Merajuk sudah umpama perkara biasa bagi seorang anak kecil yang bila kemahuannya tidak dituruti. Seorang kanak-kanak lelaki yang mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya anak kecil itu yang membawa beg sandang terus menaiki basikalnya di hadapan rumah dan mengugut ibunya untuk keluar.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna Tik Tok @yusmalisa_shazrenda, gelagat anak kecil itu yang sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah amat menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian dari video ibunya, ini merupakan kali ketiga drama anaknya mahu lari rumah dalam minggu yang sama. Comel!
“Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia,” tulis ibunya di kapsyen.
“Can you not make fun of me” kata anak kecil itu.
Ads
Paling menarik perhatian pastinya beberapa pesanan ibunya ketika hendak keluar rumah. Bukan itu sahaja, bahkan gelagat ibunya yang memujuk anak kecil itu dalam pelbagai cara menarik perhatian ramai. Memang kelakar.
Anak kecil itu yang dikenali sebagai Qasy Qaider dilihat nekad menaiki basikal di hadapan rumah dan membuatkan ibunya mengejar sambil merakam gelagat anaknya.
Ads
Selepas pujukan demi pujukan serta bermacam-macam janji yang ditaburkan termasuklah membelikan PlayStation 5, akhirnya drama lari dari rumah berjaya ditangani. Si cilik akhirnya berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
Video drama lari dari rumah ini sehingga kini mendapat 748K jumlah tontonan, dengan 60K tanda suka.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu yang menarik perhatian ramai.
Setelah hampir 20 tahun di pasaran, Pa&Ma media komprehensif KeibuBapaan No.1 Malaysia terus memperkukuhkan jenama dengan penganjuran ekspo jualan barangan bayi, kanak-kanak dan ibu mengandung dikenali sebagai Pa&Ma Baby Fiesta pada 2-4 Ogos lalu.
Penganjuran program berkonsepkan jualan dan informatif ini, menawarkan kadar tawaran harga berpatutan selain sarat dengan aktiviti berinformasi bagi memberi ilmu berguna kepada ibu bapa tentang penjagaan sewaktu hamil, selepas bersalin dan bayi. Pa&Ma Baby Fiesta telah menjanjikan pengalaman membeli belah menyeronokkan kepada pengunjung dalam suasana yang selesa. Sebanyak 100 vendor dari jenama terkenal turut serta dan memberi diskaun lebih 50 peratus untuk setiap produk.
Sepanjang tiga hari Pa&Ma Baby Fiesta ini berlangsung, pelbagai program telah dianjurkan antaranya Bengkel Penyusuan: Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu! dengan menampilkan barisan panel seperti Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan Sakit Puan, Hospital UPM, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Kanak-Kanak, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.Selain itu, pada hari kedua fiesta pelancaran komuniti Pa&Ma Moms To Be khusus untuk ibu hamil juga telah berlangsung dengan jayanya dan pertandingan Merangkak Race yang mengumpulkan 60 bayi serentak dengan pelbagai aksi comel.
Pada hari terakhir fiesta dan sebagai tanda sokongan penggunaan kerusi keselamatan bayi dalam kenderaan persendirian, Pa&Ma juga telah melancarkan kempen Buckle Up untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa.Bagi acara kemuncak di fiesta Pa&Ma, seramai 100 kanak-kanak hadir sempena Superhero Jr Gader dan berjaya pecah rekod. Dengan pelbagai aksi menarik dan keberanian kanak-kanak menunjukkan aksi di pentas ia berjaya mencapai objektifnya.
Sempena fiesta ini, Pa&Ma berterima kasih kerana telah mendapat kerjasama dari beberapa pihak seperti Haenim Malaysia, Tateh, Holabebe, Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, Snskidz dari Safe N Sound, Kedai Kek Shah Alam, Grolier, Chomel Baby, Style Charming, Glowing Party House, Chewies, Dora The Movie, Homepop corn dan Star Wheels Electronic.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada anda yang dah plan nak bercuti ke Johor Bahru, tapi tak tahu nak menginap di mana, apa kata check in di Holiday Inn Johor Bahru City Center (JBCC)? Hotel antarabangsa mesra keluarga empat bintang ini menawarkan harga berpatutan untuk keseronokan seisi keluarga.
