Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Syawal. Persiapan raya pun sudah mula dibuat. Bagi anda yang teringin nak buat kuih raya tapi tak ada oven, jangan risau kerana ada beberapa jenis biskut raya yang boleh dibuat tanpa menggunakan oven pembakar.

Di sini, Pa&Ma kongsikan 5 resepi kuih raya tanpa oven yang boleh anda buat. Barulah seronok anak-anak bila ada kuih raya kegemaran mereka.

Selamat mencuba!

  1. COKLAT NESTUM BAR

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

 

BAHAN-BAHAN:

  •  500gm nestum (original)
  •  1kg coklat dark compaund beryls

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

CARA-CARA

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler sampai jadi cair.

2. Lepas tu masukkan 1 paket nestum. Gaul sampai sebati biar bersalut elok.

3. Kemudian bila dah gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik supaya senang nak keluarkan.

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

4. Potong siap2 baru letak dalam peti ais lepas dah mengeras baru boleh potong.

Kredit Resepi : Ida Zaida

Baca Juga:

Di Mana Mereka Sekarang? Kanak-Kanak Hilang Masih Belum Di Temui Sehingga Kini

IKLAN

Puding Dadih Susu & Buah Naga, Resepi Simple Untuk Bayi Yang Dalam Fasa ‘Teething’

Resepi Rendang Ayam & Kuah Kacang Versi Bayi, Memang Sedap! Baby Pun Boleh Makan Makanan Raya

2. BISKUT BADAM COKLAT/ALMOND CLUSTER

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

BAHAN-BAHAN:

  • Coklat plain
  •  Kepingan badam

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

CARA PENYEDIAAN:
1. Sangai sehingga rangup (tanpa minyak)

2. Double boiler coklat tersebut.

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya
3. Gaulkan dengan badam dan letak atas kertas minyak (ikut saiz yang anda suka)

4. Kemudian masukkan dalam peti ais sehingga keras.

IKLAN

5. Siap!

Sumber : Facebook Zaharah Ramin

3. CORNFLAKES FERORO COOKIES

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

Bahan-bahan:

  • 1-2 cawan badam nips sangai sampai kekuningan
  • Badam ikut korang kalau suka banyak letak 2 cawan tak suka banyak 1 cawan saja

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

Bahan double boil:

  • 250g milk coin beryls
  • 150g dark coin beryls (Cair kan. Biarkan suam sekejap. Masukkan badam gaul rata)

Cara Penyediaan:

IKLAN
  1. Isi dalam cup basic cornflakes. Tuang coklat dan badam tadi di atas cornflakes. Kalau boleh bia sampai penuh ya.
  2. Sejukkan masuk peti ais biasa 10 minit. Keluarkan dan boleh susun dalam balang mudahkan. So jangan sedih kalau tak ada oven masih boleh buat cookies sedap sangat-sangat dan nampak mewah.

Kredit : Azlina Ina

 

4. RESEPI CORNFLAKES FERORO COOKIES

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kulit popia
  • Coklat coin (ku guna beryls milk + dark choc)
  • Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu. Ku letak kuaci)
  • Manik hiasan
  • Cawan biskut

Cara Penyediaan:

  1. Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni utk memudahkan proses menggulung. Da siap tarik dari lidi sate.
  2. Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini.
  3. Setelah selesai, potong kulit popia memanjang.1 gulungan ku potong jd 8. Ikut selera.
  4. Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
  5. Goreng hingga keemasan.
  6. Panaskan coklat coin double boil. Ku guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
  7. Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
  8. Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!

Kredit : Adikfoods

5. CORNFLAKES MADU

5 Resepi Kuih Raya Kegemaran Anak Yang Popular Tanpa Perlu Bakar, Tak Ada Oven Pun Boleh Buat Biskut Raya

Bahan-bahan:

  •  1 buttercup (pakai separuh je)
  •  Cornflake 500g
  • Madu (1 cawan)
  • Gula pasir – 5 sudu tea

Cara Penyediaan:

1) Masukkan buttercup dan gula dalam kuali, kacau sampai cair dan gula larut
2) Then masukkan madu dan kacau
3) Bila dah agak-AGAK menggelegak dan confident gula dah larut, matikan api.
4) Lepas tu masukkan semua cornflake dan gaul sekata. Gaul bagi rata. Kena gaul bagi rata baru dia melekat elok!
5) Lepas tu boleh la kita masukkan dalam cup , lepas dah boh cornflakes dlm cup . taboqqq la topping apa hat ampa nak taboq cth kismis , manik-manik warna warni tu tah nama apa 🤣 ( tapi i tak boh pun sebab lupa beli )
6) Bila dah masukkan dalam cup tu, ampa biaq sat dalam dulang ka apa ka dalam 10 minit gitu bagi dia lekat dulu. Sebab kita tak bakar kan, kalau bakar lain citaaaaa.

Kredit: Zaty Azizan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI