Ads

5 Sikap Ibu Bapa Rosakkan Yakin Diri Anak, Kesilapan Besar Yang Ramai Tak Sedar

5 sikap ibu bapa rosakkan yakin diri anak sering berlaku tanpa disedari dalam rutin harian kita. Tanpa sedar, kata-kata dan tindakan ibu bapa sebenarnya sangat mempengaruhi keyakinan diri anak. Anak yang sering dipuji dan tidak dibandingkan dengan orang lain cenderung membesar dengan rasa percaya pada diri sendiri, malah lebih berani berdikari bila meningkat dewasa.

Sebab tu, cara mendidik anak bukan sekadar tentang disiplin — tapi bagaimana kita membentuk emosi dan harga diri mereka sejak kecil. Didikan yang silap boleh meninggalkan kesan jangka panjang, terutama pada keyakinan anak.

Perkongsian Pendidik Ilmu Keibubapaan Dr Taufiq Razif, ini membuka mata ramai ibu bapa tentang cara membina keyakinan anak dengan pendekatan yang lebih betul dan sedar. Berikut ialah 5 sikap yang perlu dielakkan kerana ia boleh menjejaskan emosi dan harga diri anak tanpa kita sedari.

Saya pernah jumpa kanak-kanak yang rendah diri sangat. Budak tu tak banyak bercakap sangat.

Dia ingat dirinya bodoh, tak berguna, tak setanding dengan orang lain. Bila saya puji kepandaian dia congak soalan matematik dengan sangat cepat budak tu tersengih riang macam tak percaya ada orang yang hargai kemampuan dan bakat dia.

Perlahan-lahan saya dapat rasakan self esteemnya semakin naik. Ya, hanya dengan pujian simple je.

Sebak pulak saya!

5 SIKAP IBU AYAH YANG BOLEH JEJAS SELF ESTEEM ANAK 

5 Sikap Ibu Bapa Rosakkan Yakin Diri Anak, Kesilapan Besar Yang Ramai Tak Sedar

Ads

 

  1. Tak Puji Usaha Anak 

▪Ada anak kita belajar siang malam kita tak nampak pun

▪Kita cuma nak nampak skor A je. Sepatutnya kita nampak juga pengorbanan anak kita yang struggle siang malam tu

▪Usaha keras anak tu la nanti yang akan berguna untuk anak survive bila dah dewasa nanti

  1. Tiada Pilihan Buat Anak 

▪Kadang kadang kita terlalu Authoritarian ataupun Bossy sehingga anak kita kena ikut je apa kita nak. Dah la tak bagi anak kita pilihan pula tu

Ads

▪ Lama kelamaan anak kita rasa dirinya tak layak untuk bagi pendapat dan buah fikir walaupun dah dewasa nanti

  1. Terlalu Inginkan Kesempurnaan 

▪ Anak-anak yang terdedah dengan Instagram dan media sosial yang mengetengahkan kesempurnaan ‘image & lifestyle’ sangat mudah develop self esteem yang rendah

▪ Jangan sampai kita pula yang mekap dan dandankan anak kita secara berlebihan hanya kerana nak dilihat ‘insta-worthy’ hingga anak akhirnya menjadi ‘mini adult’

▪ Bagitahu je anak kita macam ni ” alaah kat insta je cantik macam tu. Duk rumah pakai baju kelawar jugak tu nak “

▪ Bagitahu anak kita semua ada kelemahan dan kekurangan. Kita manusia. Kelemahan dan kekurangan adalah sesuatu yang normal

Ads
  1. Tak Anggap Istimewa Di Mata Kita 

▪ Walaupun hanya kata-kata ringkas, tetapi anak menganggap kata-kata ucapan yang diucapkan oleh ibu bapanya begitu istimewa. Bagitahu anak kita biarlah apa pun orang nak kata, dia tetap yang paling istimewa di mata kita

▪Bagitahu dia juga yang pandangan orang lain tak penting. Yang penting adalah bagaimana pandangan dalaman dia tu terhadap diri sendiri ( self image )

  1. Suka  Bandingkan Anak 

▪Tanpa sedar kadang kala ada ibu ayah membandingkan dengan anak yang lain. Justeru, bagitahu anak kita yang masing-masing ada potensi unik masing-masing

▪Ada anak tu Word Smart. Petah betul bercakap dan berpidato tapi bukannya Body Smart. Suruh lari dan main bola sikit dah mengah dah

▪Ada anak tu dia Logic Smart. Subjek Math dan Sains semua dia tapau A tapi bila suruh menyanyi lagu Boboiboy Galaxy hancur lebur tempo dan liriknya sebab dia bukannya Music Smart

Tolong sampaikan info ni pada semua mak ayah ye. Bagi saya benda ni semua mak ayah wajib tahu

Sumber: Taufiq Razif 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Sabun Antibakteria vs Sabun Biasa, Berbaloi Untuk Anak Atau Sekadar Merosakkan...

Sabun antibakteria vs sabun biasa: mana lebih selamat untuk anak? Ketahui risiko tersembunyi, kesan kepada kulit dan fakta penting sebelum membuat pilihan.