Bagi yang berkeluarga, bilik selesa dengan fasiliti lengkap antara yang menjadi pilihan kan? Lagipun sekarang dah boleh bawa anak bercuti. Sebagai ibu bapa masa inilah nak berikan kegembiraan pada anak-anak setelah sekian lama duduk di rumah.
Lokasi strategik, tawaran menarik
Buat yang belum tahu mengenai di Holiday Inn JBCC, hotel ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Johor Bahru, dengan jarak 30 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Apa yang menariknya, hotel ini menyediakan akses mudah ke beberapa tarikan utama di Johor Bahru. Daripada pusat membeli-belah dan hiburan terbaik di bandar, termasuk Skyscape JB, Istana Bukit Serene & Bazaar Karat.
Bukan itu saja, bestnya di Holiday Inn JBCC ini ia menawarkan Program KIDS STAY & EAT FREE bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Jadi sememangnya salah satu pilihan tepat untuk penginapan anda sekeluarga. Berbaloi sangat!
Bilik selesa, lengkap dengan kemudahan
Mempunyai 335 bilik yang lengkap dengan kemudahan untuk keselesaan seisi keluarga mahupun ketika perlu bekerja, anda boleh memilih ikut kesesuaian bajet anda. Antara jenis bilik yang disediakan untuk pilihan tetamu adalah Deluxe Room, Family Studio, Suite, Studio Suite dan Premier Suite.
Antara kemudahan yang disediakan adalah Wi-fi percuma, kolam renang, pusat kecergasan 24 jam, pusat perniagaan 24 jam, restoran dan bar/ruang istirahat serta beberapa fasiliti lain lagi.
Di samping kemudahan yang selesa, keceriaan menginap di sini juga adalah anda dapat menikmati hidangan enak makanan tempatan yang sentiasa menjadi pilihan dengan konsep dapur terbuka mesra keluarga di Dine @ EIGHT.
Holiday Inn Johor Bahru City Center (JBCC) merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Hotel Luar KL Pilihan Pa&Ma. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada 20 Julai 2025, lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa dan murid-murid Al Kauthar Eduqids (AKE) dari seluruh Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah berkumpul bagi menjayakan AKE Sports Carnival with Friends 2025 di MAEPS, Serdang.
Ia bukan sekadar acara tahunan biasa tetapi satu pengalaman luar biasa yang sarat dengan aktiviti pendidikan, hiburan dan kenangan manis untuk semua yang hadir. Kelainan tahun ini apabila diadakan pada skala yang lebih besar dengan pelbagai acara menarik yang diadakan.
Aktiviti Bermula Seawal 8 Pagi, Penuh Energi & Warna-Warni
Karnival dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berlangsung sehingga 6.00 petang. Pengunjung disambut dengan cuaca yang cerah dan wajah-wajah ceria murid AKE yang bersedia untuk menyertai cabaran 11 checkpoint. Setiap checkpoint mempunyai tugasan menarik yang perlu disempurnakan oleh murid untuk mendapatkan cop di pasport aktiviti mereka.
Sebaik sahaja berjaya mengumpul kesemua cop, mereka diraikan dengan medal eksklusif yang menjadi satu satu pencapaian yang cukup membanggakan buat si kecil!
Zumba Sarung Panaskan Suasana Pagi
Suasana pagi itu sudah hangat dengan acara Zumba Sarung yang dikendalikan penuh semangat oleh Nas Adila dan kru. Lenggok tarian penuh tenaga bukan hanya disertai guru-guru dan ibu bapa, malah murid-murid AKE juga turut menari bersama dengan penuh semangat. Riuh dan gamat! Aktiviti ini berjaya menyatukan semua lapisan usia dalam satu suasana yang cukup menyeronokkan.
