cahaya lampu ala-ala lampu disko di dalam lif. Anak-anak pastinya melompat keriangan mengikut rentak muzik!
4.Golden Sands Resort, Pulau Pinang
Ads
Ia adalah salah satu hotel yang menjadi pilihan percutian keluarga terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak bersama. Terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak, sesuai bagi mereka yang memang mahu meluangkan masa bersantai di hotel. Selain bermain air di Splash Zone, hotel ini juga menyediakan kelab kanak-kanak yang dinamakan Cool Zone untuk tetamu berusia 5 ke 12 tahun dari pukul 9.30 pagi ke 9.00 malam. Ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka di sini untuk meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti yang dijudualkan. Terdapat petugas yang akan menjaga dan memantau kanak-kanak di sini. Sebagai tambahan, Golden Sands juga menyediakan kawasan indoor playground yang dinamakan Adventure Zone, bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan terbuka untuk orang dewasa juga. Jadi, bukan sahaja anak-anak boleh berseronok, malahan anda sendiri boleh kembali ke zaman kanak-kanak dan berseronok bersama mereka!
5.Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan
Antara sebuah hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa. Sebuah hotel 5 bintang berkonsepkan hotel di atas air, serta mempunyai private pool dan bilik stim (sauna) disetiap bilik. Dengan ini, anda nikmati segala kemudaha secara privasi tanpa sebarang gangguan. Malah kedudukan hotel yang terapung atas air membuatkan anda dan seisi keluarga akan disajikan dengan pemandangan yang indah laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Selain itu, setelah puas berendam dan bermain air, boleh membawa anak melakukan aktiviti di bilik permainan di Kidz Word yang terletak di bangunan utama hotel ini.
Selamat bercuti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
CRYOCORD telah berjaya mengadakan Perfect Pregnancy 4.0 Antenatal Class baru-baru ini di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.
Kelas ini diadakan untuk membantu ibu bapa muda membuat persiapan untuk menghadapi saat kelahiran, ketika di bilik bersalin dan ilmu tentang keibubapaan. Lebih kurang 200 bakal ibu dan bapa telah mengambil bahagian dalam kelas ini.
Ahli professional daripada pelbagai latar belakang seperti pakar Obstetric pakar Nutrisi dan pakar Laktasi memberikan tunjuk ajar mengikut kemahiran untuk persedian awal keibubapaan.
Menurut James Then, Pengarah urusan CryoCord “Pada zaman ini, banyak maklumat segera yang diperolehi daripada internet yang boleh menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, Kelas antenatal adalah platform yang baik untuk ibubapa mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik.”
Kemuncak majlis ini diserikan dengan kehadiran duta CryoCord iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sesi perkongsian lebih meriah apabila icon selebriti Malaysia berkongsi pengalaman perjalanan sebagai ibu termasuklah cabaran yang dihadapi ketika itu.
Sebagai tanggungjawab social koprat, CryoCord menjual T-shirt edisi terhad dan t-shirt tersebut habis dijual untuk mengumpul dana dan akan disalurkan kepada Majlis kanser Negara (MAKNA).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 12 Februari 2021 ini, PTPTN menganjurkan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021 dengan bertemakan ‘Gong Xi Save & Safe’. Tema ini dipilih sebagai simbol keprihatinan PTPTN agar rakyat Malaysia sentiasa mengutamakan simpanan demi masa depan di samping mengamalkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran COVID-19. Kempen ini telah dilancarkan pada hari ini secara live di Facebook PTPTNOfficial.
Sesi Facebook Live bagi Pelancaran Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN yang bermula 8 Februari 2021 sehingga 8 Mac 2021.
Melalui kempen ini, PTPTN menawarkan hadiah Ang Pow yang sangat lumayan iaitu wang tunai berjumlah lebih RM88,888 untuk 88 pemenang. Kempen ini terbuka kepada semua pendeposit SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Hadiah utama yang ditawarkan ialah wang tunai berjumlah RM8,888. Tempoh promosi kempen ini bermula 8 Februari 2021 hingga 8 Mac 2021, iaitu selama sebulan. Cara menyertai kempen ini sangat mudah. Dengan simpanan bersih serendah RM100.00 dalam tempoh kempen, pendeposit akan layak mendapat satu cabutan.