Pentas Utama Jadi Tumpuan, Penuh Dengan Aktiviti, Kejutan & Idola Anak-Anak
Satu kelainan utama untuk edisi tahun ini ialah pengisian pentas utama yang sarat dengan aktiviti, games dan kejutan sepanjang hari. Antara rakan penaja yang menyemarakkan suasana pentas utama ialah Hellothere Skinlab, Pocky, Yayasan CNI, KFC dan Yakult yang tampil dengan pelbagai aktiviti interaktif dan hadiah menarik.
Lebih mengujakan, pentas utama turut dimeriahkan dengan penampilan khas Didi & Friends! Watak kesayangan ramai ini naik ke pentas dan menari bersama-sama ratusan kanak-kanak yang memenuhi kawasan sekitar. Memang meriah, penuh warna-warni, senyuman dan sorakan, menjadikan pentas seolah-olah pentas impian buat anak-anak AKE.
Selain itu, satu lagi slot yang berjaya mencuri tumpuan ialah slot bercerita bersama Abang Paan. Dengan gaya penyampaian bertenaga dan penuh ekspresi, Abang Paan bukan sahaja menarik perhatian anak-anak, malah ibu bapa pun turut sama terhibur dan larut dalam kisah yang disampaikan. Suasana pentas ketika itu ibarat kelas bercerita gergasi, dengan semua mata tertumpu dan telinga bersedia menyambut setiap patah perkataan.
Didi & Friends Cipta Sejarah bersama AKE!
Tahun ini juga menyaksikan rekod baharu dicipta apabila berjaya disenaraikan dalam Malaysia’s Book of Record (MBOR) bagi kategori The Largest Children Participation in a Story Telling Event.
Penyampaian sijil MBOR telah disampaikan oleh Pn. Siti Hajar binti Johor kepada En. Che Yusaidi (Chief Commercial Officer dari Warnakala Studios) dan Mr. Edison Cheam (Senior AVP, GenNext Content) dari Astro, disaksikan oleh Datuk Bakhtiar Aliff, Ketua Pegawai Eksekutif AKE dan Datin Nor Fadilah, Ketua Pegawai Operasi AKE. Detik ini bukan sahaja membanggakan warga AKE, malah menjadi inspirasi buat semua murid yang hadir.
Pelancaran Muzik Video Terbaharu Bertajuk ‘Baby Khalifah’ Acara karnival ini turut menyaksikan satu lagi momen bersejarah iaitu pelancaran muzik video terbaharu bertajuk ‘Baby Khalifah’ yang menjadi lagu tema Al Kauthar Eduqids yang dicipta bersama Didi & Friends .
Lagu tersebut dilancarkan secara rasmi pada jam 3.00 petang pada hari yang sama di saluran YouTube Didi & Friends dan terus menerima sambutan hangat dalam kalangan murid-murid yang tidak sabar untuk menyanyikannya bersama.
Konsert Bintang Kecil Tutup Tirai dengan Penuh Gaya
Menjelang petang, suasana di MAEPS terus hangat dengan Konsert Bintang Kecil yang menjadi acara penutup. Tujuh orang kanak-kanak berbakat besar tampil mempersembahkan nyanyian, tarian dan permainan alat muzik.
Acara ini dikendalikan oleh pengacara ceria dan penuh karisma, Haziq Hussni, yang berjaya memastikan pentas sentiasa hidup dan penonton terhibur.
Sukan, Keluarga & Kenangan, Semua Dalam Satu Hari!
AKE Sports Carnival with Friends 2025 membuktikan bahawa acara sukan kanak-kanak boleh disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan, mendidik dan mencipta kenangan manis untuk seisi keluarga. Ia bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, tapi juga memperkukuh hubungan antara ibu bapa, guru dan anak-anak. Syabas AKE! Tahun ini, AKE bukan sahaja berjaya menganjurkan karnival, tapi mencipta pengalaman yang takkan dilupakan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doa anak menangis waktu malam sering menjadi amalan ibu ayah muda untuk menenangkan bayi. Ini panduan lengkap Mufti WP beserta doa dan amalan perlindungan yang boleh diamalkan.