Pendeposit SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, malah akan menikmati pelbagai keistimewaan SSPN yang disediakan seperti pemberian dividen yang kompetitif, perlindungan takaful dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.
Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, “Walaupun penularan COVID-19 telah memberi impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia dan tempatan, namun kepercayaan dan sokongan pendeposit kekal utuh untuk terus menyimpan dalam SSPN. Kempen ini merupakan tanda penghargaan PTPTN kepada anda yang terus menyokong SSPN. Jangan lepaskan peluang! Mungkin anda pemenang yang kami cari. Lagi banyak simpanan anda, lagi banyak peluang untuk menang.”
YBhg. Datuk Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan kempen Gong Xi Ang Pow SSPN dalam sesi Facebook Live.
“Sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi, saya mewakili PTPTN mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya yakin dan percaya dengan semangat perpaduan, kemeriahan perayaan ini turut dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” tambah Datuk Wan Saiful lagi.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul Majid berkata, “Bagi ibu bapa yang masih belum membuka akaun, rebutlah peluang keemasan ini. SSPN boleh dibuka untuk anak-anak seawal usia sehari. Bagi yang telah menyimpan, teruskan menyimpan. Anda adalah Super Hero kepada anak-anak. Sedikit pelaburan anda, tapi sangat besar maknanya pada mereka. Buka akaun atau tambah deposit dalam tempoh promosi dan anda secara automatik layak menyertai cabutan ini.”
Ucapan aluan oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dalam Pelancaran Kempen Gong Xi Ang Pow SSPN yang diadakan secara atas talian.
PTPTN berharap kempen ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan sekaligus dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina dalam suasana perpaduan dan masyarakat majmuk di negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Gong Xi Ang Pow SSPN 2021, layari portal www.lovesspn.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketika perniagaan NOIR bermula, misinya sudah cukup jelas. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil. NOIR tekad untuk mencapai angka sejuta pelanggan bersama 200,000 keahlian aktif dan 100 usahawan jutawan dalam tempoh tiga tahun lagi. Bagi mencapai misinya, syarikat tempatan dikenali ramai ini telah menganjurkan NOIR Circle Meeting (NCM 2022) bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berjaya.
Bertempat di The Rits-Carlton Kuala Lumpur, NCM 2022 yang diadakan pada 29 Jun 2022 yang lalu telah dihadiri oleh kumpulan usahawan Apprentice NOIR. Bermula dengan sesi pembentangan dan perbincangan bisnes oleh Madammu dan Azri Che Noh bagi memastikan semua usahawan di bawah jenama ini lebih memahami hala tuju NOIR dengan jelas.
NOIR Circle Meeting adalah program dwi-tahunan yang diadakan untuk membimbing kumpulan leader NOIR oleh pengasasnya sendiri iaitu Eriyca Baiduri atau Madammu. Untuk pertemuan kali ini Madammu juga tidak lokek berkongsi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh usahawan NOIR.
Berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa) bagi terus maju ke hadapan dan terus berjaya.
Bukan sahaja sesi pembentangan, pada hari tersebut juga NOIR telah memberi penghargaan kepada semua para usahawan di bawah jenama ini dengan pencapaian cemerlang.
NOIR amat berbangga dengan setiap satu pencapaian usahawannya yang berjaya mengecapi impian, mengubah hidup dan memberi keselesaan kepada keluarga. Usahawan-usahawan ini dapat mengubah hidup mereka dengan membeli rumah yang selesa, kereta baharu serta mendapat pendapatan yang lumayan.
Madammu sangat komited untuk membantu para wanita mengubah nasib mereka yang mungkin dalam kesempitan hidup dengan menyediakan satu landasan perniagaan yang telah terbukti berjaya.
Bukan sahaja meraih pelbagai anugerah berprestij, NOIR juga telah membuka mata ramai orang apabila syarikat kecil dan sederhana dalam bidang kecantikan serta kosmetik yang mampu menaja Anugerah Juara Lagu ke-36 pada bulan Mac yang lepas.
Boleh dibanggakan, NOIR kini berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai bisnes pertama mereka. Tahniah kepada NOIR terutamanya Madammu kerana usaha murninya untuk membantu menaikkan ekonomi wanita di Malaysia!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!